Monday, May 30, 2011

Power of Doa



Teruskan bersabar dan yakin..
Allah tidak jadikan sesuatu itu utk perkara yg sia2..
Pasti ada hikmahnya...
Cume kita, mahu memilih yg mana?
Teruskan bersabar atau sebaliknya..
(credit to Kak Mai)

Friday, May 20, 2011

Membuang masa secara pukal

Hari minggu ni takde plan gempak extravaganza selain petang karang pergi pasar malam & bermalam dirumah acu (makcik Cik Lie belah ayah). Sementara duduk melayan kehidupan di dunia maya, Cik Lie yang pada mulanya berazam dengan tekun dan tuntas untuk writing thesis telah dipengaruh oleh aura Cik Ayu my housemate dalam men decorate blog. See.. banyak perubahan kan? Lebih Chill gitu !!! hehehe. Tak cukup dengan aura mendecorate, di ajak pulak stalk blog blogger yang femes2 secara hatrik sampai berpinar bijik mata (alangkah bagus kalau baca artikel or jurnal ade semangat camni T_T). Tetiba terfikir, how they can attract begitu banyak follower. Kalah fan artis kot.... Tengok entry cam biase2 je~~ Adakah mereka ada pelajaran khas cara menarik follower dengan mewajibkan 'aku follow ko ni, so ko wajib follow aku okeyyyy,' atau semata2 gempak untuk dapat bling2 dari nuffnang (orang kata sumber nuffnang ni diragui..em...). So, kat sini Cik Lie attachkan blog yang Cik Lie rasa boleh layanla. So, nak ajak korang layanz gak (credit utk Cik Ayu)


Cerita ceriti dalam blog ni sometimes 'pergh...giler betul life die ni'. Kadang-kadang jeles bertubi-tubi gak coz ade boyfie yang sweet marshmellow (sorry, I cant treat my boyfie like dat, never okeyyyyyy). Suka jugak layanz Vblog yang die buat dengan english die yg 'hanyadihujungbibir' tu & picas2 yang die upload yang dari kamera yg superb la kot. Yang baik tu kita follow, yang kita rasa tak seswai tu.. em..just take it for fun reading okey ;)


Blog seorang yang baru bergelar isteri. Em.. tak jeles ke husband die tengok isteri yang comel lote ramai peminat? & tak segan ke if sang isteri TERcerita & TERreveal hal rumah & tangga. Sure dah dapat restu dah ni =) Lagipun ape salahnya nak share happiness kan. Setiap orang ada caranya =)


Accidentally, Cik Lie terusha blog FL ni. Actually impress jugak baca student life die as medical student at the same time bila balik cuti buat modelling. Orang cantek+bijak+sempoi, for me kire okey sangatlah but dunnola man kan. hahaha.. one of my BFF dah jatuh chenta ngan FL ni, tapi erk... mimpi dulu lah ye ko Boboy =p


Blog ni dikongsi oleh couple yang ade minat berblog yang sama. Senang cite, nanti dah kahwin, boleh la jadi kenangan terindah/artifak nak tunjuk kat anak cucu. Ye dok??? Kat sini kita boleh identify perbezaan antara penulisan lelaki dan perempuan. Camne tu??? korang analyze la sendiri ek ;)
Sangat seswai untuk korang-korang-korang & aku yang masih tak dapat nak sembuh-sembuh dari kesah percintaan tragis & tragik mengalahkan sinetron & telenovela. Don't wanna to elobrate much, juz layan okey...masyuuukkk =p


Dat's all for today, actually Cik Lie bukan kipas susah mati diorang pun & tak terpengaruh dengan button follow dalam page diorang yang ribu-ribu tu. Juz for fun reading okey =) Yang baik kita ambil. Mana tau, one day I'll become top blogger World Records ke. perghhhh... Sila klik pada picas header blog diorang tu untuk join Cik Lie stalk skali. tata ;)

When you fall down, just TRY AGAIN

Tuesday, May 17, 2011

Monday, May 16, 2011

Fiesta Celebration (^^,)v

Ayah Bestday yang ke 53 pada 7 Mei di raikan secara kombo dengan Hari Emak (Mothers Day) di Pizza Hut, Sungai Petani alang-alang melawat adik Cik Lie yang bersekolah di sana. Tradisi Cik Lie sekeluarga, kalau celebrate ape-ape, juz memenuhkan tank perut je. Tambahan pula, hari tu ade promotion sempena mothers day, dapatlah pizza bentuk love tu. Ayah plak, saje je belikan kek slice sebab juz kami berempat beranak je yang celeb. Lagi 2 orang adik Cik Lie tak dapat join.Moga kedua orang tuaku sentiasa dalam rahmat & redha Allah =)


