Saturday, March 3, 2012

Saya ada kawan kahwin dengan adik ustaz popular

Pertama sekali, TAHNIAH !!! kepada coursemate Cik Lie ketika di UM, Nurul Syakirin kerana telah selamat menjadi seorang isteri kepada seorang yang tidak di sangka-sangka. Mula-mula Cik Lie menerima kad undangan, Cik Lie rasa macam kenal je bakal suami kirin ni. Tapi Cik Lie buat tak kesah je. Yela..mungkin pernah terjumpa atau perasan macam muka yang Cik Lie kenal. Hinggalah, Cik Lie tunjukkan kad pada roomate Cik Lie yang juga coursemate di UM juga. "Macam adik ustaz zamri je..yang jadi host akademi Al-Quran ngan GPS Iman tu". ZZzuupp..dengan gigih google nama penuh ustaz zamri. SAMA la bin dia. Menjeritlah kami keterujaan. Dan keesokan paginya, Cik Lie menerima private message dari kirin yang disertakan video ni. Tambah-tambah-tambah teruja dan kejelesan melihat pasangan. Ape-ape pun, SHE DESERVED FOR HIM =)



Alhamdulillah... Cik Lie berkesempatan menghadiri majlis belah perempuan di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya dengan beberapa coursemate yang lain. Sangat santai dan tenang majlisnya. Yang paling terharu bila pengantin yang bacakan doa. Syahdu sangat....Tapi tak sempat jumpa Ustaz Zamri pun. Kami jadi rombongan yang pertama bergambar dengan pengantin. Kirin sempat bisik pada Cik Lie, "Laili jangan jeles ye". Perrrgghhh...sempat lagi tu. cis...cis...

Tahniah Kirin & Zhafran. Didoakan moga bahagia dunia akhirat serta hidup penuh rukun. Doakan kami yang masih bujang terang tang tang lagi bersuluh ni beroleh jodoh yang baik macam kirin juga =)

Yup, tak dinafikan Cik Lie agak cemburu di situ. Syukur ada kawan-kawan yang saling menguatkan dalam hal ni. hehhee.. Perlu lebih perbaiki diri & berusaha ni ;)