Monday, February 11, 2013

Student vs working life

'Enjoy every moment as long as you are STUDENT'

Dulu time jadi 'pelajar', selalu pikir bestnye dah kerja. No exam, no class, no assignment. Bila dah kerja plak, pikir bestnya jadi student, banyak masa, boleh main-main, tak tension dengan bos & persekitaran kerja. MANUSIA... tak pernah puas kan?? 

Cik Lie plak dalam kategori separuh-separuh. Alhamdulillah.. Cik Lie sangat enjoy dengan life Cik Lie sekarang. Juz nak kena remind myself, jangan terlalu lalai dengan nikmat yang Allah bagi ni. Kadang-kadang, Allah tak uji kita hanya dengan dugaan. DIA juga uji kita dengan kesenangan. Beringat-ingatlah ye..

Kali ni Cik Lie nak share pasal 'Games Day' anjuran student Diploma Rekabentuk & Pembangunan Permainan UPSI. Cik Lie sebagai penyebok je yang tumpang berhura-hurey program yang sangat happening ni. Sudah semestinya Tuan besar program ni my beloved supervisor, Dr. Maizatul Hayati =)

Program yang berlangsung selama 3 hari (30/1/2013 - 1/2/2013) dipenuhi dengan macam-macam games (Xbox, PS2, PS3, EyeToys, Guitar Hero, Dota & Counter Strike), pertandingan (character design & sketching) serta pameran hasil kerja pelajar. Memang happening sangat. Bertuah diorang ni dapat rasa semua tu. Cik Lie pun terasa macam 19 tahun bila dah masuk dunia diorang ni. hehehhe..

Pada hari kedua, Cik Lie sempat menyelit satu slot testing untuk research Cik Lie berkaitan penggunaan teknologi kapasitif sentuhan (iPad) terhadap kanak-kanak. Kat sini Cik Lie pilih tadika UPSI & SK Methodist sebagai sampel. Penat jugak nak control kanak-kanak ni tapi fun sangat. Comel-comel plak tu!!! Terima kasih pada lecturer-lecturer dan fesi (pelajar sem 3 & sem 1) yang banyak bantu Cik Lie kumpulkan data. Hujung bulan ni kita BBQ okey ;)

 #Throwback zaman Cik Lie di UM dulu. Time tu ada satu kelab yang memang 'gah' la iaitu CCTAZ (Computer Club Tun Ahmad Zaidi). Dalam kelab tu, Cik Lie pegang unit Multimedia yang diwariskan oleh senior Cik Lie yang agak kamceng a.k.a president kelab. =p Nasib baik orang just gosipkan, 'ala..abang angkat ko tu la'. Hahah..last-last lekat sampai skang big bro & little sis. Nasib baik Cik Lie ngan wife die ok. So, tak pernah jadi isu. Program yang paling Cik Lie ingat adalah Karnival CCTAZ & Pesta Buku TAZ. TAZ (Tun Ahmad Zaidi) tu nama kolej kediaman kitorang. Selain jualan buku & peralatan komputer/gajet, ade jugak pertandingan games komputer. Bila bandingkan gambar waktu ni dengan yang sekarang, terasa bertapa lajunya teknologi tu. Pada karnval tu jugak, Cik Lie kena handle workshop edit gambar guna 'Fireworks'. Zaman ni orang tak guna dah. hahahaha. Pic no 8 tu, anak murid Cik Lie paling tekun sekali waktu itu a.k.a 'my history'. Tenkiu for ur support. Agak-agaknya wujud lagi tak kelab ni?? Kolej tu pun sekarang dah jadi kolej untuk foreigner je. Emmm...