Monday, November 28, 2011

Selamat Tahun Baru =)

Salam Maal Hijrah 1433 pada semua rakan-rakan =) Alhamdulillah..kita semua masih di panjangkan umur dan masih diberi peluang dan ruang oleh Allah untuk terus memperbaiki diri. Seperti kebiasaan, SMS ucapan dan doa saling diutuskan kepada rakan-rakan rapat sebagai tanda ingatan. Azam tahun baru? Rasanya lebih molek jika di simpan sendiri. Cuma, kali ni Cik Lie nak share sebuah novel yang Cik Lie sempat rembat dari adik Cik Lie pada 1 Muharam ni. Novel tu macam ni
Hasil tulisan Dr. Farhan Hadi bersama isteri tercinta Puan Fatimah Syarha amat menarik perhatian Cik Lie. Secara jujurnya, Cik Lie sememangnya memandang tinggi kerjaya kedoktoran ini kerana pada Cik Lie hanya yang terpilih sahaja mampu meneruskan kerjaya ini dengan cemerlang. Cik Lie juga mempunyai ramai rakan dan kenalan yang berada di dalam lapangan ini dan suatu ketika dulu juga cuba untuk memahami dan mendalami kahidupan seorang doktor. Di sini Cik Lie bukan teruja dengan kehebatan kerjaya ini, tetapi yang lebih menarik perhatian Cik Lie adalah bagaimana Dr.Muslih (watak utama) mengamalkan ilmu kedoktorannya dalam menegakkan Islam berlandaskan prinsip dan cara hidup masa kini yang amat mencabar disamping persekitaran dan orang-orang disekeliling yang bermacam ragam. Lebih mengujakan bagaimana dia mampu menahan diri dari godaan dunia dan tawakalnya pada urusan jodoh. Secara ringkasnya, sinopsisnya adalah seperti ini:

Denyut kasih medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman) . Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu - isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita -cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.


Novel ini bagaikan satu suntikan untuk Cik Lie sempena tahun baru ini dimana segalanya bermula dari diri kita sendiri. Semoga Allah memudahkan segala impian dan cita-cita Cik Lie. Amin Ya Rabbal Alamin... =) Di sini juga Cik Lie kongsikan suatu petikan dari novel ini untuk rakan-rakan semua beroleh manfaatnya :

Kenapa memilih untuk menjauhkan diri daripada Allah sedangkan Allah mengujimu sebagai tanda cintaNya. Dia memberi peluang untuk sebuah keampunan. Hargailah dengan mengeratkan hubungan denganNya.