Tuesday, November 29, 2011

Cinta itu kadang-kadang pelik

Sebenarnya entri ni macam luahan rasa Cik Lie pada seorang kenalan yang Cik Lie agak faham situasinya dan mungkin perasaannya. Namun, Cik Lie tak mahu di cop 'mulut longkang' atau pun 'batu api' walau pun dalam hati Cik Lie ni membuak-buak perasaan mahu berkongsi rasa dengan kenalan ni.

Dipendekkan cerita, kenalan Cik Lie ni merupakan bekas kekasih rakan maya Cik Lie sejak 4 tahun dulu. Pertama kali kami berjumpa pun ketika Cik Lie menghadiri konvokesyen mereka di sebuah IPTA tempatan. Cik Lie lebih rapat dengan rakan maya Cik Lie ini berbanding kenalan kerana rakan maya Cik Lie ni lebih terbuka berbicara tentang CINTA dengan Cik Lie yang tak pernah dia jumpa dan mendengar suara. Hanya melalui laman sosial dan SMS sahaja. Memang mengejutkan apabila alih-alih, rakan maya Cik Lie bagitahu yang dia sudah putus dengan kenalan Cik Lie ni pada aidilfitri yang lalu. Namun, punca perpisahan biarlah dia dan kenalan Cik Lie itu sahaja yang tahu katanya. Cik Lie hormati pendiriannya.

Lupa nak declare plak, rakan maya Cik Lie tu adalah seorang lelaki manakala kenalan Cik Lie tu pula adalah perempuan. Maka, Cik Lie selalu nampak kenalan Cik Lie ni post macam-macam status kat FB yang menampakkan bertapa dia patah hati dengan rakan maya Cik Lie ni. Tapi, Cik Lie tak pernah menyampuk hatta 'like' apa-apa status kerana khuatir dianggap bersorak bertepuk tangan dengan perpisahan mereka. Tambahan pula, rakan maya Cik Lie pernah bagitahu Cik Lie yang kenalan Cik Lie ni pernah cemburu melihat Cik Lie ketika pertama kali berjumpa dulu. Cute katanya, risau Cik Lie cantas boyfriend dia. (tak tahu la betul atau saja nak test, sorry.. i'm not type of person =)) Tapi orang lelaki biasalah, macam tiada apa-apa berlaku pun. Maintain =)

Dua tiga menjak ni, ticker kat FB ni selalu pula muncul satu nama yang selalu menghantar post pada wall rakan maya Cik Lie ni. Tanpa mahu tuduh & membuat andaian bukan-bukan, Cik Lie pun memulakan edisi siasat+terjah terhadap rakan maya Cik Lie ni melalui YM. Banyak jugak yang Cik Lie dapat melalui terjahan ni, antaranya :


Kadang-kadang, punca lelaki tertarik dengan wanita memang pelik dan ia boleh berlaku dengan sekelip mata. Wanita pula mudah tertarik dengan apa yang mereka nampak (sememangnya rakan maya Cik Lie ni agak kacak dan bekerjaya hebat) tanpa mereka mahu benar-benar kenal dengan seseorang yang mereka ingin serahkan jiwa dan raga mereka.


Sememangnya perhubungan yang melibatkan restu keluarga itu amat berkat dan penting. Beruntunglah mereka yang mendapat persepsi yang baik ketika pertemuan pertama. Tapi yang menjadi pelik disini pertemuan pertama yang mulanya berlandaskan syariat Islam boleh terus bertukar pada pertemuan kedua. Mengikut adatnya juga, pihak lelaki juga perlulah membuat perkara yang sama, namun 'masih mencari masa yang sesuai' di jadikan alasan. Haish.. mungkin tuntutan kerja menjadi masalah kot (cuba bersangka baik)

Secara jujurnya, Cik Lie tidak mengenali rakan maya Cik Lie ni seperti Cik Lie mengenali rakan-rakan rapat Cik Lie yang lain walaupun persahabatan kami sudah 4 tahun di atas talian. Sepanjang yang Cik Lie kenal, dia merupakan seorang lelaki yang baik. Maka, sebagai seorang sahabat, hanya secebis nasihat dan doa moga dia telah membuat pilihan yang tepat.