Dulu, setiap kali 16/5 datang, sure best sebab boleh tengok cikgu-cikgu kena buli (menyanyi, berlakon, bermain). Now, bila dah habis sekolah ni, terkenangkan cikgu-cikgu dulu. Tapi yang peliknya, cikgu yang tak suka & paling garang tu yang paling diingati. Sebagai tanda penghargaan, Cik Lie buatlah kad Hari Guru khas untuk guru-guru yang Cik Lie sayangi di :
  • SK Tanjong Malim
  • SMK Khir Johari
  • SMK Simpang Beluru
  • MRSM Lenggong
  • Kolej Matrikulasi Perlis
  • Universiti Malaya
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Makcik ajar ngaji
  • Usatazah sekolah agama rakyat
  • Cikgu tuisyen

Satu komen dari Cikgu BM Cik Lie waktu tingkatan 3. Dulu Cikgu marah kita bercinta, sekarang cikgu pula yang concern tentang jodoh kita =)


Pagi-pagi tadi handphone Cik Lie berdering tanda ade message masuk. Dah lama kot tak dapat mesej pagi-pagi. Mesti urgent ni.. Alih-alih..dapat wishes dari kawan-kawan. Waaa.. touching sungguh & tiba-tiba teringat Cik Lie pernah menjadi guru suatu ketika dulu. Bukak FB, nah... masih ada students yang ingat pada Cik Lie walau pun sudah setahun meninggalkan mereka. Sesungguhnya perasaan itu sangat indah & I AM PROUD TO BE A TEACHER !!! =)



-Cik Lie versi seorang guru-~Sangat merindui saat ini~

Wednesday, May 11, 2011

Tentang Blog

Apa maksud blog dalam kamus hidup anda?

Sebagai medium untuk bercerita dengan diri sendiri. Atau pun lebih mesra ‘medium syok sendiri’. Sebabnye, Cik Lie saje taknak orang komen entry yang Cik Lie tulis. Tak kesah lah orang tu suka or tak. (kalau tak suka tak kan die nak baca sampai habis kan?). Lepas tu pulak Cik Lie takmau invite orang lain follow blog Cik Lie. Melainkan orang tu dah klik utk follow blog Cik Lie, so takleh buat ape la kan.


Macam mana anda boleh terjebak dalam arena blogging?

Adeh..sedey plak nak kenang. Ok..ok..cite jugak lah ye. Zaman sekolah dulu, Cik Lie rajin jugak tulis dairi. Tiap malam, sure meniarap depan pintu (sebab duduk asrama kena light off pukul 11.30 pm kecuali lampu koridor) & tulis diari. Kadang-kadang tak cukup 1 page, Cik Lie stapler kertas lain. Diari yang 200 page, agak-agak dah jadi 500+ kot. Masuk zaman U, lagi la banyak benda nak cerita. Cik Lie penah niat, nanti diari ni hanya suami je boleh baca. Tapi sekarang Cik Lie pun tak sanggup nak baca. Sedey woooo~~ Time tu bf minat baca blog & die pun ade tulis blog. So, Cik Lie pun join la jugak. Pastu Cik Lie terminate atas sebab-sebab yang biarlah Cik Lie je tau. Then, bila bf Cik Lie dah taknak kenal Cik Lie lagi, memang sungguh rasa lonely & lost someone to share even kawan-kawan sentiasa ada untuk share. Cik Lie start balik berblogging dan Alhamdulillah sebenarnya dengan blog ni jugaklah yang bagi Cik Lie kekuatan & menghiburkan Cik Lie. Hehehehe… Begitulah alkisahnye.


Siapakah idola anda dalam kegiatan blogging ini?

Cik Lie suka baca blog yang berkisahkan ‘kehidupan’. Kekadang tu memang la rasa maca ‘puyuz’ je, macam nak show off je. Tapi itu reality yang blogger tu lalui. Cerita dalam blog ni bukan macam cerita dalam movie or drama, semuanya reality & takde filter punye. Kadang-kadang, kita baca kesah orang tu hari ni, esok lusa benda yang sama kena kat kita plak. Kesimpulannya, Cik Lie takde blog yang Cik Lie minat sangat, juz tiap kali ‘I am silent reader of’ (kat list sebelah ni) update, Cik Lie akan usha jugaklah.


Siapakah kipas-susah-mati blog anda?

