Saturday, December 31, 2011

Goodbye & Welcome

Tahun baru menjengah lagi. Perasaan??? Rasenye Cik Lie dah start sambut tahun baru bulan lepas kalau tak silap pada entry ni. Jadi, malam ni hanya berpoya-poya di depan lappy macam biasa bersama-sama mereka yang sentiasa makes my face like (^^,)v this =)


Cuma, sepanjang my recovery stage yang telah memakan masa agak hampir masuk tahun ke 2, Cik Lie rasa semakin kuat & amat bersyukur dengan segala kurniaan Allah pada Cik Lie. Di sini, Cik Lie share kan sebuah lagu yang Cik Lie dedicate kan kepada 'my past disaster'. It is not about dendam+benci+sumpah or so wat ever it is called.. just untuk Cik Lie terus yakin dengan apa yang Cik Lie lalui selama ini. Moga hari-hari seterusnya kita semua terus diberkati. Amin... =)



I let it fall, my heart,
And as it fell you rose to claim it
It was dark and I was over
Until you kissed my lips and you saved me

My hands, they're strong
But my knees were far too weak
To stand in your arms
Without falling to your feet

But there's a side to you
That I never knew, never knew.
All the things you'd say
They were never true, never true,
And the games you play
You would always win, always win.


But I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cry
'Cause I heard it screaming out your name, your name!

When I lay with you
I could stay there
Close my eyes
Feel you here forever
You and me together
Nothing is better

'Cause there's a side to you
That I never knew, never knew,
All the things you'd say,
They were never true, never true,
And the games you play
You would always win, always win.


But I set fire to the rain,
Watched it pour as I touched your face,
Well, it burned while I cry
'Cause I heard it screaming out your name, your name!

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
Where I felt something die
'Cause I knew that there was the last time, the last time!

Sometimes I wake up by the door,
That heart you caught must be waiting for you
Even now when we're already over
I can't help myself from looking for you.


Tuesday, December 27, 2011

Thursday, December 22, 2011

kelakar di pagi jumaat

Diakui, keghairahan untuk berfacebook sudah agak menurun. Mungkin kerana banyak isu yang ntahpape yang di share & interface yang semakin sakit mata memandang. Maka, mari berpindah ke tempat lain pulak. Tab baru yang bernama Twitter saje di onlinekan sepanjang masa (macam jugak YM & FB). Ha.. ni lagi 1 isu. Orang selalu pertikaikan yang kami (orang-orang IT ni) takde keje, takde life, asyik main internet je. Hellooo... ini lah kerja kami, life kami, cara kami bersosial, medan ilmu kami dan tanggungjawab kami. Korang ingat, kami ni bila ngadap komputer, asyik chatting, layan gosip dan download movie je ke? no no noooo...#tetiba nak emo plak#

Kembali kepada topik asal. hahaha... asalnya Cik Lie nak share pasal pengalaman Cik Lie ber twitter. Memang Cik Lie dah lama ada akaun ni. Cuma tak aktif. Sebab 1st expression Cik Lie pasal twitter ni, "Twitter adalah tempat orang mengomel, merungut & marah-marah". Lagipun, yang Cik Lie follow pun, kawan-kawan yang dalam FB & YM dan beberapa tokoh motivasi. Malas la nak follow artis-artis ni. Hari ni berlaku sesuatu yang agak kelakar. Tak tahulah sama ada ia sengaja atau tak. Juz layan screen capture ni ya

Korang memang SENGAL

Wednesday, December 21, 2011

Part time job = driver

Sesi perbualan di atas talian Maxis

Ayah Saye: Sibuk lagi ke sekarang?
Cik Lie: Takde la sibuk sangat, nak buat pembetulan sikit-sikit je lagi sementara nak tunggu kelas minggu depan. Budak-budak pun dah nak cuti seminggu.
Ayah Saye: Owh.. kesian kat adik-adik ni boring duduk rumah
Cik Lie: Okey, esok petang balik

Pengembaraan bermula

14/12/2011 : Tg.Malim - Kuala Kangsar = 154.3 km
15/12/2011 : Kuala Kangsar - Ipoh = 25.8 km x 2
16/12/2011 : Kuala Kangsar - Taiping = 38 km x 2
18/12/2011 : Kuala Kangsar - Alor Setar = 181.5 km
20/12/2011 : Alor Setar - Ipoh = 206 km
21/12/2011 : Ipoh - Kuala Lumpur - Tg.Malim = 264 km

Hasilnya

Kepenatan yang terlampau menyebabkan Cik Lie tak boleh tidur+sakit perut+ muntah+ dyhydration

Pengajaran

Mungkin salah satu sebab Allah masih tak mengizinkan Cik Lie untuk berkahwin adalah kerana keluarga Cik Lie masih amat memerlukan Cik Lie lebih dari orang lain. Moga Allah kurniakan Cik Lie seseorang yang terbaik. Amin... =) Layan klip ni layan jiwa-jiwa sebab tak boleh tido =p

Monday, December 12, 2011

Mizz Laili, rasa urban sangat plak~

-cerita dalam entri ni berlaku 2 minggu yang dulu-

Salam Laili, awk boleh mengajar math discrete tak? saya perlukan tutor la untuk klas saya -Pn.Nadia AkmaUPSI-

Wa... subjek ni Cik Lie belajar waktu 1st year, 1st sem waktu degree dulu. Honestly, rasa macam dah hilang ingatan dah tentang subjek ni. Maka, Cik Lie pun roger geng-geng UM dulu. Malangnya, semua pun dah macam hilang ingatan jugak. Inikah yang dinamakan belajar kerana peperiksaan??? Waktu Cik Lie belajar dulu, nama subjek ni Mathematics Computing 1. Bila Cik Lie bukak transkrip balik, tak sangka pulak Cik Lie dapat A- untuk subjek ni yang tika tu di ajar oleh dekan kami, Prof. Dr. Sapiyan Baba. Memandangkan Cik Lie memang sangat free sekarang kerana masih menunggu waktu untuk viva, dengan yakin-yakin kucing (adakah??) Cik Lie menerima tawaran tersebut. Benda pertama yang Cik Lie perlu buat ialah STUDY balik benda alah ni.

Nasib baik Cik Lie masih simpan buku rujukan untuk subjek ni. Waktu 1st year, memang semangat beli buku, naik 2nd year, photostat je semua =p

Cik Lie perlu mengajar 3 kelas untuk pelajar diploma jurusan IT. Semuanya dalam lingkungan umur 18 tahun. Tapi, bila mereka dah pakai lawa-lawa dan smart-smart persis seorang pelajar UPSI (skema), maka mereka nampak lebih matang dari Cik Lie. Teringat waktu Cik Lie study dulu. Pergi kelas kadang-kadang sarung sweater yang dalamnye baju T-shirt pakai kat bilik (tapi dah mandi la) tudung pakai sarung je warna apa pun sebab sweater hitam, seluar jeans & selipar jepun. Pergi kelas, kalau tak terlepas 1 atau 2 slide tu memang tak sah. Walaupun, jarak antara kolej kediaman dengan fakulti sepelaung je. hehhehe... sebab tu Cik Lie tak kesah sangat if diorang masuk lambat, yang penting kerja siap. Kalau tak Cik Lie deduct markah. Sporting-sporting pun tapi taklah sampai bagi orang pijak kepala kan.

Gaya Miss Laili ketika mahu ke kelas, cuba bandingkan dengan mereka di bawah ni

Pelajar Cik Lie waktu sesi perbincangan dan latihan
Topik pertama sesi tutorial

Marking time yang ditemani tweeter, facebook & ym di pagi sabtu xp

Alhamdulillah, setakat 2 minggu ni, semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Cik Lie ambil peluang ni sebagai persediaan menjadi seorang pendidik yang baik. Semestinya, idola Cik Lie adalah supervisor Cik Lie, Dr. Maizatul Hayati Mohamad Yatim yang disenangi semua orang. InsyaAllah... Amin... Tiap kali Cik Lie masuk kelas ni, tentu teringat zaman dalam klas Cik Lie & geng-geng FSKTMers dulu =)




Saturday, December 10, 2011

Sudah Hampir Kemuncaknya

9 Disember 2011 merupakan tarikh untuk Cik Lie menghadapi peperangan besar untuk waktu ini. Bertepatan dengan hari Jumaat, Cik Lie rasa sangat berkat dapat viva (pembentangan thesis) pada hari yang mulia ini =) Walaupun rasa kecuakan tu agak mengganggu, namun aura semangat yang disalurkan oleh yang tersayang, memberi semangat yang sukar diungakap dengan kata-kata (penulisan Cik Lie selalu berbunyi skema ~~). Di sini sebahagian aura yang di salurkan melalui SMS yang membuatkan Cik Lie rasa tak sabar-sabar nak ber viva. Hehehe.