Berkenaan kenalan Cik Lie tu, walaupun perkenalan kami sangat singkat dan hanya ada sekadar memeriahkan friend list di FB, Cik Lie juga tahu dia merupakan wanita yang baik dan tabah. Dia juga beruntung dikelilingi orang-orang yang sayang padanya. Cik Lie juga tahu, dia berusaha keras untuk 'sembuh'. Cik Lie doakan dia terus tabah dan berjumpa pengganti yang lebih baik. Sesungguhnya, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya =)

Monday, November 28, 2011

Selamat Tahun Baru =)

Salam Maal Hijrah 1433 pada semua rakan-rakan =) Alhamdulillah..kita semua masih di panjangkan umur dan masih diberi peluang dan ruang oleh Allah untuk terus memperbaiki diri. Seperti kebiasaan, SMS ucapan dan doa saling diutuskan kepada rakan-rakan rapat sebagai tanda ingatan. Azam tahun baru? Rasanya lebih molek jika di simpan sendiri. Cuma, kali ni Cik Lie nak share sebuah novel yang Cik Lie sempat rembat dari adik Cik Lie pada 1 Muharam ni. Novel tu macam ni
Hasil tulisan Dr. Farhan Hadi bersama isteri tercinta Puan Fatimah Syarha amat menarik perhatian Cik Lie. Secara jujurnya, Cik Lie sememangnya memandang tinggi kerjaya kedoktoran ini kerana pada Cik Lie hanya yang terpilih sahaja mampu meneruskan kerjaya ini dengan cemerlang. Cik Lie juga mempunyai ramai rakan dan kenalan yang berada di dalam lapangan ini dan suatu ketika dulu juga cuba untuk memahami dan mendalami kahidupan seorang doktor. Di sini Cik Lie bukan teruja dengan kehebatan kerjaya ini, tetapi yang lebih menarik perhatian Cik Lie adalah bagaimana Dr.Muslih (watak utama) mengamalkan ilmu kedoktorannya dalam menegakkan Islam berlandaskan prinsip dan cara hidup masa kini yang amat mencabar disamping persekitaran dan orang-orang disekeliling yang bermacam ragam. Lebih mengujakan bagaimana dia mampu menahan diri dari godaan dunia dan tawakalnya pada urusan jodoh. Secara ringkasnya, sinopsisnya adalah seperti ini:

Denyut kasih medik merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman) . Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu - isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita -cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta.


Novel ini bagaikan satu suntikan untuk Cik Lie sempena tahun baru ini dimana segalanya bermula dari diri kita sendiri. Semoga Allah memudahkan segala impian dan cita-cita Cik Lie. Amin Ya Rabbal Alamin... =) Di sini juga Cik Lie kongsikan suatu petikan dari novel ini untuk rakan-rakan semua beroleh manfaatnya :

Kenapa memilih untuk menjauhkan diri daripada Allah sedangkan Allah mengujimu sebagai tanda cintaNya. Dia memberi peluang untuk sebuah keampunan. Hargailah dengan mengeratkan hubungan denganNya.

