Thursday, March 29, 2012

I am still me


Terlampau pantas masa berlalu... Alhamdulillah... tiada ucapan lain yang mampu diucapkan untuk mengambarkan perasaan ini. Ada yang bertanya, tak penat ke belajar?? ni nak sambung phd pulak.. tak nak kahwen ke??? nanti orang takut. Sebenarnya Cik Lie dah malas nak explain pada mereka yang 'typical thinking' ni. So, dari ada sesiapa yang kecik hati atau sentap dengan pendapat Cik Lie nanti, alasan paling sweet Cik Lie bagi "nak jadi doktor dulu tak pandai, nak kahwin dengan doktor dulu tak kesampaian, maka Cik Lie la kena jadi doktor pulak. Doktor palsapah pun jadila" agak sengal la jugak 'alasan' tu tapi sekurang-kurangnya sesiapa yang mendengar akan gelak berdekah-dekah =D

Orang cakap, kalau hidup tu smooth je, tak best lah kan?? Nak dijadikan cerita, berlakulah sesuatu yang diluar jangkaan semasa proses pendaftaran yang melibatkan duit. Akibat dari kegagalan itu, Cik Lie akan di tangguhkan semester. Maknanya, bulan 9 nanti baru boleh mula. Bukan seratus dua, tapi RM 1.5K lagi. Dulu tak macam ni... Cik Lie segan nak minta dengan parents Cik Lie. Kalau boleh Cik Lie memang nak guna duit simpanan sendiri. My beloved lecturer pulak ade meeting di Shah Alam. Kalau tak lame dah Cik Lie paw.huhuhu... Malangnya, Cik Lie tertinggal pula buku asb (dalam bank memang Cik Lie had kan bawah 1K sebab taknak terlebih guna). RM 500 ade, shot lagi 1K. Jam menunjukkan jam 9.40 pagi. Terkebik-kebil Cik Lie di depan laptop. Rasa down jugak lah. Dengan suka-sukinya, Cik Lie post kan benda alah ni:

Tanpa di duga, dapat respon dari 2 orang BFF merangkap my active-5 twitter friends. Rase macam nak nangis punye terharu. Thanks sooo much dila atas moral support & judeng atas financial support. Hanya Allah yang akan membalas kebaikan kalian <3<3<3 Alhamdulillah... segala urusan pendaftaran selesai tepat jam 12.30 tgh hari. Kini Cik Lie bergelar pelajar semula. Mohon doa rakan-rakan pembaca doakan kesejahteraan & kejayaan Cik Lie dunia akhirat. Amin Ya Rab...

Saturday, March 24, 2012

Weekend Yang Enjoy (^^,)v


Fraser Hill.. akhirnya Cik Lie sampai juga disini =) Pernah suatu ketika dulu merancang bersama seseorang tetapi telah dikecewakan saat-saat akhir. Ahh...perkara yang lepas usah dikenang... New chapter okey.. Nak di jadikan cerita, idea di cetus bersama-sama dia di 'depan rumah'. Setakat nak 'dating', luar pagar pun boleh. Nak lagi thrill, buat macam cerita P.Ramlee, ketuk botol bagi isyarat. hehehehee.. Dia pun tak pernah ke sana. Kira macam pengalaman baru jugak ni. Tapi Cik Lie masih tak berani nak keluar berdua dengan dia. Dengan paksa rela, Cik Lie mengheret housemate Cik Lie bersama-sama dalam kisah ini =)

Dalam pukul 11 pagi kami memulakan perjalanan dengan iringan lambaian kakak & adiknya. Untung berkawan dengan orang depan rumah. Tak payah nak set time tunggu. (maklumlah...lelaki sekarang ni lagi lama bersiap adri perempuan. Pastu alasan terbaik jalan jem) Nasib baik Cik Lie bukan jenis yang mabuk jalan bengkang bengkok. So, rileks je la.. Cuma housemate Cik Lie yang agak pening-pening dah hampir nak muntah. Nasib baiklah 'dia' bawak kereta penuh sopan & tatatertib. Sejam setengah jugaklah perjalanan kami dari Kuala Kubu ke puncak. Sampai di puncak, wah...rasa tenangnya... Walaupun tak sesejuk Cameron Highland, tapi kedinginan masih terasa walaupun ketika itu jam menunjukkan pukul 1.30 tengah hari.



