Kali ni Cik Lie bukan lagi bertindak sebagai Bidan Terjun, tapi Cik Lie telah di cop 2 bulan awal untuk menjadi pengapit pada pasangan best buddy Cik Lie di zaman gila-gila remaja sekolah menengah dulu. Flash back kesah percintaan mereka yang bermula seawal usia 15 tahun dan bertahan sehingga selamat bernikah pada 27/4/2012 yang lalu membuatkan Cik Lie sangat-sangat tabik spring-spring pada keduanya. Kedua pasangan bukanlah dari sekolah yang sama, tetapi jodoh menyatukan segalanya. Dan dalam kesah percentaan mereka ini, watak Cik Lie hanyalah sebagai peneman ketika sesi 'blind date' mereka yang pertama. Kalau nak diceritakan kesah mereka ni panjang sangat. Ape-ape pun Alhamdulillah...semuanya telah selamat =) Dalam entri ni Cik Lie cuma nak kongsi pengalaman kedua Cik Lie sebagai pengapit. Yang seronoknya, Cik Lie telah di 'sponsor' 2 pasang kain untuk dipadankan dengan tema majlis. Dapatlah Cik Lie buat baju kurung moden & baju kurung pahang. hehhehe... Majlis berlangsung dalam suasana kampung. Cik Lie pun tak kekok kerana kenal dengan keluarga kedua pengantin terutamanya sebelah perempuan. Di sini Cik Lie share beberapa gambar untuk di layanzzz...
Perarakkan pengantin di kenduri sebelah lelaki
Part yang paling best, dua hari berturut-turut makan hidangan pengantin dengan girangnya
Sesi usik-mengusik pengantin yang malu-malu kucing ni di majlis belah pengantin perempuan
Tahniah kepada Mohd Haidar & Nor Zuraida. Moga ikatan perkahwinan yang suci ini kekal sepanjang hayat. Moga melekat jugakla berkat kome kat aku ye.. Amin Ya Rabb...
Tak sah kiranya, jika sesuatu yang berlaku pada Cik Lie ade connection jugak dengan geng-geng kat UM. Dah sememangnye kami ni mempunyai 'ikatan kimia' yang kuat kot. Hahahah... Tetiba, one of my BFF post something yang pada kami yang asyik juin kenduri orang tapi kenduri sendiri entah bilenye. Maka terhasillah idea ini =p