Wednesday, November 16, 2011

Hey Best Buddy.. Moga Cepat Sihat


Cik Lie tak tau nak tulis ape coz masih 'shock'. Ape-ape pun juz bekalkan dia dengan video ni dengan harapan everything will be fine soon & dia terus kuat

Thursday, November 10, 2011

Mari Berguru Dengan Terfaktab ;)

Kali ini, Cik Lie nak cuba nasib pula dalam pertandingan luahan rasa bersama Terfaktab (suka suki Cik Lie je bagi nama. Ada hadiah bonus tak? ;p)

Detik perkenalan pertama Cik Lie dengan Terfaktab berlaku secara kemalangan sahaja. Bak kata orang kulit putih, accidentally in love la kan (eh..macam lagu dalam cerita Shrek plak!!! - teruja lebih T_T). Mulanya, seorang kawan kamceng Cik Lie share di FB post 1 entri dari Terfaktab dan Cik Lie dengan spontannya bagi komen macam ni :


Sesi komen mengomen berlaku dengan agak panjang dan satu persatu post dari Terfaktab ni di share kan untuk memperkukuhkan hujah (pergh...) Untuk tidak mahu kalah, satu persatu 'You might also like' Cik Lie klik. Akhirnya, dua-dua menang. (Boleh plak gitu, kira boleh la..).

Bertepatan pula Cik Lie dalam recovery stage dalam sebuah kisah percintaan yang agak tragis. (Cik Lie je yang rasa camtu sebab ia berlaku dalam hidup Cik Lie, bukan hidup orang lain.) Cik Lie rasa, Terfaktab ni macam terapi buat Cik Lie. Kadang-kadang tak terkira berapa kali Cik Lie sebut 'ooo..' , 'patutlah...', 'cis..macam tu rupenya'... dan seangkatan dengannya yang seolah-olah Cik Lie baru terbangun dari mimpi dan angan-angan indah yang akhirnya tersedar disebabkan kena simbah dengan sebaldi air.

Oleh kerana penulis dalam Terfaktab ni ramai, maka idea tu taklah narrow sangat. Setiap penulis ada cerita & penceritaan yang tersendiri dan Cik Lie rasakan Terfaktab ni sangat jujur. Ya.. perkataan terbaik adalah JUJUR. Cik Lie tak tahu nak gambarkan istilah jujur tu macam mana, tapi yang pasti penulis dalam Terfaktab ni tentu puas hati apabila dah menyampaikan apa yang bermain-main dalam hati & fikiran dan apabila dibaca oleh pembaca, ia membuatkan pembaca turut merasainya. Kadang-kadang terasa 'terkena kat hidung sendiri' pulak =p (adeh...sakit tapi sedap)

Akhir kata (aik..macam ucapan plak), SeLaMaT UlaNg Tahun PeRTaMa buat TerfaktaB. Moga terus menghasilkan penulisan yang bermanfaat untuk semua. Sudi-sudilah terima hadiah ni ye ;)


(p/s: Maaf, Cik Lie tak available kan function komen, jangan malu segan untuk hantar email @life_farhana@yahoo.com)

Wednesday, November 2, 2011

What's on your mind?

First time Cik Lie usha gambar ni kat blog favorite Cik Lie, zzuuupppp... from my mind is this video by Yuna =)




Dari dua media ni (gambar+video), Cik Lie lebih teruja untuk bercerita tentang warna. Warna bukan saja ada 12, 24 atau 36 jenis yang selalu kita jumpa dalam LUNA, STABILO, FABER CASTEL dan seumpamanya atau pun 16 juta palet warna dalam komputer. Ia lebih dari itu. Infiniti... Terpulang pada individu untuk melihat dan mengkelaskan jenis warna itu. Sama ada mereka suka atau tidak. Cita rasa manusia berbeza rite? ;)

Kat sini Cik Lie nak share sikit tentang Warna melalui perspektif Cik Lie. Kat sini takde butang 'Like' or 'Share' pun. Just mencedok sedikit quote seorang member "UnMaNaGe LiFe To MaNaGe; SoMeTiMeS LoOk iN BaD PeRsPecTiVe FoR GoOd PrOsPeCt"

Warna Persahabatan : Ada orang cakap, nak mengenali sahabat tu adalah apabila dia pernah menjadi roomate/housemate/classmate/coursemate/ dan segala mate lebih dari 3 tahun (tak tahu la kot ade kajian sahih) coz sepanjang tempoh tu kita boleh tengok true colour dia. Yelah..kawan ketawa ramai, kawan bersedih kadang-kadang tak ada. Ada juga yang berkawan dengan kita sebab ade motif dan strategi, alih-alih tikam belakang kawan. Tarak baik itu macam wooo...

