3 sekawan sedang dalam perjalanan menuju ke majlis perkahwinan rakan seuniversiti. Farha yang sedang memandu lantas menguatkan volume radio sambil mulutnya kumat kamit mengikut lirik lagu yang diputarkan tapi suara tidak kedengaran. Farha memang lemah bab menyanyi depan orang ni. Lagu Negaraku pun, kalau suruh dia nyanyi sorang-sorang pun tak jalan.. Liriknya lebih kurang begini:
Terasa bahagiaku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku
Aku disini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir
Adel tiba-tiba bersuara, "sampai bila kau nak macam ni? sampai bila kau taknak lepaskan?". Apa maksud kau? Farha pula kelihatan bingung dengan soalan secara tiba-tiba itu. "Takdela.. kau ni asyik mengharap pada yang tak pasti. Orang lain pulak senang-senang main tarik tali dengan kau." Balas Adel. "Emm..entahlah, sebab aku percaya kot". "Kau memang macam tu dari dulu, percaya sangat dekat orang. Baik sangat sampai kau tak sedar, they just takes you for granted". Kini giliran Atul pula bersuara.
Susah Farha nak menerangkan kepada 2 sahabatnya yang sangat sayangkan dia ni. Farha cuba mengalih topik, tapi tidak berjaya. Pelbagai terjahan dari Adel dan Atul yang mahu mengorek perasaannya.
Atul: Kau tak sakit hati ke bila dia layan kau tak macam kawan biasa layan kau. Tapi kau pun sendiri tak tahu kedudukan kau?. Kau tak rasa ke benda lama boleh berulang lagi? 5 tahun kau ambil masa untuk move on. Kau tak takut?
Farha: Yup, pengalaman dulu memang banyak sangat mengajar aku, tapi aku takkan samakan orang yang aku jumpa dan keadaan yang aku lalui sekarang sama macam dulu. Aku tak boleh simply judge macam tu. Tak adil untuk diri aku dan diri dia. Dulu awal 20-an, sekarang dah hujung 20-an. Lain tu... heheheh..
Adel: Macam mana ek kau boleh rileks je. Kau bukannya tak tahu ada jugak yang sedang 1 line dengan kau ni. Orang tu dah mengaku dah pun dekat kau dan dia pun dekat dengan mamat tu. Diorang hepi-hepi dekat sana, kau hepi-hepi dengan student kau je kadang-kadang je la boleh gathering macam ni.
Farha: Hahhaha.. gile la soalan kau. Saiko betul.. Macam aku cakap tadi la, sebab percaya. Takkan aku nak halang dia berkawan dengan orang yang selama ni memang lebih dulu rapat dengan dia. Tipula kalau takde langsung rasa jeles tu. Tapi buat apa nak rasa insecure sangat... aku pegang 1 je, aku cuba elak buat benda yang aku tak suka orang buat kat aku. Aku percaya karma. Macam kes-kes lepas, tak perlu aku siasat pun, Allah boleh tunjukkan sendiri. Maybe sebab tu kau selalu dengar aku rijek orang kot sebab aku taknak mula bagi harapan pada orang yang aku rasa tak boleh teruskan perhubungan yang lebih dari sekadar kawan.
Atul: Dia tau tak kau tak anggap dia hanya kawan biasa?
Farha: Hahhaha.. tau kot. Cuma dia yang buat taknak tahu. Just enjoy the friendship. Takpelah... setakat ni aku ok je.
Adel dan Atul: NO, YOU ARE NOT!!!. Kau bukan dilahirkan untuk menipulah Farha.
Sekali lagi volume radio dikuat kan, "aku suka gile lagu ni, tapi yang cover punye. Jom layan!!"
You make me glow
But I cover up won't let show
So I'm puttin' my defences up
Cause I don't wanna fall in love
If I ever did that
I think I'd have a heart attack
The feelings got lost in my lungs
They 're burning, I'd rather be numb
And there's no one else to blame
So scared I take off and I run
I'm flying too close to the sun
And I burst into flames