Monday, September 30, 2013

Terjahan skuad melo ais

3 sekawan sedang dalam perjalanan menuju ke majlis perkahwinan rakan seuniversiti. Farha yang sedang memandu lantas menguatkan volume radio sambil mulutnya kumat kamit mengikut lirik lagu yang diputarkan tapi suara tidak kedengaran. Farha memang lemah bab menyanyi depan orang ni. Lagu Negaraku pun, kalau suruh dia nyanyi sorang-sorang pun tak jalan.. Liriknya lebih kurang begini: 

Terasa bahagiaku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku
Aku disini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Adel tiba-tiba bersuara, "sampai bila kau nak macam ni? sampai bila kau taknak lepaskan?". Apa maksud kau? Farha pula kelihatan bingung dengan soalan secara tiba-tiba itu. "Takdela.. kau ni asyik mengharap pada yang tak pasti. Orang lain pulak senang-senang main tarik tali dengan kau." Balas Adel. "Emm..entahlah, sebab aku percaya kot". "Kau memang macam tu dari dulu, percaya sangat dekat orang. Baik sangat sampai kau tak sedar, they just takes you for granted". Kini giliran Atul pula bersuara.

Susah Farha nak menerangkan kepada 2 sahabatnya yang sangat sayangkan dia ni. Farha cuba mengalih topik, tapi tidak berjaya. Pelbagai terjahan dari Adel dan Atul yang mahu mengorek perasaannya.

Atul: Kau tak sakit hati ke bila dia layan kau tak macam kawan biasa layan kau. Tapi kau pun sendiri tak tahu kedudukan kau?. Kau tak rasa ke benda lama boleh berulang lagi? 5 tahun kau ambil masa untuk move on. Kau tak takut?
Farha: Yup, pengalaman dulu memang banyak sangat mengajar aku, tapi aku takkan samakan orang yang aku jumpa dan keadaan yang aku lalui sekarang sama macam dulu. Aku tak boleh simply judge macam tu. Tak adil untuk diri aku dan diri dia. Dulu awal 20-an, sekarang dah hujung 20-an. Lain tu... heheheh..

Adel: Macam mana ek kau boleh rileks je. Kau bukannya tak tahu ada jugak yang sedang 1 line dengan kau ni. Orang tu dah mengaku dah pun dekat kau dan dia pun dekat dengan mamat tu. Diorang hepi-hepi dekat sana, kau hepi-hepi dengan student kau je kadang-kadang je la boleh gathering macam ni.
Farha: Hahhaha.. gile la soalan kau. Saiko betul.. Macam aku cakap tadi la, sebab percaya. Takkan aku nak halang dia berkawan dengan orang yang selama ni memang lebih dulu rapat dengan dia. Tipula kalau takde langsung rasa jeles tu. Tapi buat apa nak rasa insecure sangat... aku pegang 1 je, aku cuba elak buat benda yang aku tak suka orang buat kat aku. Aku percaya karma. Macam kes-kes lepas, tak perlu aku siasat pun, Allah boleh tunjukkan sendiri. Maybe sebab tu kau selalu dengar aku rijek orang kot sebab aku taknak mula bagi harapan pada orang yang aku rasa tak boleh teruskan perhubungan yang lebih dari sekadar kawan.

Atul: Dia tau tak kau tak anggap dia hanya kawan biasa?
Farha: Hahhaha.. tau kot. Cuma dia yang buat taknak tahu. Just enjoy the friendship. Takpelah... setakat ni aku ok je. 
Adel dan Atul: NO, YOU ARE NOT!!!. Kau bukan dilahirkan untuk menipulah Farha.

Sekali lagi volume radio dikuat kan, "aku suka gile lagu ni, tapi yang cover punye. Jom layan!!" 

