Thursday, November 10, 2011

Mari Berguru Dengan Terfaktab ;)

Kali ini, Cik Lie nak cuba nasib pula dalam pertandingan luahan rasa bersama Terfaktab (suka suki Cik Lie je bagi nama. Ada hadiah bonus tak? ;p)

Detik perkenalan pertama Cik Lie dengan Terfaktab berlaku secara kemalangan sahaja. Bak kata orang kulit putih, accidentally in love la kan (eh..macam lagu dalam cerita Shrek plak!!! - teruja lebih T_T). Mulanya, seorang kawan kamceng Cik Lie share di FB post 1 entri dari Terfaktab dan Cik Lie dengan spontannya bagi komen macam ni :


Sesi komen mengomen berlaku dengan agak panjang dan satu persatu post dari Terfaktab ni di share kan untuk memperkukuhkan hujah (pergh...) Untuk tidak mahu kalah, satu persatu 'You might also like' Cik Lie klik. Akhirnya, dua-dua menang. (Boleh plak gitu, kira boleh la..).

Bertepatan pula Cik Lie dalam recovery stage dalam sebuah kisah percintaan yang agak tragis. (Cik Lie je yang rasa camtu sebab ia berlaku dalam hidup Cik Lie, bukan hidup orang lain.) Cik Lie rasa, Terfaktab ni macam terapi buat Cik Lie. Kadang-kadang tak terkira berapa kali Cik Lie sebut 'ooo..' , 'patutlah...', 'cis..macam tu rupenya'... dan seangkatan dengannya yang seolah-olah Cik Lie baru terbangun dari mimpi dan angan-angan indah yang akhirnya tersedar disebabkan kena simbah dengan sebaldi air.

Oleh kerana penulis dalam Terfaktab ni ramai, maka idea tu taklah narrow sangat. Setiap penulis ada cerita & penceritaan yang tersendiri dan Cik Lie rasakan Terfaktab ni sangat jujur. Ya.. perkataan terbaik adalah JUJUR. Cik Lie tak tahu nak gambarkan istilah jujur tu macam mana, tapi yang pasti penulis dalam Terfaktab ni tentu puas hati apabila dah menyampaikan apa yang bermain-main dalam hati & fikiran dan apabila dibaca oleh pembaca, ia membuatkan pembaca turut merasainya. Kadang-kadang terasa 'terkena kat hidung sendiri' pulak =p (adeh...sakit tapi sedap)

Akhir kata (aik..macam ucapan plak), SeLaMaT UlaNg Tahun PeRTaMa buat TerfaktaB. Moga terus menghasilkan penulisan yang bermanfaat untuk semua. Sudi-sudilah terima hadiah ni ye ;)


(p/s: Maaf, Cik Lie tak available kan function komen, jangan malu segan untuk hantar email @life_farhana@yahoo.com)