Pada mulanya, kami macam blur mana nak tuju. Sudahnya, kami singgah memenuhkan perut dulu. Lepas makan, Cik Lie call one of my BFF yang biasa naik Fraser Hill ni. Katanya "kat situ hang nak lepak-lepak layan view bolehlah. Mana ada apa-apa sangat pun. Aku pi sana pun sebab lajak-lajak lepas mandi Sungai Chilling". Ces... rasa macam nyesal plak jalan jauh-jauh tapi takde benda. Kami pergi ke sebuah kedai cenderamata & terjumpa map ni.


Yey!!! dah dapat idea!! Kami pun menuju ke 'The Paddock'. Kat situ kami menunggang kuda (walaupun di tarik oleh penjaga kuda) dan memanah. 1st time naik & pegang kuda. Nama kuda tu Jiji. Umur 20 tahun. Memang teruja habislah. Waktu memanah plak, dari 8 arrow, Cik Lie kena 1 je.Semuanya dah melayang entah kemana. Dia pula, dab dab bunyi arrow kena papan. Geram!!! Tapi bila dah sampai arrow terakhir, Cik Lie kena dekat circle kuning. Pak cik yang jaga kaunter tu kesian kot, die bagi Cik Lie lagi 2 extra arrow dan dua-dua nya menghampiri titik tengah. Fuh~~~ Cik Lie mintak lagi kat Pak cik tu, tapi memang tak dapat dah la.... hehhehe... kena pulak pak cik tu mengutip arrow Cik Lie yang melayang entah ke mana tu =p





Dalam pukul 3.30 petang, kami dah selesai round Fraser Hill dan pulang ke pengkalan. Penat Cik Lie mengalahkan orang yang drive pulak. Walau pun penat, tapi tetap enjoyyyyyyyy!!! Nasib baiklah 'dia' ni pun macam Cik Lie, bukan jenis yang suka tawaf shopping mall. Next plan nak pergi tempat air terjun pulak. Emmm...nak heret siapa pulak ye....


Friday, March 23, 2012

Part of me

Dah lame tak update pasal kehidupan. Entry-entry baru ni dok sibuk cakap pasal hati & perasaan je.. Mentang-mentang *dalam hati tengah penuh taman yang dah masuk seekor kumbang* (quote dari seorang housemate). Okey lah, sekarang back to normal life. =)

Students FSKIK Rekabentuk dan Pembangunan Permainan dah selamat menyelesaikan final exam minggu ini. Tak sangka sekejap je 4 bulan. (Sila rujuk entry ini) Sejak habis kelas ni, dah start rasa rindu dengan diorang. Honestly, Cik Lie sangat enjoy dengan diorang... sampaikan sekarang ni Cik Lie dah jarang lepak-lepak dekat official FB Cik Lie. Cik Lie lebih banyak luangkan masa di 'alter ego' (bak kata one of my BFF). Hope to see you next sem guys ;)




Then, habis je jadi Tutor untuk kelas ni, Cik Lie dapat offer sebagai demonstrator untuk Lab Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan. Kalau dulu Cik Lie kena ajar kanak-kanak yang berumur 19-20 tahun, tapi kali ni Cik Lie kena berhadapan dengan pelajar berumur 27-33 tahun. Diorang ni adalah pelajar DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah)dari ambilan GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih). Memang sangat berdebar-debar pertama kali menjejakkan kaki untuk lab ni. Cik Lie kena ajar asas-asas penggunaan aplikasi komputer untuk kegunaan di dalam kelas seperti Adobe Photoshop, Audacity, Movie Maker, Wordpress dan sebagainya. Bila kita deal dengan orang yang lebih dewasa ni, professionalism tu penting. 'guru tak boleh jatuh hati dengan pelajar'. Sangat mencabar juga nak maintainkan prinsip tu. Setakat ni boleh 'bertahan' lagi. hehheeheh (gelak takde motif). Alhamdulillah...walau pun diorang tahu Cik Lie lebih adik dari diorang, sikap hormat tu masih ada walau pun kadang-kadang usikan nakal yang Cik Lie buat tak faham je. Seronok juga =)