You make me glow
But I cover up won't let show
So I'm puttin' my defences up
Cause I don't wanna fall in love
If I ever did that
I think I'd have a heart attack

The feelings got lost in my lungs
They 're burning, I'd rather be numb
And there's no one else to blame
So scared I take off and I run
I'm flying too close to the sun
And I burst into flames



Saturday, September 21, 2013

Besties

Waaa..secepat inikah??? Cik Lie tak bersedia lagi untuk berpisah dengan my bestbuddy sejak zaman kanak-kanak rebina. Saidatun Nisa (kawan2 zaman kecik panggil Eton, tapi kawan2 lepas sekolah panggil Nisa). Hubungan kami memang sangat rapat. 1st sebab tarikh kelahiran kami sangat rapat. Selang sehari je. So, memang tiap-tiap tahun kami celeb sekali. 2nd, mak Eton adalah cikgu Cik Lie di sekolah rendah & ayah Eton adalah cikgu kepada ayah Cik Lie ketika di sekolah menengah. 3rd, sejak Cik Lie bermukim di medan perang ni, beliaulah tempat Cik Lie bergantung harap dan byk la lagi sebabnye.. 

Wedding day Eton + Aloy (both are my bestfriend sejak zaman sekolah). Nak tau cerita kahwin klik entri ini dan entri ini.


Pengikat kasih dan my truly theraphy. Kalau dalam sebulan tak lepak rumah Eton dan main dengan Aufa ni rasa tak complete je hidup... Gonna miss dis cutie pie. Lepas ni speaking macam Harry Potter la ye

Then Cik Lie teruslah sebarkan pada besties yang lain.

Tak semua dapat join sebab terlampau mengejut sangat. Masing-masing pun duduk jauh. Okla kan asalkan diberitahu. Nanti diorang marahkan Cik Lie jugak sebab tak informkan. Takmo takmo~~

Waktu menghantar Eton, memang la rasa sedih jugak. Tapi pada masa yang sama hepi sebab Eton dan Aloy masing-masing dapat sambung PhD (Eton: Math Applied dan Aloy: Mechanical Engineering) di universiti yang sama. Rezeki famili =)  Kalau ade rezeki Cik Lie nanti, teringin jugak nak buat post-doc kat obersi. Time tu biarlah ade 'famili' sekali kan.. (doa ketat-ketat, amin..)

Lepas Eton melepasi gate perlepasan, Annisaa ajak Cik Lie stay dengannya di Putrajaya. Memandangkan memang susah nak hangout sebab tuntutan keluarga dan kerjaya (Nisa adalah seorang MO surgical di Hosp. Putrajaya), so Cik Lie yang memang belum ade tuntutan ape-ape ni suka la sangat. Tambah pulak Nisa off wekend ni dan husbandnya offshore. Malam tu, kami jalan-jalan dan throwback semua kesah zaman kanak-kanak hingusan. Kenangan yang paling Cik Lie tak boleh lupa dengan Nisa ni adalah apabila waktu hari bertemu ibubapa, Cik Lie dipanggil oleh cikgu Matematik Cik Lie sebab Cik Lie dapat C. Cikgu Cik Lie tu cakap kat ayah Cik Lie, "Laili ni dalam kelas dia boleh buat, tapi periksa ni teruk plak. Kamu selalu tiru Annisa ke?" Peh..time tu rasa nak nangis kot.. Kena tuduh depan ayah lagi. Pastu Annisaa plak kena panggil dan ditanya sama ada Cik Lie selalu tiru waktu buat latihan (kami duduk bersebelahan dalam kelas). Dekat pukul 2 pagi jugaklah borak dan gosip. Last-last, masing-masing tido depan TV je.


