Sunday, September 19, 2010

Ya, itu benar

Cik Lie masih mahu terus bercerita tentang jodoh. Mungkin keterujaan sempena majlis perkahwinan sahabat Cik Lie tu penyebab utamanya. Bukan teruja untuk mengikut langkah, tetapi menghayati & memahami disebalik nilai sesuatu perkahwinan. Cik Lie telah menghabiskan masa selama 3 hari 2 malam di rumah sahabat Cik Lie ni membantunya serba sedikit untuk persiapan majlis. Dikesempatan itu juga, pelbagai info+nasihat+tips Cik Lie terima berkaitan jodoh & persiapan perkahwinan. Soalan cepumas tu usah ditanya, Cik Lie pun dah 'terer' menepis segala terjahan-terjahan macam skuad terjah melodi tu. Namun, dalam banyak-banyak 'maklumat' tu, ada 2 benda yang agak memberi kesan mendalam pada Cik Lie.

1. "dalam hal hubungan ni, dua-dua pihak mesti jalan seiringan. Tak kisah la sorang tu miskin, sorang tu kaya. Sorang tu cantik, sorang tu hodoh. Asalkan bila kita dah yakin tu jodoh kita, kita dah ade matlamat. " - nasihat cikgu Cik Lie
Kata-kata ni terpacul apabila seorang kawan Cik Lie datang kerumah pengantin untuk bertemu Cik Lie. (boleh terima x?) Ini kerana kami dah tak jumpa sejak abis UPSR, time die konvo Cik Lie datang pun tak sempat jumpa. Sewaktu majlis dia terpaksa pulang awal kerana menghadiri majlis orang lain pula. Cik Lie pula sibuk kesana-sini membantu menguruskan majlis. Tak sempat berjumpa. Pada mulanya, dia mengajak Cik Lie jumpa diluar sebab dia bersama seseorang. Tak elok pula tinggalkan pengantin, Cik Lie berkeras jugak mengajaknya ke rumah pengantin. Tak sangka pula mesej Cik Lie yang berbunyi " ckp kat bf ko, kalau dtg sini dapat restu lebih. Restu pengantin, restu kawan, restu cekgu" ( mak pengantin adalah cekgu kami sewaktu sekolah rendah) dapat melembutkan hati mereka =) Sewaktu berborak-borak, kami berkenalan dengan bf nya & mengorek serba sedikit kisah 'hikayat' mereka. Pada Cik Lie, sungguh menarik & unik. Kawan Cik Lie tu adalah seorang doktor yang baru posting di Hospital Temerloh. Bf nya pula merupakan seorang engineer yang selalu off shore. Sepanjang perbualan, perkataan yang kerap Cik Lie dengar ialah 'busy'. Cik Lie sudah sedia maklum dengan 'busy' seorang doktor kerana mempunyai ramai kenalan di dalam field tersebut. Pabila dengar cerita seorang engineer yg terpaksa duduk atas kapal sebulan dua, bekerja dengan gas & minyak, merantau sana sini, Cik Lie rasa sangat interesting sampaikan Cik Lie minta izin kawan Cik Lie tu nak pinjam Bf nya sebab nak dengar cerita lagi. Sangat baru pada Cik Lie. Yang paling kelakar pabila Bf nye mengadu, " sy cerita dengan dia pun bukan dia paham. Die tau inject orang sana, operate orang sini, sy pun inject ngan operate jugak. Tapi mesin la. heheh" Atlast, yang penting pada diorang adalah discuss n planning. Dua-dua dah busy, Pesanan mereka, kalau Cik Lie nak kahwin nanti, paling lewat kena bagitau sebulan awal. Adeh~~~ Moral of the story, in relationship the important is, love is not about who r always beside us 24/7, but who give us time , space for ourselves & accept us naturally. Jadilah seorang yang matang =)

2. "Once you got a husband, you will lose your boyfriend" - quote spontan dari juru make-up pengantin.


Juru make-up pengantin yang berumur 23 thn dan telah bersuami. Mamang cantik juru make-up ni secantik hasil seninya pada pengantin. Berkongsi cerita juga dengannya tentang perkahwinan di awal usianya. Katanya, rata-rata kita akan memulakan proses mengenal semula lelaki yang dulu kekasih hati, tapi apabila telah bergelar suami hampir 70% akan berubah. Jika berubah pada kebaikan, alhamdulillah... Jika pada keburukan, nauzubillah... Namun, ingatlah. Once kita telah sah menjadi suami isteri, usah dikesali, dikenang & dibandingkan hal yang lepas. New phase, new life. Bersyukurlah jika Allah dah tunjukkan segala keburukan sebelum kita sesal kemudian hari