InsyaAllah, awal bulan April ni Cik Lie akan mulakan balik kerjaya sebagai Research Assistant. Bila difikirkan, memang lubuk emas Cik Lie di UPSI. Mungkin juga tak lama lagi jadi orang Tanjung Malim juga (ah sudah...mode gedix dah datang =p). Staf-staf dan pensyarsh di FSKIK pun dah jadi macam kawan. Teringat satu golden advice dari penyelia+sifoo+kakak Cik Lie, Dr. Maizatul Hayati "the journey of life is about how tough are you in dealing with problems and people". Bila kita berjumpa dengan orang yang betul, kehidupan dapat diuruskan dengan sebaiknya. Syukur..syukur...syukur... =)

Tuesday, March 20, 2012

My Poet's Heart

When did I lose my voice?
When did I make the choice to be
living so easy in the quiet?

Too much of restless thinking
But they say time is everything.
You came and opened up the silence.




So let's lie awake, making history
Yeah, you and me
Cause now we know
so won't you sing to me, our melody
Now all the lights turned on and I'm never gonna stop
As the words come out, it's because you lit the spark.
You're a priceless, timeless, precious work of art.
Though everywhere you are
I'm living with the poet's heart

Now my feet won't touch the ground
Yeah, we're flying high homeward bound
Take my hand, yeah, just like that
We'll keep riding, riding
Don't look back, don't look back

Friday, March 16, 2012

Heart of Life




Ya Allah....
Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan miliku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan....
Berikanlah aku kekuatan
Agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantillah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buat ku
Kerana engkau maha mengetahui
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama
Dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Amin.. Ya Rabbal A'lamin...

Monday, March 5, 2012

Let's today be the history =)

Rentetan dari entry sebelum ini, ada pulak sambungannya kali ni. Begini kisahnye...

Di suatu petang Isnin yang hening, Cik Lie berseorangan di rumah sewa menyiapkan nota untuk kelas akan datang. Tiba-tiba, caller ringtone Cik Lie berbunyi. Tertera nombor yang mendebar-debarkan jantung Cik Lie.

Cik Lie : Assalammualaikum Pak Cik
Pakcik : Waalaikumussalam, Laili kat mana?
Cik Lie : Laili ada dalam rumah ni. Ada ape pak cik?
Pakcik : La, tak keluar-keluar ke. Jom ikut kami pergi Sungai Besar
Cik Lie : Buat ape pak cik?
Pakcik : pergi mancing
Cik Lie : Siape lagi pegi pak cik? (banyak betul soalnye)
Pakcik : ** ade, ummi pun ikot skali. Cepatlah siap, kami tunggu kat luar ni
Cik Lie : Err.. ok..kejap2 ye.

Belajar-belajar mengusha orang depan rumah (*gatal mode*)

Cik Lie terus masuk ke bilik air, capai baju yang dah pakai petang semalam. Tepek bedak & lip balm sket. Bukak pintu pagar. Hah... CRV hitam dah di depan rumah. Duduk di kerusi depan, pakcik & ummi dan di kerusi belakang, 'dia' & semestinya space untuk Cik Lie. Tapi jaraknya boleh muat 2 orang lagi. Nasib baik pintu ade safety lock. Kalau tak, mahunye masing-masing terkeluar tingkap.