Cik Lie, Eton, Nini, Piqah, Intan, Wina dan Jannah. Bond kami sangat kuat. Walaupun masing-masing lepas je habis UPSR, semua berpecah (Cik Lie pun start form 1 dah pindah Kuala Kangsar), tapi gigih hantar surat, kad raya dan kad kahwin. Ade 2 kenangan yang tak boleh dilupakan and we keep cerita tiap kali jumpa. 1st, waktu lawatan lepas UPSR. Time tu cikgu bawak kami redah hutan mini kat Bukit Cahaya Sri Alam. Dahla, kami masing-masing pakai baju kurung. Habis selut dan tanah kena kain dan kasut. Lepas tu boleh pulak cikgu bawak pergi The Mines. Time ni 1st time kami masuk pizza hut. Masing-masing keluarkan duit syiling depan pintu pizza tu. Punyalah teringin, adela 1 couple ni panggil kami masuk dan suruh kami pilih nak makan ape. Kami pun pilihlah. Time tungguade 1 couple plak belikan kami aiskrim. Diorang ingat kami ni dari rumah anak yatim kot. Selekeh betul time tu. Dalam bas, rupanya ada cikgu yang nampak, tapi cikgu tu saje biarkan kitorang. Ape lagi.. kena gelak la dengan cikgu-cikgu lain. Tapi alih-alih pizza tu kitorang kena bagi-bagi dengan kawan-kawan lain dalam bas. huhuhuhu. 2nd, waktu bulan puasa kami akan ikut ayah masing-masing pergi terawih. Abis je lapan rakaat, kami akan berpindah ke belakang dan buat kerja sekolah. Kena tunggu sebab ayah masing-masing buat 23 rakaat. Tapi kami ni bising sampai kena marah. Bila kena marah, esoknye tak datang, lusanya datang balik, kena marah lagi, pastu tak datang balik. Adeh... rindunye... Moga persahabatan ini kekal selamanya. Amin Ya Rabb..

Wednesday, September 18, 2013

Come back to 'school'

haiyookk.. sudah menjejak ke semester 4 rupanya Cik Lie ni. Ni pun tak sedar-sedar diri lagi ke.. Main-main & berangan je banyak niHaih... Dah nak kena speed up progress ni. Tak boleh nak pakai gear 2 or 3 dah. Kena masuk gear 6 terus kot. Huhu.. Jom kita check Plan of Study Cik Lie ye
Ok.. sekarang bulan September, maksudnya tinggal sebulan je lagi Cik Lie kena siapkan Authoring Tool tu. Luckily, Cik Lie ade tenaga bantuan dari student yang kami namakan team ni PRGS team. Semester lepas Cik Lie dah lepas satu conference di Kuching. Semester ni target nak pergi 2 conference dan 1 jurnal. Sem depan macam nak pergi conference oversea plak. Doakan Cik Lie ye kawan-kawan =)

Harapnya, semua akan berjalan seperti yang dirancang. Maaf kepada yang kadang-kadang terkena tempias keemoan dan kestressan yang kadang-kadang datang tanpa diundang. Bak kata BFF Cik Lie a.k.a Kudozu, Cik Lie ni kalau buat kerja memang bersepah. Kalau under control tu keadaan dia macam ni

Tapi... kalau dah diluar kawalan, macam ni lah rupanya:
Nasib baiklah duduk rumah sendiri. Takdelah nak gaduh dengan orang atas kesepahan ini. Hehehe. Ape-ape pun terima kasih pada semua yang sentiasa mendoakan dan menyokong perjalanan Cik Lie ni. My hugs and kisses especially to my guardian angel ni <3 p="">




Tuesday, September 17, 2013

macam-macam hal...

Manusia ni aneh-aneh. Eh... atau pun Cik Lie yang aneh-aneh? serabut perot doh ni.. Kisahnye begini, di medan perjuangan Cik Lie ni, Cik Lie tinggal dengan seorang housemate. Housemate Cik Lie ni pulak ade seorang officemate yang agak kamceng. Secara automatiknya, Cik Lie pun agak rapat dengan si officemate ni. Tapi diorang ni muda 2 tahun dari Cik Lie la dan Cik Lie memang anggap diorang adik-adik la. Tiba-tiba, di malam yang agak hening, berlakunya suatu adegan yang pelik untuk difikirkan (sampai sekarang Cik Lie still blur..)

