Thursday, December 22, 2011

kelakar di pagi jumaat

Diakui, keghairahan untuk berfacebook sudah agak menurun. Mungkin kerana banyak isu yang ntahpape yang di share & interface yang semakin sakit mata memandang. Maka, mari berpindah ke tempat lain pulak. Tab baru yang bernama Twitter saje di onlinekan sepanjang masa (macam jugak YM & FB). Ha.. ni lagi 1 isu. Orang selalu pertikaikan yang kami (orang-orang IT ni) takde keje, takde life, asyik main internet je. Hellooo... ini lah kerja kami, life kami, cara kami bersosial, medan ilmu kami dan tanggungjawab kami. Korang ingat, kami ni bila ngadap komputer, asyik chatting, layan gosip dan download movie je ke? no no noooo...#tetiba nak emo plak#

Kembali kepada topik asal. hahaha... asalnya Cik Lie nak share pasal pengalaman Cik Lie ber twitter. Memang Cik Lie dah lama ada akaun ni. Cuma tak aktif. Sebab 1st expression Cik Lie pasal twitter ni, "Twitter adalah tempat orang mengomel, merungut & marah-marah". Lagipun, yang Cik Lie follow pun, kawan-kawan yang dalam FB & YM dan beberapa tokoh motivasi. Malas la nak follow artis-artis ni. Hari ni berlaku sesuatu yang agak kelakar. Tak tahulah sama ada ia sengaja atau tak. Juz layan screen capture ni ya

Korang memang SENGAL