Tuesday, October 4, 2011

Jubli Perak Celebration (^^,)v

Rasanya baru je berhura-hurey tika ini dan bergumbira tika ini, pejam celik pejam celik, tup tap tup tap, oktober datang lagi. Begitu cepat waktu berlalu. Sedar-sedar usia sudah menginjak ke suku abad. Kalau zaman rebina dulu, waktu birthday la nak demand hadiah. Tapi takde la grand-grand macam budak-budak sekarang, sume main i-phone, ipad, ipod dan mcm2 i lagi tu la. Cik Lie dapat warna air cap buncho tu pun dah cukup hepi dah. hehhehe. Bila dewasa ni, lebih harapkan umur dan hari-hari mendatang yang lebih baik. Alhamdulillah..terima kasih pada famili, guru-guru, kawan-kawan & students yang wish+doakan kesejahteraan Cik Lie =) Kat sini Cik Lie share my bestday celebration ek walau pun dah ketegori tak payah sambut pun. hehehhe..


Family Celebration


Semua adik beradik Cik Lie pulang, juz yang nak ber SPM je tak dapat pulang. Maka, kami celeb di Sungai Petani la tahun ni =)


Present dari Mak dan Ayah =)


Friends Celebration


Celebrate dengan housemate di gerai Char kuetiow faveret Cik Lie. Tunggu order kuetiow dapat kek secret recipe yang besarrrrrrrrrrr & sedappp punye. Hug hug kish kish pada yus + ayu + kak nisha =) Tahun ni tak dapat celeb ngan geng-geng UM coz birthday jatuh hari Isnin & masing-masing tengah busy dengan projek besar sekarang. Tapi tak pernah ralat coz diorang still sweet wishing me. Jumpe bulan depan ek ;)


Wit my only bro yang seebbookk je nak juin =p


Someone Special Celebration


Cik Lie bermalan di rumah CintaSayang Eton coz celeb bestday die jugak yang lepas sehari dari Cik Lie. Tambah pulak husband die tengah sambung study kat UKM, so takdela kat rumah. Malam ni Cik Lie dok kacau Aufa tidur je. Sampaikan Cik Lie yang tak tidur, die nguit sikit pun Cik Lie yang kaget. Ibu die syok je tidur. hehheeh


Kecik-kecik dah suka tengok TV. aish...


My time will come soon. InsyaAllah =)