Tuesday, September 17, 2013

Yuuhuu.. kembali beraksi

Tok tok tok...
ding donggg...
kring kring kring...
auuu chakk auu chak!!!
enibodi home?

Atenye.. bizi sesangat cekononnye.. emm..xtaula.. macam dah hilang 'touch' nak menulis. Tapi bila baca blog orang lain rasa nak enterframe jugak. okla.. ni Cik Lie nak warming up dlu. Nak cite pasal ape ek.. Haa... Actually, minggu lepas selesai konvo UPSI yang ke -15 (maksudnya semua kawan-kawan yang bersama-sama Cik Lie waktu Master & DPLI dulu setel berkonvo). Tahniah pada semua my ex-housemates & coursemates. Didoakan kehidupan kalian lebih berjaya  bahagia selepas ni. Meh la join adik laili sambung study & dah bole start menabung untuk konvo 2015/2016 yeee.. hehehhe ;).



Haaa..ade satu kesah yang berlaku semalam. Ni bukan bertujuan nak membuka aib sendiri or orang lain. Juz sekadar perkongsian bersama. Jika nak dihitung dengan jari, sudah beberapa kali jugaklah Cik Lie 'dilamar' atau bahasa directnya di approach (bajet hot la kununnye).. Ade yang Cik Lie dapat handle dan Alhamdulilah.. kami jadi kawan dan takde ape-ape isu. Mana yang tak dapat handle tu, Cik Lie block kan je (pernah jadi sekali je, psyco gile mamat tu). Kerek gile Cik Lie kan? hahaha.. ntahla.. Cik Lie tak percaya langsung dengan tarikan secara virtual ni. Tak dinafikan, ade yang menjadi. Gud for them la kan.. But for me, tak koottt (@takut). Ok..ok berbalik kepada cerita semalam. Kisah ni macam ade unik sikit. Alkisahnye, mamat ni dicadangkan oleh my very bestfriend zaman UM  dulu. Tambah pulak die ade ikatan kekeluargaan jugakla dengan mamat ni. Time mula-mula my bestfriend ni call untuk bagitahu Cik Lie, mak si mamat ni siap nak bercakap sendiri dengan Cik Lie. Dah berkenan sangat katanya (tengok gambar je kot...) hambeekk.. Tapi, Cik Lie terpaksa mengatakan Cik Lie di luar. Kawasan ramai orang.  Bising. Sedangkan Cik Lie tengah golek-golek nak tidur (penat baru balik workshop).  Terkejut jugak la kan.. Taknak la bagi makcik tu frust sangat, Cik Lie pun suggest kan lah suruh mamat tu add FB. Setel 1 bab...

Masuk bab ke 2, si mamat tu pun add. Tapi Cik Lie tak approve (kijam tak hengat). Then die private massage. Okla.. accept la. Maka bermulalah coversationnya. Kalau pergi kursus/kem, orang cakap ice-breaking. Boring saannggattt kott.. yelah.. tanye belajar ape? keje ape? tinggal mane? kampung mane? haih.. sebabkan Cik Lie dah boring menjawab sesi perkenalan diri, Cik Lie terus direct pada pokok utama. Mamat ni pun luahkanlah niat utamanya. Jawapan Cik Lie seperti dibawah:

Fuh.. legalah bila mamat ni macam boleh terima apa Cik Lie cakap tu kan. Then Cik Lie cakaplah yang ramai kawan-kawan Cik Lie tengah mencari jodoh jugak. So, kalau tak kesah, Cik Lie boleh suggestkan. Dia jawab macam ni:


Adeh.. ingatkan dah ok, rupenye ade jugak 'harapan' disitu. Betul.. Cik Lie tak boleh eksyen nak menjamin yang Cik Lie takkan ada jodoh dengan dia. Cumanya.. Cik Lie tak nak dia ada 'usaha'. Sebabnya, Cik Lie pernah alami bertapa teruknya rasa bila mensia-sia kan usaha orang yang ikhlas dengan kita. Makanya.. Cik Lie terpaksa mengambil langkah drastik ini:


 Huhu..pengakuan berani mati bak kata orang. Tapi.. yang difikirnya..
Tak tahulah sama ada mamat ni betul-betul bagi nasihat atau sarcastic semata-mata. langkah seterusnya, offline FB dan kembali mengadap TV. Lagi syiookk