Friday, September 3, 2010

Ingin? Suka? Cinta? = KELIRU????


Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, kerana dia akan dapat menuntun tanganmu”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Desire adalah berdasarkan nafsu. Nafsu yang memang lumrah bagi setiap manusia. Namun nafsu ini perlu dikawal. Berbalik kepada desire, apabila kehendak sudah dicapai, maka bertemu pengakhirannya. Desire comes to the end when people satisfied. Desire tidak kekal lama bahkan membahayakan andai tidak dijaga.

Dialog sebuah kisah : “ Now, you pilih dia atau I. I dah ada depan you skarang. Dah ada bersama-sama you. You masih nak harap doa & kata-kata dari orang yang tak ada depan you? You percaya semua tu? Sedangkan I ada dekat dengan you, you boleh ajak I keluar bila-bila you rasa perlukan teman, bila-bila you rasa tension. I akan sentiasa bersama-sama you selamanya dan lakukan apa pun untuk you. I swear !

Selalu kita dengar orang memuja? Orang suka dan admire? Saya kira, ini tergolong dalam bab `Like`. Suka kepada seseorang atas rasional tertentu. Jika suka berdasarkan rasional tertentu, andai ditakdirkan suatu hari nanti, perkara tertentu itu tidak rasional dan relevan lagi, masihkah ada suka?

Dialog seorang sahabat: “Aku rasa selama ni die juz suka kat kau. ok la..lebih sikit, sayang. Tapi die tak pernah cintakan kau. Kalau die cintakan kau, takkan die sampai hati nak maki-maki kau, list segala ape yang dia dah beri & buat untuk kau & lupa segala kenangan susah senang bersama kau. Aku tau kau takkan terpikir semua ni sebab kau cintakan die sedangkan die hanya sayangkan kau.”

Cinta kepada Allah pula menjadikan kita bahagia dan tenang. Bagaimana ketenangan dicapai? Ketenangan dicapai apabila kita mengawal kehendak dan desire. Andai memburu kehendak, pasti hati tidak tenang dan tidak puas. Maka belajarlah mengawal kehendak. Mudah mencapai peace in mind insyaAllah. Kerana cinta juga manusia sanggup melepaskan kehendak diri semata-mata. Love menjadikan hamba kepada Pencipta beribadat sepenuh masa, bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik. Cinta tidak menjadikan seseorang demand, tetapi lebih hebat memberi, walaupun tidak mendapatkan ganjaran atau pulangan. Atau tidak mengharapkan pulangan sekalipun. Cinta itu tidak pernah pudar bahkan bertambah mekar dari semasa ke semasa. Cinta itu kekal dan tidak luput.

Dialog seorang ustaz : “Alangkah bahagianya seorang lelaki itu apabila bakal isterinya menyimpankan sesuatu untuknya. Menyimpan di sini bermaksud menjaga dirinya, maruahnya & perasaannya walaupun dengan orang yang dicintainya. Cinta itu tidak perlu di tunjuk-tunjuk, cukuplah dapat di rasa dengan hati disulami akal fikiran. Itulah nikmat sebenar sebuah perkahwinan. Apabila kamu terlalu mencintai seseorang tetapi dia bukan untukmu, lepaskanlah dia dengan ikhlas & redha. Doakan kebahagiaannya. Moga kamu beroleh yang lebih baik & tenang”.

Hal yang sama turut disentuh oleh Sheikh Akram Al-Nadwi semasa ceramah tentang Love And To Be Loved di University of Cambridge.

You will not find a spouse that has all characters of your mother, your father, your friend etc, etc, etc. The partner will be a new person that would not replace the existing people in your life. This is why your relationship with the existing people will not end after you get married.

Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita. Jodoh itu milik Allah. Maka letakkan ianya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan.