Friday, December 31, 2010

Selagi masih diberi masa, ruang & peluang


Thanks so much 2010 for all the laughter & tear. Pray for the very best in coming 2011 (^^,)v

Thursday, December 30, 2010

What do you expect for your new phase ?

Pagi tadi Cik menghadiahkan fave lecturer Cik Lie kad ucapan bestday. Ketika Cik Lie menghulurkan kad tu, dengan gumbira beliau berkata “wajib pergi ni”. Cik Lie jadi blur seketika. Owh....beliau menyangkakan itu adalah kad undangan perkahwinan Cik Lie~~ Secara automatiknya Cik Lie terasa *blushing*.

Teringat pada suatu random conversation with my BBF. Cik Lie bertanya padanya ade tak hangout dengan seorang coursemate kitorang yang memang terkenal dengan hurahurey dan baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga. Lebih kurang begini perbualannya :

Cik Lie : Ade kuar ngan ** ?

BBF : Orang dah kawen, mane boleh nak kuar suka hati mcm org bujang.

Cik Lie : Owh..maknanya, kalo nanti dah kawen, dah tak bole kawan la?


BBF : Bukan mcm tu... tapi tak sesuai. Orang yg dah kawen ni slalunya akan kawan dengan org yang dah kawen jugak. Borak pasal hal-hal org dah kawen. Kalau kuar pun lebih kepada famili value. Macam kita yang bujang ni, kita kuar lebih kepada our ownself. Fun untuk diri sendiri. Sebab bile dah kawen, kita dah bukan jadi seorang. Kita dah jadi half & half lagi tu adalah pasangan kita.

Terdiam seketika Cik Lie... Bukan sebab baru tersedar,sebagai perempuan tentu Cik Lie lebih sedar batas-batas setelah bergelar isteri, tapi lebih kepada rasa kagum dengan jawapan yang keluar dari mulut BBF Cik Lie ni yang kalau tengok gaya, em...

Cik Lie juga pernah bertanyakan perihal yang sama kepada housemates Cik Lie. Lebih kurang begini perbualannya :

Cik Lie : Korang tak terasa kehilangan kawan ke bila kawan-kawan korang dah kawen ?

Housemate 1 : Memang la terasa sebab susah nak jumpa & buat perangai gila-gila macam dulu. Kalau ajak keluar pun, dorang lebih prefer pergi taman permainan, taman rekreasi.

Housemate 2 : Betul-betul. Kadang-kadang nak share something pun dah susah sebab pemikiran dah tak sama. Aku pun dah lama tak jumpa kawan-kawan aku yang dah kawen.

Housemate 1 : Biasala tu Cik Lie, umur-umur 24-25 ni memang ko akan rasa camtu. Nanti semua tu akan ok.

Em.. betul tu. Kalau boleh Cik Lie taknak kawan-kawan baik Cik Lie kawen dulu. Actually Cik Lie dah mula rasa effectnya bila besfren Cik Lie sejak zaman kanak-kanak rebina kawen. Dulu sure senang jumpa & share macam-macam. Kadang-kadang tidur sebantal. Tapi sekarang tak pernah lagi~~ Bukan Cik Lie cemburu, Cuma rasa sedih & terasa kehilangan. InsyaAllah... everything will be fine =)

Wednesday, December 29, 2010

ALLAH uji sebab ALLAH sayang

Secara umumnya, ada 4 ujian yang diberikan Allah kepada kita :

1. Ujian Mentaati Perintah ALLAH
Setiap ibadah yang diwajibkan Allah mengandungi hikmah, manfaat dan kebaikan. Akan tetapi hikmah tersebut tidak banyak disebut, sebagai ujian bagi melihat ketaatan manusia melaksanakan perintahNYA. Dengan ini, akan terbukti siapa yang benar-benar mengikuti perintah Allah dan ajaran Rasullullah, dan siapa pula yang derhaka dan mengingkarinya.

2. Ujian Menjauhi Larangan ALLAH
Manusia diberikan pilihan, namun sesuatu yang disenangi oleh nafsu akan menjadi pilihan utama. Yang tinggal cuma keimanan di dalam jiwa yang membatasi manusia daripada melepasi batas sempadan dan had yang ditentukan syariat.

