Saturday, March 24, 2012

Weekend Yang Enjoy (^^,)v


Fraser Hill.. akhirnya Cik Lie sampai juga disini =) Pernah suatu ketika dulu merancang bersama seseorang tetapi telah dikecewakan saat-saat akhir. Ahh...perkara yang lepas usah dikenang... New chapter okey.. Nak di jadikan cerita, idea di cetus bersama-sama dia di 'depan rumah'. Setakat nak 'dating', luar pagar pun boleh. Nak lagi thrill, buat macam cerita P.Ramlee, ketuk botol bagi isyarat. hehehehee.. Dia pun tak pernah ke sana. Kira macam pengalaman baru jugak ni. Tapi Cik Lie masih tak berani nak keluar berdua dengan dia. Dengan paksa rela, Cik Lie mengheret housemate Cik Lie bersama-sama dalam kisah ini =)

Dalam pukul 11 pagi kami memulakan perjalanan dengan iringan lambaian kakak & adiknya. Untung berkawan dengan orang depan rumah. Tak payah nak set time tunggu. (maklumlah...lelaki sekarang ni lagi lama bersiap adri perempuan. Pastu alasan terbaik jalan jem) Nasib baik Cik Lie bukan jenis yang mabuk jalan bengkang bengkok. So, rileks je la.. Cuma housemate Cik Lie yang agak pening-pening dah hampir nak muntah. Nasib baiklah 'dia' bawak kereta penuh sopan & tatatertib. Sejam setengah jugaklah perjalanan kami dari Kuala Kubu ke puncak. Sampai di puncak, wah...rasa tenangnya... Walaupun tak sesejuk Cameron Highland, tapi kedinginan masih terasa walaupun ketika itu jam menunjukkan pukul 1.30 tengah hari.



Pada mulanya, kami macam blur mana nak tuju. Sudahnya, kami singgah memenuhkan perut dulu. Lepas makan, Cik Lie call one of my BFF yang biasa naik Fraser Hill ni. Katanya "kat situ hang nak lepak-lepak layan view bolehlah. Mana ada apa-apa sangat pun. Aku pi sana pun sebab lajak-lajak lepas mandi Sungai Chilling". Ces... rasa macam nyesal plak jalan jauh-jauh tapi takde benda. Kami pergi ke sebuah kedai cenderamata & terjumpa map ni.


Yey!!! dah dapat idea!! Kami pun menuju ke 'The Paddock'. Kat situ kami menunggang kuda (walaupun di tarik oleh penjaga kuda) dan memanah. 1st time naik & pegang kuda. Nama kuda tu Jiji. Umur 20 tahun. Memang teruja habislah. Waktu memanah plak, dari 8 arrow, Cik Lie kena 1 je.Semuanya dah melayang entah kemana. Dia pula, dab dab bunyi arrow kena papan. Geram!!! Tapi bila dah sampai arrow terakhir, Cik Lie kena dekat circle kuning. Pak cik yang jaga kaunter tu kesian kot, die bagi Cik Lie lagi 2 extra arrow dan dua-dua nya menghampiri titik tengah. Fuh~~~ Cik Lie mintak lagi kat Pak cik tu, tapi memang tak dapat dah la.... hehhehe... kena pulak pak cik tu mengutip arrow Cik Lie yang melayang entah ke mana tu =p





Dalam pukul 3.30 petang, kami dah selesai round Fraser Hill dan pulang ke pengkalan. Penat Cik Lie mengalahkan orang yang drive pulak. Walau pun penat, tapi tetap enjoyyyyyyyy!!! Nasib baiklah 'dia' ni pun macam Cik Lie, bukan jenis yang suka tawaf shopping mall. Next plan nak pergi tempat air terjun pulak. Emmm...nak heret siapa pulak ye....