Catatan Cik Lie :
Sepanjang aidilfitri ni, Cik Lie berkesempatan berkumpul bersama sanak-saudara dan berkunjung ke rumah rakan-rakan seperti hari raya sebelumnya. Namun, terdapat sedikit perbezaan kerana hampir setiap kali Cik Lie akan diajukan soalan cepumas ‘ bila nak kawen?’. Sampaikan cikgu-cikgu Cik Lie pun sudah bertanyakan hal yang sama. Em.. dari review Cik Lie di Facebook, rata-rata kawan-kawan Cik Lie pun begitu. Bukan sahaja kawan perempuan, lelaki pun begitu. Yang dah ada calon & bermatlamat, pasti tak perlu sakit kepala menjawab. Pasti jawapan yang pantas dan tuntas diberikan , pada yang masih tercari-cari, sengih je lah ye. Dalam kes Cik Lie, mula-mula Cik Lie bg jawapan xde bf lagi. DANNGGGG!!! Kene cop penipu. Siap ada yang mempertikaikan bilangan kawan Cik Lie di FB. Adeh… berkawan biar berjuta, berkasih biar satu wahai saudara saudari sekalian… Pada yang pernah tahu ‘hikayat’ Cik Lie, lagi susah nak explain dan kadang-kadang bila terkenang balik buat diri jadi sangat sedih. Takpelah, anggap je ‘Allah have a better plan for me’. Jawapan yang paling releven boleh Cik Lie berikan ialah Cik Lie ni tak habis belajar lagi, hal-hal rumah tangga pun tak sempat nak belajar secara serius lagi walaupun mak Cik Lie seorang guru Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Menyesal anak teruna orang kalau Cik Lie tak dapat jaga elok-elok. Alhamdulillah… setakat ni mak ayah Cik Lie pun tak pernah bertanyakan secara serius hal ini terutamanya ayah Cik Lie. Kalau boleh, ayah Cik Lie nak Cik Lie belajar sampai PhD. Tak dapat jadi doktor manusia, jadi doktor kartun pun ok la kan =). Wanita mana yang tak mahu ada keluarga yang baik. Kesempurnaan kehidupan seorang wanita itu apabila dia telah bertemu seorang suami yang menjadi kekuatannya & melahirkan zuriat yang apabila dia mati, akan mendoakannya. Cik Lie tak cemburu pada pasangan yang baru berkahwin, yang menunjuk-nunjuk kemesraan di hadapan orang. Ok la dah halal, tapi tolonglah hormat pada orang lain. Pada budak-budak kecil. Very annoying.. Yang buat Cik Lie cemburu bila yang isteri dukung baby, yang suami bawak keperluan baby dan menceritakan perihal baby mereka dengan gembiranya. Very sweet =)
Sekejap lagi Cik Lie akan pulang ke rumah ke-2 Cik Lie untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. InsyaAllah, esok Cik Lie akan menghadiri majlis perkahwinan kawan baik Cik Lie sejak zaman kanak-kanak rebina yang boleh tahan juga GRAND nye. Grand sebab majlis hanya dibuat sekali secara kombo. Ini kerana pengantin lelaki & perempuan bertemu jodoh di sekolah yang sama dan mempunyai kawan-kawan yang hampir sama =) Memang menarik kisah mereka. Siapa boleh sangka, yang perempuan seorang bijak teramat (dari upsr – spm semua straight A), yang lelaki bijak la jugak tapi nakalnye, Ya Allah… Cik Lie sempat kenal dengan mamat ni tak sampai 6 bulan ketika di dalam kelas yang sama ketika tingkatan 1 sebelum Cik Lie berpindah. Mamat ni selalu ejek-ejek Cik Lie tiap kali van yang dia naiki lalu dihadapan rumah Cik Lie. Memang gila dia ni dulu. Beberapa bulan yang lepas sempat open table dengannya dan kawan perempuan Cik Lie tu yang pada ketika itu mamat ni baru pulang dari Jerman dan seorang lagi kawan Cik Lie yang juga baru pulang dari Jepun.
Mamat : Ko ingat tak ape yang aku tak boleh lupa pasal ko?
Cik Lie : Ape die ?
Mamat : Ko tak ingat ke time ko jatuh dari bukit atas kelas kita sampai bawah time hujan? Macam heroin filem Hindustan aku tengok ko tau. Ko tak ingat ke? Sampai mati aku ingat aku gelakkan ko. Ahhahahha
Cik Lie : Dush3!!! Tak ingat langsung ( mana nak ingat, malu kot.. Tambah plak dulu sifat Cik Lie yang agak kemamatan buat Cik Lie tak hairan semua tu kot)
Memang Cik Lie respect dengan hubungan mereka. Bukan senang nak mempertahankan hubungan sejak dari zaman sekolah. Cinta pertama pula tu. Walaupun pelbagai dugaan & cabaran, walaupun jarak memisahkan, tapi dengan berkat KETEGUHAN PENDIRIAN + KEJUJURAN + KEIKHLASAN + RESTU, insyaAllah… =) Agak tersentuh & sedih jugak sikit-sikit sebab lepas ni, Cik Lie terpaksa la keseorangan. Sebelum ni, tiap kali hujung minggu dia akan pulang dari medan perjuangannya dan menemani Cik Lie sambil uruskan hal-hal majlis perkahwinannya. Dari sini la Cik Lie sedar, haish… susahnya nak buat majlis kahwin. Kiranya, Cik Lie ni tersenarai dalam wedding advisor dia jugak la =p Lepas ni, tak boleh la Cik Lie nak roger die temankan Cik Lie lagi. Mau mengamuk mamat tu nanti kata Cik Lie perampas plak. Hehehe.. Anyway, I am very happy for both of you. Moga berkekalan hingga akhir hayat & sentiasa dalam redhaNYa. Dah ada baby, I want to b the first aunty ok ;)