Fuuhh..fuhhh..fuuuhhh... haaa.. tiup sawang sebulan punya pasal. Cik Lie tak update ape pun Januari lepas. Sibok bebeno atenye kununnn.. So, bulan Februari ni Cik Lie nak update secara berdas-das. Tapi cite yang bulan Januari la. Cite basi?? suke atila blog Cik Lie yang punye kan =p
Entri ni Cik Lie nak cerita pasal my BFF wedding + Terengganu Trip. Actually, mulanya Cik Lie tak plan pun nak ke Terengganu. Tapi bila geng-geng yang lain macam beria je. So, tetiba dah de plan. Senangkan masih single? hahahha =p Tambahan pulak FSKTMers lama tak beraktiviti together-gather dah. Asyik reunion kat majlis kawin je. Kiranya macam short vacation jugaklah untuk kitorang. Meh Cik Lie ceritakan ikot kranologi:
Hari Pertama
1. Kitorang konvoi 2 kereta. Kereta 1 golongan newly weds (aep+aien, nik+anum) & kereta 2 golongan bujang terang lagi bersuluh (Cik Lie, dila, azim) + dibujangkan seketika (epair). Dari KL-Kuantan Cik Lie yang drive & Kuantan-KT azim yang drive. Area KT, epair plak drive. Tenkiu dila bagi kitorang belasah kereta anda ye. hhehehe.. nanti dah berani drive, bawak kitorang round-round plak.
2. Sampai di KT tepat jam 8mlm. Tenkiu pada pihak pengantin sebab sponsor homestay yang sangat selesa untuk kitorang. Bilik ada 4. Disebabkan Cik Lie & dila masih gadis sunti, maka kami dapat master bedroom. Yey!!!
3. Lepas solat Isya', kami round-round keliling bandar KT sambil mencari tempat makan yang best. Akhirnya kami dinner di Pulau Duyong. Menarik juga sebab ada ikan bakar.
4. 'Under one roof'. Lawak kitorang zaman UM dulu time 'lari' dari fire drill jadi kenyataan la plak.
Hari Kedua
5. Mulanya semua macam nak turun pantai lepas subuh. At last, Cik Lie & dila je bangun. Dila memang beria nak capture sun rise ngan ipod5 & samsung NX1000. Cik Lie plak, dalam kepala tak abis-abis 'nak pegi pata!!! nak pegi pata!!! denungggg' . So, kitorang berdua pun menuju la ke Pantai Batu Burok. Tak boleh mandi pun~~~ Lepas ambil angin & gambar, kitorang pergi Pasar Payang plak. Tapi kedai kain tak bukak lagi time tu. Selamat duit Cik Lie. =p
6. Dalam pukul 12.30 kitorang menuju ke Taman Tamadun Islam. Perghh... besar betul dewan konvensyen ni. Kereta plat 2 digit berderet je. Memang grand la. 'Rugi aku tak ngorat ko dulu judeng'. keskeskes
7. Ade member komen, 'Semacam je gaya cik lie grib tngn pengantin perempuan'. Haa.. actually Cik Lie touching sikit la dengan diorang ni. Sebabnya..nanti Cik Lie ceritakan kat bawah ni
8. Lepas balik wedding, sebagai anak jati KT yang berkhidmat untuk orang kampung, Syu bawak kitorang jalan-jalan cari kepok, sata & seafood celop tepung kat kawasan Tok Beng & belakang airport. Kesian kat Syu yang kepenatan setelah semalaman oncall. Zuri pun kena cepat balik Temerloh sebab shift malam. Owh ye, kitorang pun tak tahu camne bdk komp & bdk perubatan time kat UM dulu memang kamceng. Hasil yang berjaya adalah epair. Even wife die bizi kat spital, nasib baik wife die cool kitorang nak pinjam dia hurahurey. Itulah pentingnya bila pasangan kita boleh terima kawan baik kita. Kita pulak mestilah appreciate TRUST tu =). Aimi, kitorang dah pulangkan epair cukup kaki tangan dah. heheheheh
9. Cik Lie sempat jugak solat di masjid yang gah dengan ke kristalan nye. Tapi dah macam hiasan la plak masjid ni sebab kat dalam macam biasa je. Kecik je pun.
Ok.. sekarang Cik Lie nak cerita pasal yang no.7 tu. Mulanya macam ni.. judeng selalu share dengan Cik Lie dimana familinya nak jodohkan dengan anak kenalan familinya yang dia tak pernah jumpa pun. Dia macam tension jugaklah setiap kali parents dia call, asyik-asyik tanya ada contact girl tu tak. Cik Lie dah stalk girl tu, dan Cik Lie rasa girl tu jenis yang baik-baik. So, Cik Lie memandai-mandai je bagi tips kat Judeng apa yang dia perlu buat. Tiap kali Judeng buat apa yang Cik Lie suggestkan, dia akan update pada Cik Lie. Alhamdulillah.. dah memang jodoh diorang, kenal awal tahun, tunang tengah tahun, kawin awal tahun 2013. Tahniah Mohd Izzudin & Tengku Nur Haqimah. Moga beroleh keluarga sakinah+mawaddah+warahmah =)
Aha.. selain judeng, 4 lagi geng FSKTMers dah selamat bergelar suami orang. Diorang ni memang dah plan nak settle down secara berjemaah. Yang nak jadi isteri orang pulak semua dah cop tahun ni termasuklah Cik Lie. Tapi Cik Lie masih dalam 'harapan' lagi. Hahahha.. Last one standing to be the best & beat the rest!!! (pujuk diri sendiri)
10. Nik Zakiudin (Nik) & Zakiah Hanum - Wedding yang sangat proper & rileks. Hasil gabungan berjaya fak komp & fak sains UM.
11. Wan Nazirul Hafeez (oneZ) & Nursyahirah Ilyana - Wedding yang rasa macam duduk dalam batalion sebab buat kat dewan PDRM. Hasil gabungan berjaya fak komp & fak pengajian Islam UM
12. Mohd Azwan & Izzati - Wedding kampung style yang meriah. Pior dari fak engineering. Cik Lie kamceng dengan diorang pun sebab join aktiviti UM.
13. Muhammad Ariff & Jasyin - Wedding dalam taman di FRIM. Couple-pause-couple (in one year) -> married. Jodoh & amanah dari Allah =)