Saturday, September 21, 2013

Besties

Waaa..secepat inikah??? Cik Lie tak bersedia lagi untuk berpisah dengan my bestbuddy sejak zaman kanak-kanak rebina. Saidatun Nisa (kawan2 zaman kecik panggil Eton, tapi kawan2 lepas sekolah panggil Nisa). Hubungan kami memang sangat rapat. 1st sebab tarikh kelahiran kami sangat rapat. Selang sehari je. So, memang tiap-tiap tahun kami celeb sekali. 2nd, mak Eton adalah cikgu Cik Lie di sekolah rendah & ayah Eton adalah cikgu kepada ayah Cik Lie ketika di sekolah menengah. 3rd, sejak Cik Lie bermukim di medan perang ni, beliaulah tempat Cik Lie bergantung harap dan byk la lagi sebabnye.. 

Wedding day Eton + Aloy (both are my bestfriend sejak zaman sekolah). Nak tau cerita kahwin klik entri ini dan entri ini.


Pengikat kasih dan my truly theraphy. Kalau dalam sebulan tak lepak rumah Eton dan main dengan Aufa ni rasa tak complete je hidup... Gonna miss dis cutie pie. Lepas ni speaking macam Harry Potter la ye

Then Cik Lie teruslah sebarkan pada besties yang lain.

Tak semua dapat join sebab terlampau mengejut sangat. Masing-masing pun duduk jauh. Okla kan asalkan diberitahu. Nanti diorang marahkan Cik Lie jugak sebab tak informkan. Takmo takmo~~

Waktu menghantar Eton, memang la rasa sedih jugak. Tapi pada masa yang sama hepi sebab Eton dan Aloy masing-masing dapat sambung PhD (Eton: Math Applied dan Aloy: Mechanical Engineering) di universiti yang sama. Rezeki famili =)  Kalau ade rezeki Cik Lie nanti, teringin jugak nak buat post-doc kat obersi. Time tu biarlah ade 'famili' sekali kan.. (doa ketat-ketat, amin..)

Lepas Eton melepasi gate perlepasan, Annisaa ajak Cik Lie stay dengannya di Putrajaya. Memandangkan memang susah nak hangout sebab tuntutan keluarga dan kerjaya (Nisa adalah seorang MO surgical di Hosp. Putrajaya), so Cik Lie yang memang belum ade tuntutan ape-ape ni suka la sangat. Tambah pulak Nisa off wekend ni dan husbandnya offshore. Malam tu, kami jalan-jalan dan throwback semua kesah zaman kanak-kanak hingusan. Kenangan yang paling Cik Lie tak boleh lupa dengan Nisa ni adalah apabila waktu hari bertemu ibubapa, Cik Lie dipanggil oleh cikgu Matematik Cik Lie sebab Cik Lie dapat C. Cikgu Cik Lie tu cakap kat ayah Cik Lie, "Laili ni dalam kelas dia boleh buat, tapi periksa ni teruk plak. Kamu selalu tiru Annisa ke?" Peh..time tu rasa nak nangis kot.. Kena tuduh depan ayah lagi. Pastu Annisaa plak kena panggil dan ditanya sama ada Cik Lie selalu tiru waktu buat latihan (kami duduk bersebelahan dalam kelas). Dekat pukul 2 pagi jugaklah borak dan gosip. Last-last, masing-masing tido depan TV je.


Cik Lie, Eton, Nini, Piqah, Intan, Wina dan Jannah. Bond kami sangat kuat. Walaupun masing-masing lepas je habis UPSR, semua berpecah (Cik Lie pun start form 1 dah pindah Kuala Kangsar), tapi gigih hantar surat, kad raya dan kad kahwin. Ade 2 kenangan yang tak boleh dilupakan and we keep cerita tiap kali jumpa. 1st, waktu lawatan lepas UPSR. Time tu cikgu bawak kami redah hutan mini kat Bukit Cahaya Sri Alam. Dahla, kami masing-masing pakai baju kurung. Habis selut dan tanah kena kain dan kasut. Lepas tu boleh pulak cikgu bawak pergi The Mines. Time ni 1st time kami masuk pizza hut. Masing-masing keluarkan duit syiling depan pintu pizza tu. Punyalah teringin, adela 1 couple ni panggil kami masuk dan suruh kami pilih nak makan ape. Kami pun pilihlah. Time tungguade 1 couple plak belikan kami aiskrim. Diorang ingat kami ni dari rumah anak yatim kot. Selekeh betul time tu. Dalam bas, rupanya ada cikgu yang nampak, tapi cikgu tu saje biarkan kitorang. Ape lagi.. kena gelak la dengan cikgu-cikgu lain. Tapi alih-alih pizza tu kitorang kena bagi-bagi dengan kawan-kawan lain dalam bas. huhuhuhu. 2nd, waktu bulan puasa kami akan ikut ayah masing-masing pergi terawih. Abis je lapan rakaat, kami akan berpindah ke belakang dan buat kerja sekolah. Kena tunggu sebab ayah masing-masing buat 23 rakaat. Tapi kami ni bising sampai kena marah. Bila kena marah, esoknye tak datang, lusanya datang balik, kena marah lagi, pastu tak datang balik. Adeh... rindunye... Moga persahabatan ini kekal selamanya. Amin Ya Rabb..