Sunday, April 22, 2012

Latihan intensif bersama Cik Lie

21/4/2012

Situasi : Oleh kerana perancangan yang sepatutnya terpaksa ditangguhkan, Cik Lie telah mengajak dia ke rumah makcik Cik Lie untuk makan tengah hari. Mulanya dia berasa sangat cuak dan segan. Cik Lie cakap, "ala...warming up sebelum jumpa parents. Okey kan??". Okey, dia setuju. 
Respond : pak cik Cik Lie rancak berborak dengan dia pasal pelaburan emas & mak cik Cik Lie bekalkan dia dengan sayur kampung & 2 anak pokok buah markisa.

22/4/2012

Situasi : Alang-alang mengikut dia survey kereta baru di Selayang, Cik Lie mesej BFF Cik Lie ajak minum-minum di Domino Selayang Jaya di samping sesi intro antara dia & BFF Cik Lie. Seperti biasa, BFF Cik Lie yang bajet hebat ni telah memberikan beberapa tips kepada dia kononnya sebagai bekalan berguna.
Respond : "ensem & cool..aku approve & bless b upon u both.. hee =D umur bukan ukuran, tapi iman di dada..make sure solatnya x tggl" (via iPhone)