Monday, October 10, 2011

I Miss UM = I Miss THEM

THEY THAT ALWAYS PUT SMILE ON MY FACE =)


THEY THAT ALWAYS MAKES ME OUTSPOKEN =)

UM THAT MAKES ME FEEL I AM NOT A UNIVERSITY STUDENT =P

Thursday, October 6, 2011

Monolog diri sendiri


Di malam yang sunyi hening ini
Tiba-tiba hati di ketuk oleh satu perasaan
Tapi aku tidak pasti
Samaada ini adalah PERASAAN atau PERASAN
Yang pasti
Ia membuat aku terkebil-kebil di atas katil

Pada mulanya aku hanya kenal Dia dengan gelaran 'Senior'
Tapi aneh
Tak pernah bercakap walau pun pernah sekelas
Detik pertemuan hanya di sebuah majlis rumah terbuka
Aku dirisik melalui seorang teman
Dengan kecanggihan teknologi
Pertemuan hanya di alam maya
Itu pun hanya melalui teks
Walaupun jarak bukan masalah

Tindakan beraninya apabila mengajak aku keluar
Namun tika itu cintaku hanya pada yang 'itu'
Ku tolak pelawaannya
Dengan alasan yang mungkin aku reka-reka
Dia kecewa Aku tahu
Itu lah hanya sekali
Dan seterusnya dia tenggelam timbul
Sesuka hati


Kini dia kembali lagi
Dengan gaya yang lebih santai tidak berbasi-basi
Aku terbaca suatu pepatah Inggeris
'There are always have a little TRUE behind every JUST JOKING"
Aku juga sedar
Aku dah jenuh bermain tarik tali dengan Dia
Empat tahun mungkin
Entah-entah lima

Apabila aku kongsikan kisah ini bersama rakan
Sekali lagi aku dicop kuat memilih
Seolah-olah aku terlalu sempurna untuk mendapatkan yang sempurna

Bukan begitu rakan-rakanku
Aku sedar
Setiap pasangan itu perlu saling melengkapi
Cuma dalam kes bersama Dia ini
Aku sebenarnya lebih kepada TAKUT
TAKUT dengan pengharapan tingginya pada aku
TAKUT dengan taraf status diri dan keluarganya berbanding aku
TAKUT dengan cara hidupnya yang agak berbeza dengan aku
TAKUT dengan penilaian terhadap diri aku
TAKUT dengan masa yang Dia telah korbankan untuk tunggu aku

Ini bukan bermakna aku menolaknya lagi
Cuma aku perlukan keyakinan
Keyakinan yang aku usahakan melalui istikarah
Moga aku terus istiqamah
Rakan-rakan
Aku perlu doa kalian...
Aku tak mahu kecewa lagi

Tuesday, October 4, 2011

Jubli Perak Celebration (^^,)v

Rasanya baru je berhura-hurey tika ini dan bergumbira tika ini, pejam celik pejam celik, tup tap tup tap, oktober datang lagi. Begitu cepat waktu berlalu. Sedar-sedar usia sudah menginjak ke suku abad. Kalau zaman rebina dulu, waktu birthday la nak demand hadiah. Tapi takde la grand-grand macam budak-budak sekarang, sume main i-phone, ipad, ipod dan mcm2 i lagi tu la. Cik Lie dapat warna air cap buncho tu pun dah cukup hepi dah. hehhehe. Bila dewasa ni, lebih harapkan umur dan hari-hari mendatang yang lebih baik. Alhamdulillah..terima kasih pada famili, guru-guru, kawan-kawan & students yang wish+doakan kesejahteraan Cik Lie =) Kat sini Cik Lie share my bestday celebration ek walau pun dah ketegori tak payah sambut pun. hehehhe..


Family Celebration


Semua adik beradik Cik Lie pulang, juz yang nak ber SPM je tak dapat pulang. Maka, kami celeb di Sungai Petani la tahun ni =)


Present dari Mak dan Ayah =)


Friends Celebration


Celebrate dengan housemate di gerai Char kuetiow faveret Cik Lie. Tunggu order kuetiow dapat kek secret recipe yang besarrrrrrrrrrr & sedappp punye. Hug hug kish kish pada yus + ayu + kak nisha =) Tahun ni tak dapat celeb ngan geng-geng UM coz birthday jatuh hari Isnin & masing-masing tengah busy dengan projek besar sekarang. Tapi tak pernah ralat coz diorang still sweet wishing me. Jumpe bulan depan ek ;)


Wit my only bro yang seebbookk je nak juin =p


Someone Special Celebration


Cik Lie bermalan di rumah CintaSayang Eton coz celeb bestday die jugak yang lepas sehari dari Cik Lie. Tambah pulak husband die tengah sambung study kat UKM, so takdela kat rumah. Malam ni Cik Lie dok kacau Aufa tidur je. Sampaikan Cik Lie yang tak tidur, die nguit sikit pun Cik Lie yang kaget. Ibu die syok je tidur. hehheeh


Kecik-kecik dah suka tengok TV. aish...


My time will come soon. InsyaAllah =)

Thursday, September 29, 2011

Tamat Sudah Hari Ini

Rasanya kejap je melalui saat ni, tup tup hari ni Cik Lie telah kembali menjadi bibik+supir+tukang kebun kembali. Heheheh..anyway Cik Lie mahu share some of my experience here. Hope korang pun rasa enjoy skali ye ;)


MY STUDENTS

1 Amanah - Science
1 Kelas Agama - Kemahiran Hidup (Ekonomi Rumah Tangga)
1 Dedikasi - Kemahiran Hidup (Ekonomi Rumah Tangga)
1 Fikir - Kemahiran Hidup (Ekonomi Rumah Tangga)
3 Budiman - Science
3 Dedikasi - Science

Cik Lie at class


Pot Luck perpisahan untuk 'Si Kecik'. Thanks sooo much especially to Kak Suhaini, Kak Fauzana, Kak Hajar, Kak Ismalinda, Kak Mashitah, Kak Asmah, Kak Hamizah, Ustazah Laila dan semua warga SEMARAK =)

Monday, September 26, 2011

Match-maker

Baru-baru ni seorang lelaki telah di suggest-friend oleh seorang kawan. Yang peliknya, Cik Lie bukanlah rapat sangat kawan Cik Lie ni. Juz kenal time menumpang bilik dia awal tahun dulu. Maka, Cik Lie pun diperjelaskan oleh kawan Cik Lie ni:


dia tanya kawan mana org kedah or perak..nak berkawan

more like nak cari calon:P

cik lie marah ke? really sorry...

dia baik je...actuly i pun kenal dia kat fbje

tp if xnak dia ok je

actuly i suggest him to add u..mcm mana pulak boleh terbalik i suggest u add dia...


Tak lama lepas tu, Cik Lie dapat private msg dari boy ni (I named he as F). Usually, Cik Lie juz ignore je cubaan-cubaan mengorat secara rambang ni. Tapi disebabkan kawan sendiri yang rakemen kan, so acceptlah as friend kat FB. Then we chat. More to sesi ice-breaking and obviously for me this approach is not yet suitable for my age now. Hahaha... Tapi orang ckp, biasalah nak kenal mula-mula, ayat mesti susun cantek punya. Boleh buat skema untuk paper BM untuk SPM. =p Secara fizikal macam dah pass dengan ciri-ciri berangan tak sudah ni, tapi.. (eh, ade tapi plak, memang payah betol la ko ni Cik Lie !!)


Kat sini Cik Lie nak share serba sedikit conversation kami yang banyak berbalah pasal ‘jodoh’. (Awal-awal lagi dah argui... apadaa~~)


F: Umur dah 26 ni, dah tua sangat ni. U takpelah student lagi. Nak enjoy lagi. xpa lah.. mungkin kalu u berusia sikit awak akan pikit yang I pikir. semua ini kita xnampak kalu x berlaku depan mata kita

CL: Kalo nk ikut tahap kerisauan tu, patutnya I ++++ kene risau kot coz I perempuan. I pun ada kawan-kawan yang dah beranak pinak. Tambah plak I anak 1st, I kena fikir adik-adik I dulu sebelum untuk diri I. U rasa umur yang U anggap ‘tua’ tu U dah cukup ready pikul tanggungjawab? Dah cukup ilmu dunia & akhirat yang U nak ajar pada isteri & anak-anak U? Setakat establish harta dunia takde maknanya..

F: I ni bukan terdesak, tapi persekitaran yang mendesak I. nanti pencen org lain anak dah besar, I dok hantar anak sekolah lagi. org lain dok beribadat, I dok pikir masalah anak nk sekolah lagi.

CL: Perkahwinan bukan hanya untuk pastikan siapa yang akan jaga kita bila tua, pasal zuriat. Tujuan kawen tu dah macam pentingkan diri sendiri plak. Maybe jodoh kita sampai lambat sebab niat kita untuk kawen tu tak cukup betul lagi. So, kena perbaiki lagilah. Lagipun bila dah sampai waktunya + stabil keadaannya + tepat orangnya, semuanya pasti Allah permudahkan. Kene kuat dan sabar lebih sikitlah


F: Allah berfirman, Allah xkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnye'. xkan lah I nk tunggu umo 30 kot.. manusia yang mengarahkan, dgn Allah yang mengarahkan lain.

CL: Tu betul, kita perlu berusaha tapi bukan mendesak. Hal rezeki + jodoh + umur semuanya dah di takdirkan. Usaha yang baik bermula dengan diri kita & doa. U lelaki, lagi tak banyak competitor. Juz pastikan diri U tu dah bersedia dan jangan asyik dok fikir keseronokkan kawen tu je


F: U takpelah belajar tinggi, senang dapat calon. Cuma jgn terlalu memilih sudahlah..

CL: Bukan perempuan yang banyak sijil lagi takut laki nak dekat ke? Hahaha… For me, time sebelum kawen lah perempuan kena gunakan kuasa memilih tu betul-betul coz after kawen, hak memilih tu dah jatuh ke tangan suami. Semua kena mintak kebenaran suami. Honestly speaking, marriage is not my priority for now, tapi niat untuk kawen tu tetap ada.

At last, F macam dah malas nak teruskan conversation. Cik Lie tahu, maybe dia rasakan Cik Lie jenis yang agak ‘keras’ dan 'dominan'. Pengalaman telah banyak mengajar Cik Lie. Dari sini juga Cik Lie sedar yang ‘start a new relationship with unknown person’ adalah susah. Better macam lagu Selena Gomez ni, layannzz ;)






Tuesday, September 20, 2011

klik 'like' tanda suka ;)






Sumber : Facebook Page Sebutir Mutiara Seindah Wanita




Hasil mengadap movie maker + YouTube semalaman melayan jiwa-jiwa ;)


Sumber: Terfaktab





Thursday, September 15, 2011

Hanya padaNYA sebaik-baik tempat bergantung


Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha

Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu

Mahu aku bertanya
Kau kirimkanlah

Mahu aku pada siapa
Kau jelaskanlah


Istikharah.. Istikharah..
Pada-Mu ya tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi nama-Mu ya Allah

Aku sujud penuh menyembah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku

Istikharah : Mestica