3. Ujian Kebaikan (Nikmat)
Allah menguji hambanya dengan segala nikmat dan kesenangan hidup untuk melihat samaada manusia itu bersyukur atau lalai dengan segala nikmat yang diperolehi. Firman Allah S.W.T yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, sesungguhnya antara isteri-isterimu dan anak-anakmu
ada yang menjadi musuh bagimu. Maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Surah al-Taghabun 64:14)

4. Ujian Keburukan (Musibah)
"Dan sesungguhnya Kami akan berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Mereka itulah golongan yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk. " (Surah al-Baqarah 2: 155-157)

Monday, December 27, 2010

Wednesday, December 22, 2010

Truth Reveal : Best Boy Friend

Name ONE of your BFF

Juz bagi name timangan je la = Lobita.

How both of you get know each other and become closer ?

Kenal time di bangku universiti tapi tak ingat macam mana mula-mula rapat. Maybe sebab dulu selalu susahkan die kot especially bab servis PC. Comfirm free of charge. Hehhe.. Then maybe we have same interest yang boleh buat kitorang sembang and share each other.

Do your family know about your friendship ?

Ya, dia penah tolong jadi road guard family Cik Lie time family Cik Lie datang KL dan pernah jugak datang rumah. Cik Lie juga pernah sembang dengan family dia. Kitorang jugak penah hangout dengan adik Cik Lie & adik & sepupu dia.

Things you like about him

His mind – mature &positive & simple

His style – clean & smart

His attitude – relax & cool

But, yang paling penting Cik Lie memang rasa sangat selesa dengan dia. If ade ape-ape problem, die tak pernah say what I have to do & don’t. Paling teruk pun die akan pumpang-pumpang bagi advice then suruh Cik Lie fikir sendiri. Cik Lie kenal die dengan baik buruk die & die jugak dapat accept baik buruk Cik Lie. Just to be me & tak perlu compare dengan orang lain

Things you hate about him

Hahhaha..lepas puji-puji melambung nak kutuk plak. Kutuk sket je ek, bukan benci pun. hehehe.. Sometimes cerita lebat tak hengat. Kalau bab noti-noti ni, dialah paling hot seantero dunia =p Sometimes , mamat ni terlampau spesifik jugak. Die akan tanya macam-macam sampai Cik Lie tak boleh sorok sikit pun sampai die clear . Die pun suke kutuk Cik Lie jugak depan-depan. Ade skali tu, member Cik Lie bagi main PSP yang games die agak keperempuanan, terus die cakap, “ala.. die mana tau main mainan camtu, kecik-kecik lagi perangai cam laki”. Paling memang nak cari gado die kutuk Cik Lie sebab suka lagu jiwang kunun die tu punk & metal sangat la. Xde rupe pun~~~

Upload a best picture about your friendship

Gambar ni diambil tahun 2007 kalau tak silap. Time tu Cik Lie baru lepas kena dump dengan seseorang. Time tu jugak ada majlis di kolej. Orang lain sibuk bermajlis, dia & seorang lagi my angel tried so hard to comfort me yang time tu 1st time nangis depan orang. Tak sedar ade paparazzi yang snap pic ni. Thanks ;)

Upload a sweetest picture

Gambar ni diambil time open house raya aidilfitri kat rumah die. Yang Cik Lie dukung tu his niece. Baru-baru ni Cik Lie singgah rumah die sebelum pergi wedding our senior, tengok dah besar dah alisya ni =)

How about other friends say about your friendship ?

Diorang yang kenal kitorang ok je sebab sepanjang persahabatan kitorang ni, tak pernah pulak ade gosip-gosip liar or kontroversi berkaitan kitorang. Setakat ni jugak tak pernah Cik Lie terima ape-ape ugutan atau confession dari pihak lain yang tak suka kitorang rapat.

Do you have fall in love with him ?

Honestly, our love story pun lebih kurang same je tragiknye. Masing-masing dah single. So, we respect each other & selepas semua yang berlaku, we both dapat conclusion “takmo dah kapel-kapel, dah yakin & cukup duit, kawen trus”. For me, jodoh tu urusan Allah. If he is the best for me, Alhamdulillah coz kami dah kenal lama & hepi dengan perjalanan perkenalan kami. If not, Alhamdullillah.. Cik Lie ada sebuah seorang sahabat yang baik & persahabatan yang bermakna =)

Best gift you have received from him

FRIENDSHIP. Terlalu banyak yang Cik Lie terima dari die yang if die ungkit satu-satu, nyawa pun tak mampu Cik Lie redeemkan. Alhamdulillah.. dia selalu ada tak kira Cik Lie tengah happy or sedih. Roger je. Kalau tak dapat pun, die tak pernah beri alasan dan berdolak dalik. Dia memang tahu Cik Lie paling tak suka orang menipu

Konkulasinya, Cik Lie tak nak ubah ape-ape & sangat hargai dengan apa yang Cik Lie dah ada. I don’t ask for more. To others, its juz my confession & korang pun tau our friendship & its juz for fun. Korang pun special jugak, bkn hanya di dalam blog ni. Tapi yang paling penting dalam hati =) em.. rasa mcm nak tag kat kudozu & buSYUk la. Hehhehe…

Wednesday, December 15, 2010

Inspired by...