Warna Perhubungan : Warna dalam perhubungan boleh diibaratkan bagaikan tone, ada yang bermula dengan terang benderang, tapi dek kerana masa & jarak, tone warna tu semakin pudar akhirnya gelap gelita. Ada juga yang bermula dengan warna basic je, at last memancar-mancar warna pelaminnya. Seronokkan =)

Warna Kehidupan : Hidup ni bukan sepanjang masa nak ada warna terang benderang 20km boleh nampak macam oren, merah dan kuning je. Tak thrill la kalau dalam warna kehidupan tu takde tompok-tompok kelabu atau hitam sikit. Baik jadi boneka kalau sepanjang masa nak happy je. Yang penting positif & never give up. Kita yang tentukan warna hidup kita. Allah uji pun sebab dia sayangkan kita =)

Warna Minda : "Kau ni tak senonoh betul la!! otak kuning!!" Nah, dengan warna pun orang boleh wakilkan otak kita. Suka hati diorang je kan. Tapi Cik Lie pernah cuba jawab 'test' kat web What Color Is Your Mind ni, dan keputusannya sangat menarik.(ngeri jugak otak warna ungu ni~~~) Korang cubalah jugak ye =)



Warna Diri : Warna diri ni lebih kurang macam warna minda jugaklah. Cuma kalau sesiapa yang rajin ikut ceramah / kelas dari pakar-pakar motivasi terutamanya Dato Fadzilah Kamsah, tentu boleh 'eksyen' konon macam ahli nujum. Tapi ingat... don't judge a book by its cover colour (sukasuki Cik Lie je~). Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya. Nobody perfect but we can try to be the best =)

Warna Alam : Kawan-kawan pernah dengar cerita " Burung Merak Dan Burung Gagak" ?. Zaman Cik Lie masih berhingus dulu, memang agak terpengaruh jugak lah dengan cerita ni. Kesian sangat-sangat dekat gagak tu. Tiap kali jumpa merak dekat zoo, mesti marah kat merak tu =p SubhanaAllah.. salah satu cara untuk mengenal Allah adalah dengan melihat kejadian alam. Moga keimanan kita sentiasa teguh =)

Setakat ni yang Cik Lie dapat intrepetasikan dari lukisan En. Fadhli Hamdan ni. Cik Lie cuma nak share apa yang Cik Lie nampak dan moga ia membawa kebaikan kepada semua ;)
(p/s: Maaf, Cik Lie tak available kan function komen, feel free to email me @life_farhana@yahoo.com)

Tuesday, November 1, 2011

Waktu untuk mengenal Dunia

Sekarang ni, updates FB penuh dengan album & status kawan-kawan pergi vacation. Eh..eh.. ingat Cik Lie je berhura-hurey minggu lepas, rupanya ramai jugak yang ambik kesempatan 'berdeepavali' di tempat-tempat yang chantek dan syiok. Lagi mengujakan, bukan takat domestic vacation je, ramai yang dah vacation kena buat pasport. Paling kurang macam ke Singapore, Thailand, tak pun macam Cik Lie ke Indonesia. hehhe.. Thanks pada yang upload picas tu coz at least bole survey-survey tempat best for next trip planning =) Tambah lagi best boleh tukar ole-ole. Bajet macam dah pernah pergi jugak la kan. =p em.. plan macam nak buat umrah, tapi parents kata lebih berbaloi buat haji terus. Tapi kalau haji kena queue at least 5 tahun kalau ikut TH. Ape-ape pun kita daftar dulu ;)


Some of ole-ole yang Cik Lie terima dari kawan-kawan yang dah berjalan-jalan melihat alam. Thank You Very Much korang =)