1. Perkara pertama yang Cik Lie perasan, mejoriti penduduk kat sini pakai kereta jenis Toyota (Avanza), Honda (Jazz), Daihatsu, Mitshubishi & Nissan. Teksi pun pakai Vios. Mula-mula tu, kagum jugak lah. Tapi sebenarnya diorang beli kereta besar-besar sebab ahli keluarga yang ramai. Pastu, kalau tak cukup 3 orang, diorang tak boleh bawak kereta. Diorang kena gunakan pengangkutan awam macam tut tut atau angkutan kota. Waktu laluan pun ade jadualnya. Tak boleh suka suki je. Ini untuk kurangkan kesesakan yang memang melampau. Bayangkan, 2 line bole jadi 4 line, jarak antara kenderaan lebih kurang sejengkal je. Tu tak campur dengan motor-motor yang menyelit. Memang kena ada skill tinggi nak drive kat sini.
2. Makanan yang popular kat sini adalah jenis masakan Padang dan Sunda. Masakan Padang ni lebih kepada daging-daging manakala Sunda lebih kepada sayur-sayuran. Sebab tu orang Sunda ni cantik-cantik sesuai dengan perkataan Sunda (Suka Dandan). Diorang, bangun pagi je terus bersolek pastu buat aktiviti harian, pastu baru mandi.
3. Gaya hidup diorang ni sangat kontra. Kalau kaya, sangat kaya. Lepas tu boleh plak duduk bersebelahan dengan orang miskin yang duduk kat rumah setinggan dan kotor. Sama jugak dengan pegangan agama, ada yang sangat alim dan ada yang sembahyang 2 kali je setahun (sembahyang raya). Tu pun sebab segan dengan jiran.
4. Orang miskin kat sini sanggup buat apa saja untuk survive. Kat sini, hanya yang ada skill je yang mampu dapatkan pekerjaan. Kagum juga dengan semangat untuk survive diorang tu sampaikan jatuh kesian. Ada seorang makcik ni, dia tanya pada seorang budak yang jual anak patung kenapa tak sekolah. Budak tu cakap 'tidak ada duit buk mahu sekolah'. So, mak cik ni bagilah duit nak sedekah tanpa beli barang, tapi budak tu tak nak terima sebab dia kata dia bukan nak mintak sedekah, dia nak berniaga. Orang kita ada macam tu???
5. 'Putus pacar itu biasa, putus rokok itu luar biasa'. Hahaha..memang pencemaran udara betul kat sini. Mana taknya, kat sini sekotak lebih kurang Rp 10K (RM 3++) je. Kilang Gudang Garam dia pun punya lah besar...
6. Indonesia kaya dengan seni, cerita lagenda dan kepercayaan. Ada yang bela anjing (walaupun Islam) untuk halau roh jahat. Setiap pagar pejabat kerajaan mesti ada arca yang menunjukkan kekuasaan. Sejarah pun diorang gambarkan melalui arca dan tugu.
7. Perbezaan waktu antara Malaysia dan Indonesia adalah 1 jam. Malaysia cepat sejam. Tapi kat sana, pukul 5 pagi dah macam 8 pagi cerahnya. Pukul 5 petang dah macam pukul 7 petang. Waktu masuk pejabat macam kat Malaysia jugak, juz orang kerajaan kerja 6 jam dan orang swasta kerja 8 jam. Kalau 7.30 diorang tak sebut tujuh setengah tapi diorang sebut 30 lewat 7. Pening jadinya~~
8. Kalau kita baca surat kabar diorang susah nak faham sebab diorang suka guna short form. Contohnya Nakoba ( Nakotik Obat Bahaya a.k.a dadah), Tandas Lensi (Tanda Lanjut Usia a.k.a warga tua), Letjen ( Leftenan Jeneral), Kelamu (Kelapa muda) dan banyak lagi.
9.Fesyen muslimah kat sini cantik-cantik. Juz yang tak cantik, diorang suka pakai seluar ketat walau pun baju & tudung labuh sampai lutut. (tak semua). Lagi 1 yang tak bestnya, kalau kat surau-surau, tempat solat lelaki dan perempuan campur. Terkejut seorang ahli rombongan tu bila tengah solat, ade lelaki solat sebelah dia. Tempat ambil wudu' pun terbuka.
10. Kalau nak membeli-belah kat sini kena pandai tawar. Kena survey dulu, jangan terus beli. Kadang-kadang dia letak harga tinggi, pastu dia akan tanya berapa kita nak tawar, kalau dia tak bagi then kita keluar dari kedai, dia akan panggil kita & setuju melainkan harga yang kita tawarkan tu memang tak munasabah. Jangan bagi diorang sentuh kita coz kadang-kadang kita boleh di pukau.
Sedikit ole-ole untuk diri sendiri + family + kawan-kawan (1st come 1st serve) hehehe
So far, vacation ni best. Tapi lagi best kalau dapat pergi dengan famili sendiri or kawan-kawan rapat. Juz yang agak Cik Lie ralat ialah angan-angan nak jumpa pojaan hati KCB tak tertunai plak. Iras-iras pun takde~~
So far, vacation ni best. Tapi lagi best kalau dapat pergi dengan famili sendiri or kawan-kawan rapat. Juz yang agak Cik Lie ralat ialah angan-angan nak jumpa pojaan hati KCB tak tertunai plak. Iras-iras pun takde~~
H . A . P . P . Y (^^,)V