Monday, December 12, 2011

Mizz Laili, rasa urban sangat plak~

-cerita dalam entri ni berlaku 2 minggu yang dulu-

Salam Laili, awk boleh mengajar math discrete tak? saya perlukan tutor la untuk klas saya -Pn.Nadia AkmaUPSI-

Wa... subjek ni Cik Lie belajar waktu 1st year, 1st sem waktu degree dulu. Honestly, rasa macam dah hilang ingatan dah tentang subjek ni. Maka, Cik Lie pun roger geng-geng UM dulu. Malangnya, semua pun dah macam hilang ingatan jugak. Inikah yang dinamakan belajar kerana peperiksaan??? Waktu Cik Lie belajar dulu, nama subjek ni Mathematics Computing 1. Bila Cik Lie bukak transkrip balik, tak sangka pulak Cik Lie dapat A- untuk subjek ni yang tika tu di ajar oleh dekan kami, Prof. Dr. Sapiyan Baba. Memandangkan Cik Lie memang sangat free sekarang kerana masih menunggu waktu untuk viva, dengan yakin-yakin kucing (adakah??) Cik Lie menerima tawaran tersebut. Benda pertama yang Cik Lie perlu buat ialah STUDY balik benda alah ni.

Nasib baik Cik Lie masih simpan buku rujukan untuk subjek ni. Waktu 1st year, memang semangat beli buku, naik 2nd year, photostat je semua =p

Cik Lie perlu mengajar 3 kelas untuk pelajar diploma jurusan IT. Semuanya dalam lingkungan umur 18 tahun. Tapi, bila mereka dah pakai lawa-lawa dan smart-smart persis seorang pelajar UPSI (skema), maka mereka nampak lebih matang dari Cik Lie. Teringat waktu Cik Lie study dulu. Pergi kelas kadang-kadang sarung sweater yang dalamnye baju T-shirt pakai kat bilik (tapi dah mandi la) tudung pakai sarung je warna apa pun sebab sweater hitam, seluar jeans & selipar jepun. Pergi kelas, kalau tak terlepas 1 atau 2 slide tu memang tak sah. Walaupun, jarak antara kolej kediaman dengan fakulti sepelaung je. hehhehe... sebab tu Cik Lie tak kesah sangat if diorang masuk lambat, yang penting kerja siap. Kalau tak Cik Lie deduct markah. Sporting-sporting pun tapi taklah sampai bagi orang pijak kepala kan.

Gaya Miss Laili ketika mahu ke kelas, cuba bandingkan dengan mereka di bawah ni

Pelajar Cik Lie waktu sesi perbincangan dan latihan
Topik pertama sesi tutorial

Marking time yang ditemani tweeter, facebook & ym di pagi sabtu xp

Alhamdulillah, setakat 2 minggu ni, semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Cik Lie ambil peluang ni sebagai persediaan menjadi seorang pendidik yang baik. Semestinya, idola Cik Lie adalah supervisor Cik Lie, Dr. Maizatul Hayati Mohamad Yatim yang disenangi semua orang. InsyaAllah... Amin... Tiap kali Cik Lie masuk kelas ni, tentu teringat zaman dalam klas Cik Lie & geng-geng FSKTMers dulu =)