Monday, March 18, 2013

Crush!! Crush!! Crush!!

Aha..last entry bajet macam nak post berdas-das. Tapi entahlah...macam takde mood nak tulis.. Spirit down. Macam last entry jugak la..february syndrom gamaknye. Hwarrgghhhh~~~~ Em.. bukan ape, sometimes ade certain things yang kita nak share dengan specific person je,tapi... kadang-kadang kita rasa  the 'specific person' tak excited pun nak tau & share. Soooo..pujuk lah diri sendiri. How??? kita carilah seseorang yang kita tak perlu cerita panjang-panjang pun, tapi dia boleh cerita &nasihat & buat kita berfikir & buat kita tersenyum semula. Nak tahu siapa yang Cik Lie maksudkan? jeng jeng jenggggggg....


Aiman Azlan. Cik Lie baru bertemu beliau ketika sedang bersiar-siar di laman You Tube. Besih & suci sungguh muka mamat ni. Kebanyakkan Vlog yang dihasilkan adalah dari soalan yang dikemukakan melalui email. Orang Kelantan & belajar Psikologi kat Universiti Toronto, Canada. Patutla approach yang dia guna lebih 'soft'. Bahasa Inggeris dia sangat best. Kadang-kadang touching pulak especially "Tribute to my mom" dan "Incomplete". Emm... susah-susah sangat korang klik sini: aimanazlan90 channel . Kalau nak usha blog, klik Aiman Azlan. Fan page: Aiman Azlan

Anuar Hadi. Emm.. takdela follow video dia sangat sebab kurang ensem kot. huahuahuaaaa!!!! Takdela.. sometimes topik dia macam berat sikit. Tapi Cik Lie respect sebab dia memang rajin membaca & banyak benda dia tahu. Sebab tu dia boleh study TESL sampai ke Sydney. Video dia yang paling Cik Lie tak tahan #6 EwwW. Nak lebih, usha IniAnwarHadi channel. Blog tak sure, tapi fan page: IniAnwarHadi. Tu pun Cik Lie tak like. Kurang minat kan... hahhaha.. Tapi I still respect toing toing you bro!!!


Ahaaaa... he is my most favorite. Semua video dia Cik Lie dah layan. Ada sampai dah hafal skrip kot. kehkehkeh.. Sukesuki hati dia je nak cakap ape pun tapi semua make sense. No fave video sebab Cik Lie rasa semuanya best.So korang usha la kat matluthfi90's channel. Keluaran Curtin University, Perth dalam School of Built Environment. (architecture la kot). Blog dia: . ni semut. dia cakap dia takde FB page & twitter. Tapi Cik Lie like & follow jugak walau siapa pun admin nye. Dah suka kannnnnnnnnnnn =p


First impression about this guy, poyo gile dokte ni. Suka amik gamba sendiri depan cermin dengan pose camtu. hahahah... tapi yang peliknya, kenapa ramai kawan-kawan Cik Lie kat instagram like post dia. Cik Lie pun usha la... wahwahwahhhhh.... korang usha sendiri la kat ID dranwarfazal & Cik Lie harap korang pun rasa apa yang Cik Lie rasa terutamanya bila melibatkan hati, perasaan & cinta. Boleh jadi dokte cinta jugak ni. Untungla patient-patient kat Hospital Kuala Lumpur kannnnn.. Cik Lie tak follow FB dia sebab dia kena add friend. So, just follow blog: @ through myriad eyes tak pun twitter @DrAnwarFazal.


Huhu... cukup dah la kuota 4 Cik Lie ni. Kalau sehari tak view diorang ni, rasa tak complete plak hidup. Parok...parok.. tapi mana la tau kannnn.... semua pun single lagi. kehkehkehhhh. peace!!