Tak tahulah, but setiap kali Cik Lie check stats, mesti lebih dari 1. Kiranya adalah yang sudi meluangkan masa jugak kan =) Ade sekali tu Cik Lie check stats & keyword search, rasa nak pitam Cik Lie bile ade 1 keyword tu ‘Cara memanjakan boyfriend’. Bila Cik Lie check kat google, rupa-rupanya entry ni. Fuh~

Suatu hari, family gathering belah mak Cik Lie. Dalam adik beradik mak, kitorang ingat mak dengan achik je takde FB. Tiba-tiba achik cakap :

Achik : Rajen tulis blog?

Cik Lie : Eh, camne achik tau? (sambil buat muka blur)

Achik : Haha..achik tengok kat FB la.

Cik Lie: Eh, bukan achik takde FB ke? (sambil acu jerit dari dapur.. ‘ooo..taknak add kome pun’)

Achik : Fb achik tu untuk tengok orang lain punye Fb je. Hihihihi

Owh tidak~~~ MY STALKER IS MY UNCLE !!!!!!


Dimanakah anda selalu menulis blog & pada waktu bilakah masa paling masyuk anda menulis blog?

Ilham tu datang takde signal punya. Selalu Cik Lie tulis kat bilik beradu & waktu sebelum beradu/ takleh beradu. Feeling abislah kununnye =p


Apa yang anda harapkan dari blog anda?

Cik Lie berharap agar blog ni ada bawa kebaikan untuk diri Cik Lie terutamanya. Coz kadang-kadang, niat mula-mula Cik Lie nak cerita pasal Cik Lie tension, tengah-tengah tulis/cari gambar, terjumpa pasal ‘ketenangan’ atau pun ‘penyakit hati’. Last-last, I got something & terus cerita dalam entry tu bertukar kepada sesuatu yang lebih positif. It helps me a lot. Tanpa disangka, I got this (sori terpaksa rahsiakan identity beliau sebab Cik Lie masih tak mengenali beliau).

Alhamdulliah.. Cik Lie rasa sangat happy boleh beri manfaat pada orang lain. So, mana yang baik dari blog Cik Lie ni ambillah, mana yang buruk tu, doa-doakanlah Cik Lie tak terus lagha dan berubah kepada yang lebih baik ye kawan-kawan =)


Secara jujurnya, adakah anda malu apabila membaca semula hasil penulis blog anda yang lepas-lepas?

Yup, kadang-kadang tu ada jugak coz obviously I confess my feeling. (sekarang pun same kot) Kudozu penah tegur, “ko janganlah dedahkan identity orang yang YM atau FB ko yang ko attach dalam blog ni”. For me, macam tak best nak sorok-sorok sebab Cik Lie rasa tak original nak tulis ‘ Si A cakap blablabla’, ‘Si Polan bagitau blablabla’. Lagipun semua yang Cik Lie reveal tu from my best friends & adalah dari kata-kata yang baik. Takde niat pun nk jatuhkan maruah diorang. It’s part of my appreciation/ credit for them actually =)

Thursday, May 5, 2011

Bila difikir-fikirkan...

Semalam, Cik Lie temankan cintasayang Cik Lie bermalam di rumahnya kerana Saidatun Nisa (panggilan kanak2nye eton) dah memulakan kerjaya Tutor di UPSI (sementara nak dapatkan PhD). Yang kasihannya, eton ni dah masuk bulan ke 6 pregnant dan terpaksa berjauhan ngan husbannya kerana husbandnya hanya dapat transfer setelah balik kursus di Korea bulan hadapan. So, sebagai sahabat yang baik (acececeh...) menjadi tanggungjawab Cik Lie la menjaga & tolong-tolong mana yang patut. (even takde pengalaman langsung ). Actually, lepas eton kahwin, xde la rasa dapat chance nak tidur sekatil lagi. hehehe.. So, semalam jenuh la sakanlah kami berborak especially about moment2 indah dilalui ketika pregnant ni. Siap Cik Lie boleh pegang & rasa perut die lagi gerak-gerak. Touchinnnnnnnggggggggggg sangat!!! Biasalah orang pregnant memang cepat letih. Tidur pun mana boleh sukasuki nak landing. Kesian pulak tengoknye.. So, eton tidur la dulu , Cik Lie masih terkebil-kebil takleh tidur. Layan la dulu Sinetron Ketika Cinta Bertasbih yang ada 56 episod (Cik Lie mampu layan 3 episod je). Betambah-tambah la lagi touchingnye~~~

- Mak Buyung Chantek -

Malam sebelum tu, Cik Lie post 1 status yang Cik Lie dapat time golek-golek nak melelapkan mata. Saje je nak tengok random opinion dari kawan-kawan FB & kat sini Cik Lie attachkan some comment yang ... korang pikirlah sendiri ek ;)