Salam, Selamat mempersembahkan tesis (mak)

Assalammualaikum, ayah mendoakan agar pembentangan hari ini berjalan dengan licin dan lancar dan meyakinkan panel. selamat berjaya dan mendapat yang terbaik. insyaAllah (ayah)

Good luck ye laili. Kuatkan semangat ;) (Dr.Mai)

Pose tiada motif di hadapan bilik viva bersama Kak Rahani

Tepat jam 11.30 pagi, nama Cik Lie dipanggil untuk masuk ke bilik viva. Panel untuk viva ni ade 4 orang. Dr. Tan Wee Hoe (pengerusi), Dr.Zamzuri (pemeriksa), Dr. Raja Safinas (panel) dan Puan Anis (wakil IPS). Tesis Cik Lie ni diketogorikan sebagai yang berisiko kerana 1. Cik Lie tulis dalam BI (mejoriti calon tulis dalam BM), 2. Tajuk dan teknologi ini agak baru diperkenalkan dan 3. Tesis ni 80% bersifat kualitatif (yang tidak menggunakan nombor, juz penerangan). Cik Lie agak mengenali Dr.Tan dan Dr.Zam yang sememangnya agak direct dan sangat jujur dalam menyampaikan komen. Manakala Dr.Raja pula, berdasarkan pengalaman kawan-kawan lain, beliau seorang yang tegas dan teliti terutamanya dari segi penulisan. Tambah membuatkan Cik Lie cuak, penyelia Cik Lie, Dr.Mai tak dapat hadir untuk backup Cik Lie kerana ada tuntutan kerja di KL. Maknanya, Cik Lie perlu bermain pedang sorang-sorang la. Hanya doa dan tawakal yang Cik Lie bawa sebagai bekalan. Di sini, Cik Lie sharekan slaid presentation viva tu

Suasana di dalam bilik viva melalui video yang dilihat melalui bilik tayangan. Terima kasih pada kak nisha, eton dan rakan-rakan yang sudi datang bagi semangat pada Cik Lie ;)

"Dengan ini diisytiharkan, disertasi (tesis) anda telah diluluskan dan akan dianugerahkan ijazah Sarjana Multimedia Dengan Pendidikan" Cik Lie dah tak berapa ingat ayat-ayat belakang tu sebab bila dah dengar lulus tu. Alhamdulillah... syukur Ya Rabb. =)

Keluar je dari bilik viva tu, rasa macam lepas dapat result PMR dulu, call orang sana, SMS orang sini, tweet kat tweeter, post kat wall FB, chat kat YM (SPM tak nak cakap sebab lepas dapat result Cik Lie cabut wayar telefon+campak handset bawah katil+mengurungkan diri beberapa hari). Bukan nak riak, juz mahu say appreciation kepada mereka-mereka yang selama ini menjadi tulang belakang Cik Lie =)

Keesokan harinya, Cik Lie celeb kejayaan ni bersama Dr.Mai yang baru pulang dari urusan kerjanya. Honestly, Cik Lie rasa amat bertuah kerana Allah temukan Cik Lie orang yang sangat tepat. Memang takde masalah langsung bekerja dengan Dr.Mai. Malah, kadang-kadang Cik Lie bukan rasa hubungan ni bukan macam pensyarah dan pelajar, tapi adik dan kakak. Sebelum balik, Dr. Mai mengejutkan Cik Lie dengan hadiah sempena kejayaan ni. Dunno how to express the feeling, rasa nak nangis wooo... tapi cover la, ramai orang kat situ kot...

Maka, tak payah pening-pening lagi nak cari baju untuk konvo nanti. hehehe.. Perjalanan selepas ini? Doakan saja moga dipermudahkan dan diberkati ya rakan-rakan.. =)

Sunday, December 4, 2011

Gembira & sedih itu lumrah

Dalam otak Cik Lie sudah berkata-kata, "hari ni tentu penat. esok dah nak start ngajar dah. adeh~~". Tapi, hati Cik Lie membalas pula "ko mesti jumpa diorang. Diorang banyak jasa kat ko. Paling penting, diorang sentiasa ada untuk ko. Tak kira ko susah, senang, gembira atau sedih. Ko akan menyesal kalo ko takde peluang lagi nak jumpa diorang".

Maka, enjin kereta dihidupkan. Tepat jam 8.30 pagi, Cik Lie memulakan perjalanan ke Tg.Malim untuk berjumpa best buddy zaman kanak-kanak rebina yang masing-masing dah beranak 1.

Belah kanak Cik Lie, Aloy, Eton dan anaknya Aufa manakala di sebelah kiri Cik Lie pula, Nik, Hafidzal dan anaknya Rayyan Haikal. Kami semua sekelas ketika Cik Lie form 1 (kecuali Nik). Sepanjang majlis kahwin diorang pun, memang Cik Lie la tukang sibuknya. Sepanjang pertemuan ni, tak habis-habis Cik Lie kena usik~~ Tambah ditakut-takutkan dengan pengalaman bersalin dan melihat isteri bersalin =p Tersentuh juga hati nak berkeluarga, tapi jodoh belum sampai. Bersabarlah ye =) Takpe-takpe, nanti acik leli dah ade anak, automatik dapat kakak dan abang angkat. ;)

Selepas solat zohor, Cik Lie menjemput adik lelaki dari kolej kediamannya untuk menemani Cik Lie melawat my best buddy yang Cik Lie selalu cerita dalam blog ni. Tak lain tak bukan mamat aep ni la. Latest Cik Lie cerita pasal dia tiba-tiba masuk hospital lepas kitorang balik dari kenduri coursemate kat Seremban dengan geng-geng UM, dalam dua minggu lepas keluar, dia masuk hospital balik. Tak boleh jadi ni.. risau Cik Lie dibuatnya. Cik Lie plan nak lawat dia kat hospital lepas dapat green light dari parents Cik Lie, tapi dia dah keluar awal plak. Mulanya nak pergi rumah dia je tapi dia ajak jumpa kat luar sebab dah bosan sangat duduk atas katil. Dia ajak jumpa kat sebuah coffee house kat Selayang Jaya. Berpandukan GPS, Cik Lie rasa macam familiar je Selayang Jaya ni... Sampai-sampai je kat sana, terus dia tanya Cik Lie sambil gelak-gelak, "cam tak kawasan ni? ex punye kawasan pun tak cam ke?.. Dush! dush! dush! sakit-sakit pun nak menyakat orang lagi!!

Agak kurus kan? Cuma beberapa kg je lebih berat dari Cik Lie. Pipi dia pun dah tak berapa bulat macam selalu. Memang tak sangka dia akan menghadapi semua dugaan ni. Sepatutnya, Cik Lie yang kena motivate dia untuk hadapi semua ni, tapi sepanjang perbualan kami yang disaksikan adik Cik Lie, macam dia yang bagi motivasi kat Cik Lie. Ada 1 ayat tu dia cakap " Allah dah selalu sangat bagi keseronokkan kat aku. DIA yang bagi sakit ni dan hak DIA juga yang menyembuhkan. Sekarang aku tau perasaan orang yang nak menghadap kematian. Rasa sangat tenang. Tak payah pikir apa-apa. Pikir Tuhan je". Cik Lie cuma mampu cakap, "be strong, jangan pikir bukan-bukan". Dia senyum je, sedangkan Cik Lie yang pikir bukan-bukan sebenarnya~~Tapi sebenarnya Cik Lie tahu, kesakitan, ketakutan & kesedihan dia terselindung di balik egonya. ( Aku pun kenal ko aep macam mana ko selalu cakap kat aku 'I know you well"). Sebelum balik Cik Lie hadiahkan dia buku ni


04 Dec 2011 : 6:41 pm - hati2 bwk keta tu.. tenkiu buku yg sgt meaningful ni =) nnt ada peluang kte jmpe lg.. (via iPhone)