Saturday, December 10, 2011

Sudah Hampir Kemuncaknya

9 Disember 2011 merupakan tarikh untuk Cik Lie menghadapi peperangan besar untuk waktu ini. Bertepatan dengan hari Jumaat, Cik Lie rasa sangat berkat dapat viva (pembentangan thesis) pada hari yang mulia ini =) Walaupun rasa kecuakan tu agak mengganggu, namun aura semangat yang disalurkan oleh yang tersayang, memberi semangat yang sukar diungakap dengan kata-kata (penulisan Cik Lie selalu berbunyi skema ~~). Di sini sebahagian aura yang di salurkan melalui SMS yang membuatkan Cik Lie rasa tak sabar-sabar nak ber viva. Hehehe.

Salam, Selamat mempersembahkan tesis (mak)

Assalammualaikum, ayah mendoakan agar pembentangan hari ini berjalan dengan licin dan lancar dan meyakinkan panel. selamat berjaya dan mendapat yang terbaik. insyaAllah (ayah)

Good luck ye laili. Kuatkan semangat ;) (Dr.Mai)

Pose tiada motif di hadapan bilik viva bersama Kak Rahani

Tepat jam 11.30 pagi, nama Cik Lie dipanggil untuk masuk ke bilik viva. Panel untuk viva ni ade 4 orang. Dr. Tan Wee Hoe (pengerusi), Dr.Zamzuri (pemeriksa), Dr. Raja Safinas (panel) dan Puan Anis (wakil IPS). Tesis Cik Lie ni diketogorikan sebagai yang berisiko kerana 1. Cik Lie tulis dalam BI (mejoriti calon tulis dalam BM), 2. Tajuk dan teknologi ini agak baru diperkenalkan dan 3. Tesis ni 80% bersifat kualitatif (yang tidak menggunakan nombor, juz penerangan). Cik Lie agak mengenali Dr.Tan dan Dr.Zam yang sememangnya agak direct dan sangat jujur dalam menyampaikan komen. Manakala Dr.Raja pula, berdasarkan pengalaman kawan-kawan lain, beliau seorang yang tegas dan teliti terutamanya dari segi penulisan. Tambah membuatkan Cik Lie cuak, penyelia Cik Lie, Dr.Mai tak dapat hadir untuk backup Cik Lie kerana ada tuntutan kerja di KL. Maknanya, Cik Lie perlu bermain pedang sorang-sorang la. Hanya doa dan tawakal yang Cik Lie bawa sebagai bekalan. Di sini, Cik Lie sharekan slaid presentation viva tu

Suasana di dalam bilik viva melalui video yang dilihat melalui bilik tayangan. Terima kasih pada kak nisha, eton dan rakan-rakan yang sudi datang bagi semangat pada Cik Lie ;)

"Dengan ini diisytiharkan, disertasi (tesis) anda telah diluluskan dan akan dianugerahkan ijazah Sarjana Multimedia Dengan Pendidikan" Cik Lie dah tak berapa ingat ayat-ayat belakang tu sebab bila dah dengar lulus tu. Alhamdulillah... syukur Ya Rabb. =)

Keluar je dari bilik viva tu, rasa macam lepas dapat result PMR dulu, call orang sana, SMS orang sini, tweet kat tweeter, post kat wall FB, chat kat YM (SPM tak nak cakap sebab lepas dapat result Cik Lie cabut wayar telefon+campak handset bawah katil+mengurungkan diri beberapa hari). Bukan nak riak, juz mahu say appreciation kepada mereka-mereka yang selama ini menjadi tulang belakang Cik Lie =)

Keesokan harinya, Cik Lie celeb kejayaan ni bersama Dr.Mai yang baru pulang dari urusan kerjanya. Honestly, Cik Lie rasa amat bertuah kerana Allah temukan Cik Lie orang yang sangat tepat. Memang takde masalah langsung bekerja dengan Dr.Mai. Malah, kadang-kadang Cik Lie bukan rasa hubungan ni bukan macam pensyarah dan pelajar, tapi adik dan kakak. Sebelum balik, Dr. Mai mengejutkan Cik Lie dengan hadiah sempena kejayaan ni. Dunno how to express the feeling, rasa nak nangis wooo... tapi cover la, ramai orang kat situ kot...

Maka, tak payah pening-pening lagi nak cari baju untuk konvo nanti. hehehe.. Perjalanan selepas ini? Doakan saja moga dipermudahkan dan diberkati ya rakan-rakan.. =)