Tuesday, November 29, 2011

Cinta itu kadang-kadang pelik

Sebenarnya entri ni macam luahan rasa Cik Lie pada seorang kenalan yang Cik Lie agak faham situasinya dan mungkin perasaannya. Namun, Cik Lie tak mahu di cop 'mulut longkang' atau pun 'batu api' walau pun dalam hati Cik Lie ni membuak-buak perasaan mahu berkongsi rasa dengan kenalan ni.

Dipendekkan cerita, kenalan Cik Lie ni merupakan bekas kekasih rakan maya Cik Lie sejak 4 tahun dulu. Pertama kali kami berjumpa pun ketika Cik Lie menghadiri konvokesyen mereka di sebuah IPTA tempatan. Cik Lie lebih rapat dengan rakan maya Cik Lie ini berbanding kenalan kerana rakan maya Cik Lie ni lebih terbuka berbicara tentang CINTA dengan Cik Lie yang tak pernah dia jumpa dan mendengar suara. Hanya melalui laman sosial dan SMS sahaja. Memang mengejutkan apabila alih-alih, rakan maya Cik Lie bagitahu yang dia sudah putus dengan kenalan Cik Lie ni pada aidilfitri yang lalu. Namun, punca perpisahan biarlah dia dan kenalan Cik Lie itu sahaja yang tahu katanya. Cik Lie hormati pendiriannya.

Lupa nak declare plak, rakan maya Cik Lie tu adalah seorang lelaki manakala kenalan Cik Lie tu pula adalah perempuan. Maka, Cik Lie selalu nampak kenalan Cik Lie ni post macam-macam status kat FB yang menampakkan bertapa dia patah hati dengan rakan maya Cik Lie ni. Tapi, Cik Lie tak pernah menyampuk hatta 'like' apa-apa status kerana khuatir dianggap bersorak bertepuk tangan dengan perpisahan mereka. Tambahan pula, rakan maya Cik Lie pernah bagitahu Cik Lie yang kenalan Cik Lie ni pernah cemburu melihat Cik Lie ketika pertama kali berjumpa dulu. Cute katanya, risau Cik Lie cantas boyfriend dia. (tak tahu la betul atau saja nak test, sorry.. i'm not type of person =)) Tapi orang lelaki biasalah, macam tiada apa-apa berlaku pun. Maintain =)

Dua tiga menjak ni, ticker kat FB ni selalu pula muncul satu nama yang selalu menghantar post pada wall rakan maya Cik Lie ni. Tanpa mahu tuduh & membuat andaian bukan-bukan, Cik Lie pun memulakan edisi siasat+terjah terhadap rakan maya Cik Lie ni melalui YM. Banyak jugak yang Cik Lie dapat melalui terjahan ni, antaranya :


Kadang-kadang, punca lelaki tertarik dengan wanita memang pelik dan ia boleh berlaku dengan sekelip mata. Wanita pula mudah tertarik dengan apa yang mereka nampak (sememangnya rakan maya Cik Lie ni agak kacak dan bekerjaya hebat) tanpa mereka mahu benar-benar kenal dengan seseorang yang mereka ingin serahkan jiwa dan raga mereka.


Sememangnya perhubungan yang melibatkan restu keluarga itu amat berkat dan penting. Beruntunglah mereka yang mendapat persepsi yang baik ketika pertemuan pertama. Tapi yang menjadi pelik disini pertemuan pertama yang mulanya berlandaskan syariat Islam boleh terus bertukar pada pertemuan kedua. Mengikut adatnya juga, pihak lelaki juga perlulah membuat perkara yang sama, namun 'masih mencari masa yang sesuai' di jadikan alasan. Haish.. mungkin tuntutan kerja menjadi masalah kot (cuba bersangka baik)

Secara jujurnya, Cik Lie tidak mengenali rakan maya Cik Lie ni seperti Cik Lie mengenali rakan-rakan rapat Cik Lie yang lain walaupun persahabatan kami sudah 4 tahun di atas talian. Sepanjang yang Cik Lie kenal, dia merupakan seorang lelaki yang baik. Maka, sebagai seorang sahabat, hanya secebis nasihat dan doa moga dia telah membuat pilihan yang tepat.

Berkenaan kenalan Cik Lie tu, walaupun perkenalan kami sangat singkat dan hanya ada sekadar memeriahkan friend list di FB, Cik Lie juga tahu dia merupakan wanita yang baik dan tabah. Dia juga beruntung dikelilingi orang-orang yang sayang padanya. Cik Lie juga tahu, dia berusaha keras untuk 'sembuh'. Cik Lie doakan dia terus tabah dan berjumpa pengganti yang lebih baik. Sesungguhnya, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya =)