Friday, May 18, 2012

Alhamdulillah Ya Rabb... Terima Kasih semua.. =)

Fuh...dah lebih seminggu diperam cerita ni. Kira dah basi dah pun.. takpe..takpe...mood nak berkongsi tu masih ada. So, Cik Lie ceritalah kronologinya bersama-sama gambar seperti diminta oleh peminat-peminat blog ni. (eh..ade ke??? ade kot..)


Sebelum hari kejadian
Event ni Cik Lie create tatkala orang lain dok bizi post event wedding masing-masing. Sebab taknak kalah, Cik Lie dengan suka rela mempoyokan diri untuk create event ni pada mereka yang berkaitan saje. Bukan ape pun, juz nak inform & dengan kesayangan-kesayangan Cik Lie ni je. Tak expect kesayangan-kesanyangan Cik Lie ni datang pun sebab time orang keje ni.


Di hari kejadian

Cik Lie merupakan first batch konvo di Dewan Besar, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City. Kampus ni sangat baru. Bau cat pun tak tanggal lagi.

 Skrol Cik Lie disampaikan oleh Pro Canselor YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman bin Arshad. Takde rezeki nak ambik skrol dari Tunku Zara yang cantik de bomb tu sebabnya Cik Lie di sesi ke-4. Kat sini macam pelik sebab hanya pelajar PhD yang dapat skrol dari Canselor. Em... 4 tahun lagila kena tunggu... Tapi yang pelik, kenape pakcik yang tengah duduk tu snap picture Cik Lie guna ipad die??? musykil ni....

Keluarga terchenta Cik Lie, adik lelaki Cik Lie tiada dalam ini gambar kerana dialah photographer nya  dan adik bongsu Cik Lie tak join sebab die kena sekolah. Cik Lie dedikasikan kejayaan ini hanya untuk mereka =)

 Bersama kesayangan-kesayangan yang memeriahkan suasana (^^,)v

1. Bestbuddy zaman kanak-kanak rebina yang telah mengorbankan waktu shift yang patut digunakan untuk tidur. Terharu sungguh...malam nanti kalau ade patient report Dr.Syafiqah ngantuk-ngantuk, kesian die...
2. Photographer tidak berbayar yang telah ponteng kerja for my convocatio. hehhehe.. jangan marah ye incik Dzulikram. Hargai sangat sangat sangat <3
3. Rakan-rakan seperjuangan, C-la, Kak Ani & Kak Na. 4 tahun lagi kita konvo sesame lagi ye ;)
4 & 5. Pensyarah a.k.a Orang kuat disebalik kejayaan Cik Lie, Dr.Mai, Puan Nadia, Puan Norzu, Dr.Asikin & Puan Adah. Terima kasih atas segala sokongan & kasih sayang. =)

Bersama kesayangan-kesayangangan yang tak dapat join di hari kejadian

1. Disebabkanbanyak suggestion untuk celeb weekend, bertepatan pula weekend hari tu wedding senior Cik Lie (Kak Maisarah) + lecturer (Dr. Badrul Anuar). Maka, ke Melaka lah kita berhura-hurey. Ahli rombongan : Nik, Abg amir (my sifoo), mat azim, judeng, hilmi, nabilah, dila (kudozu), kak an & dayang.
2. Merujuk kepada entri ini, Cik Lie telah melawat beliau di rumah keesokkan harinya. Alhamdulillah..lega tengok dia dah beransur baik. Tak pastilah sama ada dia yang semakin kurus atau Cik Lie yang makin kembang. (ayat cover). P/s: kalau ko sihat aep, kompem kitorang dah angkut ko pegi melaka sekali. Tak syokla tak cukup korum~~~
3. Feels like alwayz 15. Yey!!!!!!!!!

Rasa macam nak konvo hari-hari kalau macam ni.  Ada juga beberapa individu yang tiada dalam ini entri kerana gambar belum dapat sepenuhnya. Terutamanya, bestbuddy zaman kanak-kanak eton & jai, housemate tasya,shida, ayu, kak nisha, fared, yus, kak liz & kak fiza. kawan-kawan yang wish kat FB & Twitter. Thanks soooo much pada semua. Doakan kejayaan & kebagiaan Cik Lie seterusnya. I heart you <3<3<3

Tuesday, May 8, 2012

Uneasy Feeling. Hate it...

Jam sudah hampir 1.30 pagi, mata Cik Lie masih terkebil-kebil.... Esok hari kebesaran. Tapi Cik Lie tak rasa excited ape-ape pun. Em..sebenarnya dah dua hari rasa macam ni. Sebabnya??? Risau dan Susah Hati. Pada siapa??? Pada kawang baik+bff+best buddy. Ape kena dengan dia??? Sila rujuk entry ini dan yang ini.  Dan semalam one of our BFF copy paste dari skype:

[4:15:35 PM] Ariff: 1. Stomach swelling (uneasy breathing) 2. Leg swelling (unable to walk much) 3. Stomach gassy (due to current medication) 4. Since can’t drink a lot, have the problem of less energy. always getting tired and unable to focus well. 5. Throat (my voice is gone due to less water intake for 1 whole week) 

Tambah buat susah hati, office die pun dah keluarkan email macam ni:

Hi Ariff, 
We have spoken to Matt about your condition. We would recommend that you seek immediate medical attention without much delay. Please keep in touch with anyone/all of us about your status. Thank you. Regards,
David Mak

Tambah+tambah+tambah+tambah susah hati bila die reply one of my sms :

"sory xreply smlm. xbrape lrt nk reply msg.im still weak. mayb klau makin truk, esok msuk hspital slyg"

Ya Rabb... Engkau ringankanlah kesakitan & penderitaan sahabat ku ini Ya Allah. Engkau kuatkanlah semangatnya dan keimananya. Sesungguhnya hambaMu ini tidak sanggup kehilangannya.

P/s : Aep, harap sangat-sangat ko ada esok sepertimana ko orang pertama yang berjanji akan hadir.....

Wednesday, May 2, 2012

Selamat Sudah Mereka =)


Kali ni Cik Lie bukan lagi bertindak sebagai Bidan Terjun, tapi Cik Lie telah di cop 2 bulan awal untuk menjadi pengapit pada pasangan best buddy Cik Lie di zaman gila-gila remaja sekolah menengah dulu. Flash back kesah percintaan mereka yang bermula seawal usia 15 tahun dan bertahan sehingga selamat bernikah pada 27/4/2012 yang lalu membuatkan Cik Lie sangat-sangat tabik spring-spring pada keduanya. Kedua pasangan bukanlah dari sekolah yang sama, tetapi jodoh menyatukan segalanya. Dan dalam kesah percentaan mereka ini, watak Cik Lie hanyalah sebagai peneman ketika sesi 'blind date' mereka yang pertama. Kalau nak diceritakan kesah mereka ni panjang sangat. Ape-ape pun Alhamdulillah...semuanya telah selamat =) Dalam entri ni Cik Lie cuma nak kongsi pengalaman kedua Cik Lie sebagai pengapit. Yang seronoknya, Cik Lie telah di 'sponsor' 2 pasang kain untuk dipadankan dengan tema majlis. Dapatlah Cik Lie buat baju kurung moden & baju kurung pahang. hehhehe... Majlis berlangsung dalam suasana kampung. Cik Lie pun tak kekok kerana kenal dengan keluarga kedua pengantin terutamanya sebelah perempuan. Di sini Cik Lie share beberapa gambar untuk di layanzzz... 

 
Perarakkan pengantin di kenduri sebelah lelaki
 
 Part yang paling best, dua hari berturut-turut makan hidangan pengantin dengan girangnya


Sesi usik-mengusik pengantin yang malu-malu kucing ni di majlis belah pengantin perempuan


 
Tahniah kepada Mohd Haidar & Nor Zuraida. Moga ikatan perkahwinan yang suci ini kekal sepanjang hayat. Moga melekat jugakla berkat kome kat aku ye..  Amin Ya Rabb...


Tak sah kiranya, jika sesuatu yang berlaku pada Cik Lie ade connection jugak dengan geng-geng kat UM. Dah sememangnye kami ni mempunyai 'ikatan kimia' yang kuat kot. Hahahah... Tetiba, one of my BFF post something yang pada kami yang asyik juin kenduri orang tapi kenduri sendiri entah bilenye. Maka terhasillah idea ini =p

Sunday, April 22, 2012

Latihan intensif bersama Cik Lie

21/4/2012

Situasi : Oleh kerana perancangan yang sepatutnya terpaksa ditangguhkan, Cik Lie telah mengajak dia ke rumah makcik Cik Lie untuk makan tengah hari. Mulanya dia berasa sangat cuak dan segan. Cik Lie cakap, "ala...warming up sebelum jumpa parents. Okey kan??". Okey, dia setuju. 
Respond : pak cik Cik Lie rancak berborak dengan dia pasal pelaburan emas & mak cik Cik Lie bekalkan dia dengan sayur kampung & 2 anak pokok buah markisa.

22/4/2012

Situasi : Alang-alang mengikut dia survey kereta baru di Selayang, Cik Lie mesej BFF Cik Lie ajak minum-minum di Domino Selayang Jaya di samping sesi intro antara dia & BFF Cik Lie. Seperti biasa, BFF Cik Lie yang bajet hebat ni telah memberikan beberapa tips kepada dia kononnya sebagai bekalan berguna.
Respond : "ensem & cool..aku approve & bless b upon u both.. hee =D umur bukan ukuran, tapi iman di dada..make sure solatnya x tggl" (via iPhone)

Friday, April 20, 2012