How bout me?? sila cari jawapan di sini =p Tapi yang peliknye, awat member lelaki je yg komen ni~~~

Monday, May 2, 2011

Mari berangan angan

Juz suatu rentetan dari blog FL yang Cik Lie rasa semua orang ade simpan angan-angan even kat mulut macam noble "tak kesah pun siape2, jodohkan Allah yang tentukan". For me, hipokrit la sangat~~ Tapi macam yang Cik Lie bagitau dulu, "once Allah open your heart to someone you never expected, that is your destiny and for your best." Berdoalah untuk dapat the best. Actually, most of the criteria listed by FL is for me also (semua perempuan nak yang macam tu kot...) Tapi Cik Lie nak tambah sikit la (Mak aih... lagi demand nampak???) hahha.. sukesuki my heart la. Juz to make difference supaya korang punye 'dream guy' tak same macam Cik Lie punye. I tak suka rebut-rebut tau =p


#A man who not control his lady#
Boleh bezakan antara mengambil berat & busy body? If kalau korang tak dapat bezakan, juz 1 clue nak bagi, kalau concern korang akan rasa korang selamat & dihargai oleh partner korang. Tapi kalau busybody korang akan rasa rimas & takut pada partner korang. Juz to remind myself also, the more you control your partner, the more they cheat on you. Tak caye, try test tengok. hehhe.. Trust & honest itu SANGAT penting okey.. Sebab tu Cik Lie sangat suka if my friends is yours and your friends is mine. Kan best camtu =)

#A silence man#

Jangan tak caye, even Cik Lie jenis potpetpotpet & huhahuha, I prefer silence man. Why? Ntah, maybe nampak lebih macho & nampak bijak kot. =p Tapi orang kata silence man ni lebih dangerous because we can't read their mind. emm.. but, the most important is ikatan kimia (chemistry) yang wujud between 2 elements. Lagipun Cik Lie jenis yang tak reti bergaduh & berhujah. So, tiap kali kena marah or kene lecture, sure mulut Cik Lie automatically akan shut down. Owh...my biggest weakness actually~~~ So, nak tambah lagi, I prefer soft spoken man ;)


#A man do not smoke#
Memang Cik Lie cannot go la ngan mereka yang ade darah 'dragon' ni. Tak kesahlah, even hisap rokok mahal ke, rokok murah ke tak pun syisha. Big NO ok.. Kesian pada orang sekeliling yang terima kesan yang sama dengan si dragon ni. Pernah ade seseorang berkata pada Cik Lie (ayat pancing maybe) after he get married, he swear to himself & his mum to stop smoking. Cik Lie juz senyum sinis je~~ Bukan tak caye, juz sssuuuusssaahhh nak caye.

#A man who love his family#

Bukanlah Cik Lie kata Cik Lie suka 'anak mak'. Juz Cik Lie sangat respect pada lelaki yang mendahului family die more than himself because in future he will protect your family. Maybe something annoying when we see adik beradik ni sakan komen-komen kat dalam FB sedangkan duduk 1 rumah. Pernah Cik Lie tengok 1 status tu "bisingnye bunyi anjing menyalak". Si adik komen, " abg jgn lupe kunci pintu dapur", pastu si abg reply, "jgn lupa tutup tv. kang bil tinggi". For me it is really sweet =) (tp ade org ckp, itulah bahana internet sebab dah takde face to face communication, anggap je lah time tu dah tengah malam, sorang bilik atas, sorang bilik bawah. hehhehe). Cik Lie pernah terbaca, bagi seorang wanita, once you married a man, you have to married his family too. So, for me it is really good if his family can accept you and love you as their sister too (more than juz sister in law) because they will feel their brother choose the best one to attach with their family.

#A man who can lead#

Honestly speaking, I have a big responsible towards my family and myself to be shouldered. So, I need someone who is brave, intelligence, mature and lovely to share my happiness and tears. I don't need dictator to devote my self & my child forever.

Wahhh..ini sudah lebey ni. Kalau nak 100% perfect camni, Cik Lie memang kena ready with title 'andartu' la. Serve your right la kan =p Tapi tak salah kan kita mengharapkan yang baik-baik. Semuanya depends on ourselves. Ingat, kalau kita baik, sure Allah akan lindungi dari orang yang tak baik. Tak kesah lah lambat pun. (Juz kena bertabah sikit lah, huhuhu). To all, moga kita semua dapat pasangan yang baik dan mulia. Amin... =)