Imagination is powerful than knowledge

Saturday, December 11, 2010

Love means letting go

Q : You know why I mess You so damn much ???
A : Because I miss You the most everytime when I see others getting married because you are the 1st i've been dream of it & with you I create our child name.

Thursday, December 9, 2010

special dedication for my luv



There’ll be days
We’ll be on different sides but
That doesn’t last too long
We find ways to get it on track
And know how to turn back on


Sometimes I feel
I can’t keep it together
Then you hold me close
And you make it better
When I’m with you
I can feel so unbreakable


Cause it's us against the world
You and me against them all
If you listen to these words
Know that we are standing tall

Saturday, December 4, 2010

Thursday, December 2, 2010

Lawak Yang Tak Kelakar Langsung

Lawak ANAK kepada pasangan berkahwin.

Setiap perkahwinan itu pasti menginginkan cahaya mata sebagai pelengkap dan pengikat kebahagiaan. Ada yang telah bertahun-tahun berkahwin, tapi masih belum dikurniakan anak. Tidak salah untuk bertanya tetapi janganlah sampai menyentuh faktor biologi atau keturunan yang siapalah kita sebagai manusia untuk menilai. Lebih ‘kejam’ apabila berlawak dengan mengatakan “suami” pasti akan berniat atau terfikir untuk berkahwin lain. (untuk mereka yang telah disahkan tidak dapat mengandung). Maka terjadilah ‘free special offer’ isteri kepada suami untuk berkahwin lain kerana kebahagiaan isteri terletak kepada kebahagiaan suami.

Lawak ANDALUSIA kepada yang belum mempunyai pasangan.

Setinggi mana status, semewah mana harta & se’besi’ mana seseorang wanita itu, mereka masih memerlukan lelaki sebagai pelindung & tempat mencurah kasih sayang. Sudah fitrah wanita itu dijadikan dari rusuk lelaki yang bengkok yang perlu disokong. Janganlah melawak seolah-olah wanita ini terlalu demand sehingga tiada satu makhluk pun yang mampu memuaskan nafsu wanita yang 9 ini. Jodoh itu urusan Allah, kita hanya berusaha. Namun, jika masih belum ada sesiapa yang berjaya menembusi hati, apakan daya. Cinta jika dipaksa, pasti akan merana.

Lawak PENGGANTI kepada mereka yang pernah kecewa.

Kecewa terhadap percintaan yang tidak kesampaian mungkin boleh menyebabkan seseorang itu fobia dan trauma terhadap apa yang telah mereka lalui. Paling bahaya apabila mereka telah menutup hati mereka terus untuk mana-mana lelaki dan menjatuh hukum bahawa semua lelaki itu sama sepeti lelaki yang telah mengecewakan mereka. Tapi, janganlah melawak seolah-olah lelaki yang mereka cintai dulu adalah yang paling teruk dan mereka telah memilih orang yang terkutuk. Anda perlu faham bahawa lelaki itu yang pernah membahagiakannya, tapi bukan anda. Paling tidak bertamadun, apabila anda (lelaki) melawak untuk menjadi pengganti sedangkan anda sudah ada pasangan walaupun wanita yang anda sedang lawakkan itu adalah sahabat anda yang pada fikiran anda jenis ‘tak kesah’. Mereka ini bukannya tidak mahu untuk memulakan sekali lagi, tetapi mungkin kesakitan lama masih terasa & mereka tidak mahu menggunakan istilah ‘rebound relationship’ terutamanya yang hadir pada saat-saat sukar itu dikala hati & perasaan mereka sangat rapuh. Bantulah mereka membina keyakinan semula.

Notes : Berlawak itu ada batasnya. Jika wanita itu tidak menangis di depan anda, sebenarnya dia menangis didalam hatinya & itu lebih pedih dan sakit. Disini saya gunakan istilah wanita, bukan perempuan/gadis. Selamat berfikir =)