Monday, December 23, 2013

Saya lebih kenal sayang saya

Di penghujung 2013 ni, Cik Lie nak berkongsi satu cerita, emm.. mungkin juga satu permasalahan, takpun.. satu persoalan.. takpun.. ape-ape jelah. Huhu.. kisahnye begini.

Terdapat sepasang husband and wife yang menjalani perhubungan jarak jauh. Kalau nak diikutkan, diorang dah biasa hidup macam ni. Sebelum kahwin pun, bertahun-bertahun contact secara virtual je. Jumpa pun jarang-jarang. Gaya macam seorang kat kutub utara dan sorang kat kutub selatan, sedangkan disempadani banjaran titiwangsa je. Dahla faktor jarak, tambah pulak dengan tuntutan masa yang membataskan. Yang seorang kerja doktor, seorang lagi kerja jurutera. Tapi dah jodoh.. ikan di laut , asam di darat. Dalam kuali bertemu jua. ceeewahaahh =p 

Si isteri merupakan isteri yang baik & taat. Beliau sentiasa ambil berat hal suaminya. Walau macam mana sibuk pun beliau dengan tuntutan kerja (mereka belum dikurniakan anak, mungkin hikmah Allah melihat kemampuan mereka dalam situasi ini), beliau tetap akan menjawab panggilan & mesej daripada suaminya. Suaminya juga merupakan seorang yang baik & jujur. Setiap apa yang berlaku pada hari itu, akan dikongsikan bersama isterinya. Jika beliau dalam tertekan pun, kepada isterinya jugaklah dilepaskan percikan kemarahan. Si isteri tetap sabar dan terus menjadi pendengar yang baik untuk suaminya. Namun, ada sesuatu yang merunsingkan suaminya iaitu beliau lebih mengetahui perihal isterinya melalui updates aktiviti isterinya di laman sosial dan blog berbanding dari mulut isterinya sendiri. Lebih merunsingkan apabila orang lain lebih tahu aktiviti isterinya berbanding dirinya sendiri. Nak dikatakan isteri beliau merajuk, perhubungan mereka baik-baik sahaja. Oleh kerana EGO, si suami tak pernah bertanya kepada isterinya kenapa keadaan begitu. Baginya, selagi isterinya masih menjawab panggilan telefon dan mesej. Semuanya masih ok. Hinggalah pada suatu hari Allah nak tunjukkan juga pada suaminya melalui suatu dokumen dalam laptop isterinya. Begini bunyinya..

Sekuat mana pun seorang wanita itu, dia masih memerlukan perhatian daripada orang yang dia sayang dan cintai. Bukan aku tak sedih dengan keadaan diri aku ni, tapi aku memang mengenali suami ku dengan caranya begitu. Bukannya sebelum berkahwin tak pernah aku luahkan padanya, bukan sebelum berkahwin tak pernah aku protes padanya. Tapi, setelah aku menerimnya sebagai suami ku, bermakna aku telah menerima keadaannya begitu walaupun aku pernah berharap dia akan berubah setelah kami menjadi suami isteri. Ya, aku sunyi. Aku juga memerlukan seseorang yang mengambil berat hal ku. Aku juga mahu di dengari. Aku post kan semua di laman sosial kerana aku tahu, dia akan baca. Ini kerana, kadang-kadang dia akan bertanya atau 'like' dengan apa yang aku post. Waktu tu aku rasa gembira kerana dia 'notice' kewujudan ku. Aku juga mempunyai kehidupan yang chaos dan kadang-kadang juga stress. Aku juga mahu berkongsi 'dunia' ku. Namun, bila aku mula mahu bercerita, respond yang aku terima biasa-biasa sahaja. Seolah-olah, duniaku terlalu remeh jika nak dibandingkan dengan dunianya. Kadang-kadang, bila aku sedang excited bercerita, tiba-tiba senyap sahaja di hujung talian. Fahamlah sudah aku, suamiku sudah ketiduran. Lama kelamaan aku sudah imun dengan keadaan ini. Namun aku juga bimbang, rasa imun ini akan mengakibatkan 'rasa' aku pada suami ini akan hilang. Sudah jenuh aku memikirkan titik pertemuan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Bagi memujuk hati aku, aku sentiasa fikirkan keadaan suamiku yang perlukan isteri yang menyejukkan hati. Paling tidak, dia tak pernah mengambil kesempatan atas kepercayaan yang aku beri. Ya Allah..bantulah kami agar terus bertabah..