Friday, March 23, 2012

Part of me

Dah lame tak update pasal kehidupan. Entry-entry baru ni dok sibuk cakap pasal hati & perasaan je.. Mentang-mentang *dalam hati tengah penuh taman yang dah masuk seekor kumbang* (quote dari seorang housemate). Okey lah, sekarang back to normal life. =)

Students FSKIK Rekabentuk dan Pembangunan Permainan dah selamat menyelesaikan final exam minggu ini. Tak sangka sekejap je 4 bulan. (Sila rujuk entry ini) Sejak habis kelas ni, dah start rasa rindu dengan diorang. Honestly, Cik Lie sangat enjoy dengan diorang... sampaikan sekarang ni Cik Lie dah jarang lepak-lepak dekat official FB Cik Lie. Cik Lie lebih banyak luangkan masa di 'alter ego' (bak kata one of my BFF). Hope to see you next sem guys ;)




Then, habis je jadi Tutor untuk kelas ni, Cik Lie dapat offer sebagai demonstrator untuk Lab Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan. Kalau dulu Cik Lie kena ajar kanak-kanak yang berumur 19-20 tahun, tapi kali ni Cik Lie kena berhadapan dengan pelajar berumur 27-33 tahun. Diorang ni adalah pelajar DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah)dari ambilan GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih). Memang sangat berdebar-debar pertama kali menjejakkan kaki untuk lab ni. Cik Lie kena ajar asas-asas penggunaan aplikasi komputer untuk kegunaan di dalam kelas seperti Adobe Photoshop, Audacity, Movie Maker, Wordpress dan sebagainya. Bila kita deal dengan orang yang lebih dewasa ni, professionalism tu penting. 'guru tak boleh jatuh hati dengan pelajar'. Sangat mencabar juga nak maintainkan prinsip tu. Setakat ni boleh 'bertahan' lagi. hehheeheh (gelak takde motif). Alhamdulillah...walau pun diorang tahu Cik Lie lebih adik dari diorang, sikap hormat tu masih ada walau pun kadang-kadang usikan nakal yang Cik Lie buat tak faham je. Seronok juga =)


InsyaAllah, awal bulan April ni Cik Lie akan mulakan balik kerjaya sebagai Research Assistant. Bila difikirkan, memang lubuk emas Cik Lie di UPSI. Mungkin juga tak lama lagi jadi orang Tanjung Malim juga (ah sudah...mode gedix dah datang =p). Staf-staf dan pensyarsh di FSKIK pun dah jadi macam kawan. Teringat satu golden advice dari penyelia+sifoo+kakak Cik Lie, Dr. Maizatul Hayati "the journey of life is about how tough are you in dealing with problems and people". Bila kita berjumpa dengan orang yang betul, kehidupan dapat diuruskan dengan sebaiknya. Syukur..syukur...syukur... =)