Carilah Dunia
Kejarlah Akhirat
InsyaAllah… Disitu Ada Kebahagiaan & Kejayaan
Ya Allah…
Aku BERSYUKUR kepadamu
Memberi aku peluang bernafas hingga ke saat ini
Dilahirkan dalam agama-Mu
Dipelihara dan dijaga dalam keturunan dan keluarga yang baik
Dididik oleh guru-guru yang tanpa jemu menunaikan amanah-Mu
Dikurniakan sahabat yang amat menyayangiku
Dikelilingi masyarakat yang sentiasa membantuku
Sesungguhnya..mereka adalah nyawaku
Terima Kasih Ya ALLAH atas kurniaanMu….
Sehari Sebelum Hari Kejadian
Hari ni adalah Wedding Day course mate Cik Lie di Kuantan. Cik Lie bertolak dari Tanjong Malim jam 8 pagi menaiki bas kerana semalam Cik Lie wajib menghadiri kelas dari jam 9pg-11mlm memandangkan minggu ni adalah kelas terakhir sebelum peperiksaan final. Sepatutnya hari ni pun ade kelas, tapi Cik Lie dah minta perlepasan dari lecturer Cik Lie. Nasib baik lecturer Cik Lie tu sporting ;) Sampai di KL dalam pukul 9pg. Cik Lie dijemput oleh BFF Cik Lie di KL Sentral seterusnya kami menuju ke waiting point. Seperti kebiasaan bila dah konvoi, yang ini tunggu yg itu, yg itu tunggu yg ini, alih-alih dengan 3 buah kereta kami memulakan journey pada jam 11pg. Wah.. jauh juga sebenarnya Kuantan ni rupanya… even Cik Lie tak drive, tapi rasa jugalah kepenatannya di tambah pula dengan highway yang agak membosankan. Habis semua lagu yang diputarkan diradia kami ‘karox’. Akhirnya kami sampai juga ke destinasi. Seperti yang kami expect, Memang meriah ;) Majlis ni juga kami bole ketegorikan sebagai reunion. Sangat seronok apabila bertukar-tukar cerita & sangat bangga apabila kawan-kawan seperjuangan semua success dan mempunyai life yg best. Great motivation for me ;) Sebelum pulang ke KL, kami singgah di salah sebuah rumah rakan yg boleh dianggap sebagai kunjungan Hari Raya. Disini sesuatu yang dahsyat berlaku~~~~ Sedang Cik Lie berborak dengan seorang BFF Cik Lie , tiba-tiba Cik Lie rasa tak stabil. BFF Cik Lie duduk diatas sofa manakala Cik Lie duduk di atas bangku. Dalam rasa nak jatuh tu, Cik Lie sempat berpaut pada galeri gambar disebelah Cik Lie. Tak semena-mena, benda alah tu pun jatuh. Prang!!!! Nasib baik kaca tak pecah, juz tertanggal dari frame. Rupa-rupanya kaki kerusi tu tercabut. Nasib baik BFF Cik Lie tu sempat jadi superhero. Aksinya tak perlu lah Cik Lie ceritakan di sini, takut menimbulkan perasangka buruk & fitnah pula. Dia tahu Cik Lie agak blur & tergamam lepas tu, die yang tolong cover kan Cik Lie & tolong betulkan kerusi & galeri gambar tu. Memang cool la ;) Kepada tuan rumah, mintak ampun banyak-banyak. Tobat pasni tak datang lagi. Ehheheh.. actually, tuan rumah okey je =) Sampai di KL dalam pukul 7 mlm. Selepas solat, kami singgah di Restoran Ikan Bakar Sekinchan yang terletak di Sri Gombak. Memang puaslah… Mana tak puas, bil mencecah RM200++ dengan kadar tank 8 orang. Hehhehe. Malam ni Cik Lie stay di rumah BFF Cik Lie yang memang setiap kali turun KL disini la tempat mastautinnye. Hampir jam 12 tgh malam, pelbagai mesej & panggilan masuk mengucapkan selamat hari lahir. Terima kasih pada incik Facebook atas kerja anda yg efficient tu =)
Hari Kejadian
Hari ni dapat Panggilan Percuma. Terima Kasih kepada incik Maxis atas hadiah ini. First call I made today is Mak Saye. Thanks for everything Mak & Family =) Seterusnya my angels yang jauh dimata tetapi dekat di hati. Sorila, juz yang bernombor Maxis je ye. Yang len jangan kecik ati ye.. Em… Teringin juga mendail ‘nombor itu’. Since 5 years, dis is d first time without him. Tapi bile fikirkan die mungkin dah bahagia & selesa dengan life die sekarang, dia dah tak perlukan Cik Lie dalam life die sekarang, why must me come to interrupt. Cik Lie hanya mahu dia terus bahagia & berjaya dgn setiap jalan yang dia pilih dan maybe die dah jumpa jalan itu. Alhamdulillah… Cik Lie tumpang gembira & sentiasa doakan yg terbaik =) Tengah hari sebelum pulang ke Tanjong Malim, Cik Lie dan beberapa BFF Cik Lie buat mini celeb di Wangsa Walk. Actually ramai yang plan nak join, tp pada minit-minit akhir, xdapat atas komitmen lain. Actually, Cik Lie dah cukup terharu & hargai atas segala ingatan & wish. Makan2 semalam pun masih ade dalam perut ni. So, celebration yang ni kira extra bonus la =) Kami lunch di BBQ Chicken disamping Kek dari Secret Resipe. Thanks for the belanje ye. Hehheh …Then, tetiba teringin nak main bowling. Dah lama tak main kot… as usual, Tempat pertama dari belakang ialah Cik Lie.. uuuwwwaaaa~~~ depe ni memang tak bagi chance langsung kat ‘birthday girl’. Anyway, I have very great moment. Thanks for everything =) Cik Lie bertolak dari KL jam 5 petang. Pada sebelah malam pula, Cik Lie celeb with my housemates. Thanks for d belanje & gift too =)