Korang pernah dengar perkataan 'Burnout'?. Mengikut kata incik Wiki, "Burnout is a psychological term for the experience of long-term exhaustion and diminished interest". Tak faham?? Senang cerita, burnout tu macam satu perasaan kita takde semangat, jadi pemalas mengalahkan panda, rasa emo yang tak tentu punca & rasa diri serabut tak tentu hala. Kronikkan??? Tapi, menurut supervisor Cik Lie, perasan tu tandanya Cik Lie normal. Huhuhu...
Walaupun normal, tapi kalau dah berpanjangan sampai mengganggu aktiviti harian & sosial dengan orang sekeliling ape ke hei nye yong??? Takkan la terus-terus nak jadi "manusia itu sentiasa dalam kerugian". Pejam celik pejam celik dah Februari dah ni Cik Lie oooiii... Supervisor Cik Lie cakap, untuk atasi burnout ni adalah dengan bercerita dengan orang. "Saya awal-awal dah cakap dengan suami saya, sejak zaman saya study 'kalau abang tak faham pun abang dengar je apa saya nak cerita ni". Betul juga.. kita bukan nak yang mendengar tu selesaikan masalah kita, kita cuma nak luahkan & burnout tu akan hilang dengan sendirinya. Selain tu adalah dengan berkongsi. Sepasang suami isteri yang merupakan kawan baik Cik Lie sejak zaman sekolah dah membuktikannya. Incik suami akan menghadapi pembentangan akhir (viva) untuk Master nya. Beberapa malam jugaklah incik suami hidupnya bagai disaster yang turut mengheret puan isteri bersama-sama tidur di depan laptop & kertas. Alhamdulillah... setel viva dengan jayanya =)
Ok, straight to the point. I think I need a PERSON who are really care. Someone who I can talk, who can listen, who can answer & who can act. Emm.. ya.. selain keluarga, Cik Lie ada ramai kawan-kawan yang sangat sayangkan Cik Lie. Tapi Cik Lie faham, life diorang dah berubah. Diorang ada komitmen dan 'orang' yang perlu diberi perhatian lebih. Orang cakap, kalau kita nak sesuatu, kita kena terlebih dahulu memberi. Cik Lie tak kisah & sangat hargai pada yang sudi share cerita/masalah dengan Cik Lie. Cik Lie boleh jadi pendengar yang baik. Tapi... kadang-kadang pada satu tahap, Cik Lie juga mahu didengari. Orang luar mungkin tengok Cik Lie seorang yang chill. Cik Lie manusia okey...ada up & down jugak. Mungkin ada yang kata "dah tak cerita, camne nak tolong/dengar ?". Hey... dah berapa lama kita kenal? Orang yang betul-betul ambil berat, kenal tak sampai seminggu pun boleh rasa perbezaan walaupun cara interaksi di alam maya. Cik Lie jenis yang kalau orang tanya baru Cik Lie jawab & my action is louder than my words. Haaa... macam panjang je Cik Lie meroyan ni. huhuhuhu... Lantaklah..blogspot ni sudi mendengar pun dah cukup bagos. huhuhuhuhhuuhuhuhuh~
Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Semoga hatiku cekal
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padaMu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya
Hanya padaMu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya