*Nada intro ringtone I wanna Be You by Akon* membatalkan niat Cik Lie untuk menyambung mimpi indah selepas solat subuh apabila mendapat panggilan daripada kawan lama.
Hafidzal : Assalammualaikum, laili, ko mesti tolong aku. Hanya ko yang boleh tolong aku.
Cik Lie : Waalaikumussalam, Apehalnye ni ??? (dengan nada cuak)
Hafidzal : Tolong jadi pengapit wife aku boleh? Famili wife aku datang lambat la. Takde sape..
Cik Lie : La..aku mana penah jadi pengapit ni. Mana aku tau…
Hafidzal : Ala, ko belasah je nanti. Bolehlah ye…
Cik Lie : em… ko ade kat umah tak petang ni ? lepas Zohor nanti aku datang umah ko.
Hafidzal : Ok
Huh…jem seketika fikiran Cik Lie. Biar betul… Sebenarnya Cik Lie & Hafidzal bukanlah kenalan yang rapat pun. Kami hanya sempat kenal dalam ½ tahun semasa tingkatan 1 sebelum Cik Lie berpindah. Kami jumpa semula pun di dalam Friendster. Itu pun dia di Jepun & Cik Lie di Malaysia. Tambahan pula, Hafidzal juga merupakan rakan persekolahan ex-bf Cik Lie di koleq. Cuma sebelum majlis kendurinya, dia banyak minta bantuan Cik Lie terutama bab jadi posman kad kahwinnya dan bertanyakan persediaan untuk majlis. Honestly, Cik Lie memang tak dapat membantu dalam kes ni sebab Cik Lie pun tak pernah survey butik-butik pengantin, catering & segala bagai tu. Cuma boleh jadi pendengar setia sahaja. Heheh.. Lagi 1, dia juga kerap bertanyakan Cik Lie tentang macam mana nak faham life seorang doktor memandangkan wifenya adalah seorang doktor dan kadang-kadang dia hilang sabar dengan kerjaya doktor ini. Jika soalan ni dilontarkan, Cik Lie jadi ‘erm….’ (aku pun xkawen doktor, camne ko boleh tanye aku semua ni????). Tapi bila memikirkan, he choose me to ask all this, Cik Lie gunakanlah segala ‘pengalaman’ yang sudah dilalui & pengalaman dari rakan-rakan Cik Lie yang bekerjaya di hospital. Conclusion yang boleh Cik Lie berikan ‘once you married a doctor, hospital is her 1st priority. That you have to accept’. Kelakar bila teringatkan semua ni. It is LIFE. If kita tak dapat laluinya pun, melihat & membantu orang lain melaluinya sudah cukup menggembirakan =) Cik Lie upload picas-picas sepanjang majlis lalu.
Persediaan membeli & mengangkut barang-barang seperti kek, bunga telur & kuih-kuih. Sibuk sungguh pengantin dan mak pengantin berbincang manakala Cik Lie sibuk ambil gambar telatah mereka semua. =p Hafidzal seorang yang simple. Tapi maklumlah, ini adalah kenduri pertama keluarga mereka (melangkah bendul mamat ni), so parentsnya agak excited. Pernah jugak Hafidzal berbisik pada Cik Lie , “ bankrupla aku lepas ni..” Cik Lie hanya membalas, “takpela..sekali je kan” sambil wifenya menepuk-nepuk belakangnya tanda bersabar.
Majlis kahwin diadakan di dewan. Maka dirumah hanya penuh dengan barang-barang sahaja. Cik Lie sempat bantu memasukkan telur kedalam sampul bunga telur bersama makcik-makcik hafidzal sambil bergosip-gosip. Habis kenal jugaklah seluruh famili dia Cik Lie kenal dalam setengah hari tu.
Ini dibilik persalinan pengantin di rumah tumpangan belakang dewan. Disebabkan mereka memang suami isteri, tak kesahlah untuk bersiap sekali. Juz Cik Lie yang agak bertuah coz dapat get along dengan diorang je. Banyak jugak dapat tips-tips & korek rahsia pengantin ni. Tips-tips solekan dari mak andam pun boleh tahan jugak. Hehehhe..
Yeah!!! Cik Lie bersama pengantin perempuan : Nik Noryusliza & pengantin lelaki : Mohd Hafidzal. Maaf if tak dapat jadi pengapit yang besh. 1st time ni.. and thanks so much for the chance. Didoakan kalian hidup dalam rukun dan damai sepanjang hayat. Amin… =)
Sesi open interview oleh DJ macam dalam realiti TV pulak. Antara soalan & jawapan yang Cik Lie tabik spring adalah :
DJ : Boleh ceritakan bagaimana permulaan kisah percintaan kamu berdua ?
Hafidzal : Kami hanya berkenalan melalui internet , Friendster. Waktu tu saya di Jepun & isteri di Malaysia. Kami selalu berkongsi hal-hal pelajaran. Dia tahu masalah saya & saya tahu masalah dia. (dengan nada malu-malu kucing)
DJ : Boleh berikan ucapan untuk kami semua ?
Nik : Kami berdua ucapkan terima kasih kepada orang tua kami yang merestui perkahwinan kami, ………
Jujurnya, Cik Lie memang agak kagum dengan Hafidzal kerana dia memang mempunyai matlamat yang jelas dengan perhubungan. Dia bukan seperti lelaki lain yang kebanyakkannya mahu ‘test market’ dan screening calon-calon. Ini dapat dilihat dengan usaha yang telah dilakukan sehingga dia mampu mempunyai mpv yang di beli sejak di Jepun lagi & rumah sendiri. Bertuah nik, basuh kaki je. Habis je belajar, terus jumpa famili & bertunang.
Cik Lie bersama sebahagian schoolmate ketika di sekolah rendah. Who is next ya ?????
Kerjaya sebagai pengapit itu juga ada muslihatnya… Em.. Cik Lie serahkan pada Allah sahaja kerana it is still hard for me to move on. Cik Lie tak mahu kecewa lagi. Anyway, wish Nik & Hafidzal live happily ever after (^^,)v