Tiba-tiba hati di ketuk oleh satu perasaan
Tapi aku tidak pasti
Samaada ini adalah PERASAAN atau PERASAN
Yang pasti
Ia membuat aku terkebil-kebil di atas katil
Pada mulanya aku hanya kenal Dia dengan gelaran 'Senior'
Tapi aneh
Tak pernah bercakap walau pun pernah sekelas
Detik pertemuan hanya di sebuah majlis rumah terbuka
Aku dirisik melalui seorang teman
Dengan kecanggihan teknologi
Pertemuan hanya di alam maya
Itu pun hanya melalui teks
Walaupun jarak bukan masalah
Tindakan beraninya apabila mengajak aku keluar
Namun tika itu cintaku hanya pada yang 'itu'
Ku tolak pelawaannya
Dengan alasan yang mungkin aku reka-reka
Dia kecewa Aku tahu
Itu lah hanya sekali
Dan seterusnya dia tenggelam timbul
Sesuka hati
Kini dia kembali lagi
Dengan gaya yang lebih santai tidak berbasi-basi
Aku terbaca suatu pepatah Inggeris
'There are always have a little TRUE behind every JUST JOKING"
Aku juga sedar
Aku dah jenuh bermain tarik tali dengan Dia
Empat tahun mungkin
Entah-entah lima
Apabila aku kongsikan kisah ini bersama rakan
Sekali lagi aku dicop kuat memilih
Seolah-olah aku terlalu sempurna untuk mendapatkan yang sempurna
Bukan begitu rakan-rakanku
Aku sedar
Setiap pasangan itu perlu saling melengkapi
Cuma dalam kes bersama Dia ini
Aku sebenarnya lebih kepada TAKUT
TAKUT dengan pengharapan tingginya pada aku
TAKUT dengan taraf status diri dan keluarganya berbanding aku
TAKUT dengan cara hidupnya yang agak berbeza dengan aku
TAKUT dengan penilaian terhadap diri aku
TAKUT dengan masa yang Dia telah korbankan untuk tunggu aku
Ini bukan bermakna aku menolaknya lagi
Cuma aku perlukan keyakinan
Keyakinan yang aku usahakan melalui istikarah
Moga aku terus istiqamah
Rakan-rakan
Aku perlu doa kalian...
Aku tak mahu kecewa lagi