Mulanya, dua-dua berdiam sejuta bahasa. Dua-dua memandang luar tingkap. Soalan pertama Cik Lie tanya, "tak kerja ke hari ni" dan dia menjawab, "tak, ponteng.. ummi suruh ponteng". wahwahwah.... Untuk memecah suasana yang bisu tu, pak cik & ummi je yang banyak bersoal jawab dengan Cik Lie. Yang 'dia' hanya tahu ketawa ketawa & ketawa lagi. Kadang-kadang Cik Lie pun tak faham, ape yang kelakar sangat. Memang tebal sungguh pemalunya mamat ni. Ada jugaklah 'dia' bercerita pasal study dan kerja 'dia' yang sebenarnya Cik Lie tak berapa nak faham sebab Cik Lie takde kawan-kawan yang dalam arena perbankan ni. Layan kan saje... it's better dari dengar die ketawa je. huhuhuhu. Jauh juga Sungai Besar ni. Jalannya pula agak menakutkan. Ladang kelapa sawit kiri dan kanan. Setelah hampir setengah jam perjalanan, tak pasal-pasal air dah menutupi jalan. Mula-mula tu kami redah je. Dah macam naik motor boat. Nasib baiklah kereta tu tinggi. Rasa lega dah lepas, tapi tengok kat depan pun sama. Lori pun bagi lampu supaya jangan lintas sebab keadaan yang sangat dalam. Akhirnya, kami hanya membeli ikan & udang pada pemborong di tepi jalan sambil menziarah kawan ummi. Sungguh rare 'dating' pertama yang kami lalui ini...



Alhamdulillah..sempat sampai rumah sebelum maghrib. 'Dia' pun perlu pulang ke KL malam ni jugak. Takkan nak ponteng lagi kottt... Rasa macam tak percaya je dengan apa yang berlaku. Biarlah semuanya slow & steady. Tapi tak pasal-pasal kakak die bikin havoc kat wall FB Cik Lie. Malu eden dibuatnye... huhu...


Macam yang Cik Lie bagitahu dulu, kalau boleh biarlah perhubungan yang dilalui ni selamat & di redhai. Tambah pula dengan restu orang tua. Hanya itu sebaik-sebaik pengharapan. Amin Ya Rabb...

Saturday, March 3, 2012

Saya ada kawan kahwin dengan adik ustaz popular

Pertama sekali, TAHNIAH !!! kepada coursemate Cik Lie ketika di UM, Nurul Syakirin kerana telah selamat menjadi seorang isteri kepada seorang yang tidak di sangka-sangka. Mula-mula Cik Lie menerima kad undangan, Cik Lie rasa macam kenal je bakal suami kirin ni. Tapi Cik Lie buat tak kesah je. Yela..mungkin pernah terjumpa atau perasan macam muka yang Cik Lie kenal. Hinggalah, Cik Lie tunjukkan kad pada roomate Cik Lie yang juga coursemate di UM juga. "Macam adik ustaz zamri je..yang jadi host akademi Al-Quran ngan GPS Iman tu". ZZzuupp..dengan gigih google nama penuh ustaz zamri. SAMA la bin dia. Menjeritlah kami keterujaan. Dan keesokan paginya, Cik Lie menerima private message dari kirin yang disertakan video ni. Tambah-tambah-tambah teruja dan kejelesan melihat pasangan. Ape-ape pun, SHE DESERVED FOR HIM =)



Alhamdulillah... Cik Lie berkesempatan menghadiri majlis belah perempuan di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya dengan beberapa coursemate yang lain. Sangat santai dan tenang majlisnya. Yang paling terharu bila pengantin yang bacakan doa. Syahdu sangat....Tapi tak sempat jumpa Ustaz Zamri pun. Kami jadi rombongan yang pertama bergambar dengan pengantin. Kirin sempat bisik pada Cik Lie, "Laili jangan jeles ye". Perrrgghhh...sempat lagi tu. cis...cis...

Tahniah Kirin & Zhafran. Didoakan moga bahagia dunia akhirat serta hidup penuh rukun. Doakan kami yang masih bujang terang tang tang lagi bersuluh ni beroleh jodoh yang baik macam kirin juga =)

Yup, tak dinafikan Cik Lie agak cemburu di situ. Syukur ada kawan-kawan yang saling menguatkan dalam hal ni. hehhee.. Perlu lebih perbaiki diri & berusaha ni ;)