Si Officemate: Akak, free tak? Nak ajak jumpa boleh x?
Cik Lie: Em.. akak malaslah keluar malam-malam. Sok je lah.
Si Officemate: Ala kak.. plzzz. Panjang nak cite ni (ade ikon nangis2). Kalau dah lewat sangat nanti, sy folo belakang sampai umah.
Cik Lie: yelah2 (pehal la budak ni? mcm serius je..)

Setibanya di tempat yang di set kan

Cik Lie: Ha.. nape ni? ade prob dengan **** ke?
Si Officemate: Bukanlah kak, juz nak cakap pasal kita
Cik Lie: Ha??? ape kes dengan kita?
Si Officemate: Macam mana nak cakap ye.. Walaupun dah 4 tahun sy belajar bidang kaunseling ni. Rasa susah plak nak cakap. Em.. Akak ada letakkan apa-apa aras tanda tak dalam berkawan? Contohnya macam akak tak nak rapat dengan orang yang muda dari akak sebab mungkin tak matang, pemikiran tak sama? (banyak lagi persoalan yang ditembak yang susah Cik Lie nak tuliskan. BLUR jadinya)
Cik Lie: Takdela, akak rasa biasa je. Takde nak beza-beza pun.
Si Officemate: Ade kak.. sy rasa akak lain dari mula-mula sy kenal akak dulu. Sy rasa mcm tak berkawan dah dengan akak. Akak macam lari dari sy. Puas saya pikir ape sebabnye.

Cik Lie rasa makin tak sedap hati. Nape la plak budak ni beria sangat ni. So, Cik Lie pun tanya soklan cepumas.

Cik Lie: **** (nama si officemate) ni ade perasaan lebih pada akak ke? 
Si Officemate: Eh, sampai macam tu akak pikir ye?
Cik Lie: Yelah, lain sangat gayanye ni.
Si Officemate: Macam ni kak.. Pertemuan manusia ni ade 2. Pertama, kita kenal tak lama tapi rasa rapat & ade chemistry. Kalau orang Hindu, kan ade pasal Karma. Macam kehidupan lepas mungkin kita ade perhubungan dengan seseorang tu. Maybe wife kita, mak kita, adik beradik kita. Yang kedua, kita kenal dia dari tadika sampai sekarang. Tapi kita just boleh hai hai je dengan dia. Takde lah nak share hal-hal peribadi. Dan saya rasakan akak pada sy pada keadaan yang pertama. Bila akak menjauhkan diri ni, sy rasa kehilangan. Sy tahu one day nanti sy akan kehilangan akak. Akak nanti dah ade famili & kehidupan sendiri yang buat akak kena tinggalkan saya. So, saya nak appriciate masa yang ada ni.

Kreeekk kreekk kreekk. Cik Lie rasa dunia sunyi sepi seketika walaupun kat kedai makan tu ade skrin besar perlawanan bola. Macam-macam rasa ada. Time bercinta dulu pun, boyfriend takde cakap macam ni. huhuhuhu.. Si Officemate ni pun, lepas cakap semua tu, panjang nafasnye. Macam lega sesangat dah luahkan semua tu. Jawapan terbaik yang boleh Cik Lie bagi:

Cik Lie: Akak tak tau nak cakap macam mana. Akak rasa akak biase je. Takde lari or jauhkan diri. Cuma maybe busy sikit & akak memang malas nak keluar malam-malam. Kenalkan dengan ***? (adik angkat Cik Lie). Kami kenal dari tahun 2006 lagi dan still kamceng sampai sekarang. Maybe kami ni dah lama kenal dan die memang dah boleh faham akak. Tapi kami memang jarang jumpa. Kalau ade rasa nak share, nak cite, nak mintak tolong roger je. Tapi jangan expect akak sentiasa ada.

Korang jangan buat perangai pelik-pelik ye....