Thursday, March 29, 2012

I am still me


Terlampau pantas masa berlalu... Alhamdulillah... tiada ucapan lain yang mampu diucapkan untuk mengambarkan perasaan ini. Ada yang bertanya, tak penat ke belajar?? ni nak sambung phd pulak.. tak nak kahwen ke??? nanti orang takut. Sebenarnya Cik Lie dah malas nak explain pada mereka yang 'typical thinking' ni. So, dari ada sesiapa yang kecik hati atau sentap dengan pendapat Cik Lie nanti, alasan paling sweet Cik Lie bagi "nak jadi doktor dulu tak pandai, nak kahwin dengan doktor dulu tak kesampaian, maka Cik Lie la kena jadi doktor pulak. Doktor palsapah pun jadila" agak sengal la jugak 'alasan' tu tapi sekurang-kurangnya sesiapa yang mendengar akan gelak berdekah-dekah =D

Orang cakap, kalau hidup tu smooth je, tak best lah kan?? Nak dijadikan cerita, berlakulah sesuatu yang diluar jangkaan semasa proses pendaftaran yang melibatkan duit. Akibat dari kegagalan itu, Cik Lie akan di tangguhkan semester. Maknanya, bulan 9 nanti baru boleh mula. Bukan seratus dua, tapi RM 1.5K lagi. Dulu tak macam ni... Cik Lie segan nak minta dengan parents Cik Lie. Kalau boleh Cik Lie memang nak guna duit simpanan sendiri. My beloved lecturer pulak ade meeting di Shah Alam. Kalau tak lame dah Cik Lie paw.huhuhu... Malangnya, Cik Lie tertinggal pula buku asb (dalam bank memang Cik Lie had kan bawah 1K sebab taknak terlebih guna). RM 500 ade, shot lagi 1K. Jam menunjukkan jam 9.40 pagi. Terkebik-kebil Cik Lie di depan laptop. Rasa down jugak lah. Dengan suka-sukinya, Cik Lie post kan benda alah ni:

Tanpa di duga, dapat respon dari 2 orang BFF merangkap my active-5 twitter friends. Rase macam nak nangis punye terharu. Thanks sooo much dila atas moral support & judeng atas financial support. Hanya Allah yang akan membalas kebaikan kalian <3<3<3 Alhamdulillah... segala urusan pendaftaran selesai tepat jam 12.30 tgh hari. Kini Cik Lie bergelar pelajar semula. Mohon doa rakan-rakan pembaca doakan kesejahteraan & kejayaan Cik Lie dunia akhirat. Amin Ya Rab...