Fuh...dah lebih seminggu diperam cerita ni. Kira dah basi dah pun.. takpe..takpe...mood nak berkongsi tu masih ada. So, Cik Lie ceritalah kronologinya bersama-sama gambar seperti diminta oleh peminat-peminat blog ni. (eh..ade ke??? ade kot..)
Sebelum hari kejadian
Event ni Cik Lie create tatkala orang lain dok bizi post event wedding masing-masing. Sebab taknak kalah, Cik Lie dengan suka rela mempoyokan diri untuk create event ni pada mereka yang berkaitan saje. Bukan ape pun, juz nak inform & dengan kesayangan-kesayangan Cik Lie ni je. Tak expect kesayangan-kesanyangan Cik Lie ni datang pun sebab time orang keje ni.
Di hari kejadian
Cik Lie merupakan first batch konvo di Dewan Besar, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City. Kampus ni sangat baru. Bau cat pun tak tanggal lagi.
Skrol Cik Lie disampaikan oleh Pro Canselor YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman bin Arshad. Takde rezeki nak ambik skrol dari Tunku Zara yang cantik de bomb tu sebabnya Cik Lie di sesi ke-4. Kat sini macam pelik sebab hanya pelajar PhD yang dapat skrol dari Canselor. Em... 4 tahun lagila kena tunggu... Tapi yang pelik, kenape pakcik yang tengah duduk tu snap picture Cik Lie guna ipad die??? musykil ni....
Keluarga terchenta Cik Lie, adik lelaki Cik Lie tiada dalam ini gambar kerana dialah photographer nya dan adik bongsu Cik Lie tak join sebab die kena sekolah. Cik Lie dedikasikan kejayaan ini hanya untuk mereka =)
Bersama kesayangan-kesayangan yang memeriahkan suasana (^^,)v
1. Bestbuddy zaman kanak-kanak rebina yang telah mengorbankan waktu shift yang patut digunakan untuk tidur. Terharu sungguh...malam nanti kalau ade patient report Dr.Syafiqah ngantuk-ngantuk, kesian die...
2. Photographer tidak berbayar yang telah ponteng kerja for my convocatio. hehhehe.. jangan marah ye incik Dzulikram. Hargai sangat sangat sangat <3
3. Rakan-rakan seperjuangan, C-la, Kak Ani & Kak Na. 4 tahun lagi kita konvo sesame lagi ye ;)
4 & 5. Pensyarah a.k.a Orang kuat disebalik kejayaan Cik Lie, Dr.Mai, Puan Nadia, Puan Norzu, Dr.Asikin & Puan Adah. Terima kasih atas segala sokongan & kasih sayang. =)
Bersama kesayangan-kesayangangan yang tak dapat join di hari kejadian
1. Disebabkanbanyak suggestion untuk celeb weekend, bertepatan pula weekend hari tu wedding senior Cik Lie (Kak Maisarah) + lecturer (Dr. Badrul Anuar). Maka, ke Melaka lah kita berhura-hurey. Ahli rombongan : Nik, Abg amir (my sifoo), mat azim, judeng, hilmi, nabilah, dila (kudozu), kak an & dayang.
2. Merujuk kepada entri ini, Cik Lie telah melawat beliau di rumah keesokkan harinya. Alhamdulillah..lega tengok dia dah beransur baik. Tak pastilah sama ada dia yang semakin kurus atau Cik Lie yang makin kembang. (ayat cover). P/s: kalau ko sihat aep, kompem kitorang dah angkut ko pegi melaka sekali. Tak syokla tak cukup korum~~~
3. Feels like alwayz 15. Yey!!!!!!!!!
Rasa macam nak konvo hari-hari kalau macam ni. Ada juga beberapa individu yang tiada dalam ini entri kerana gambar belum dapat sepenuhnya. Terutamanya, bestbuddy zaman kanak-kanak eton & jai, housemate tasya,shida, ayu, kak nisha, fared, yus, kak liz & kak fiza. kawan-kawan yang wish kat FB & Twitter. Thanks soooo much pada semua. Doakan kejayaan & kebagiaan Cik Lie seterusnya. I heart you <3<3<3