Friday, October 28, 2011

Hujan emas negeri orang, lagi best negeri sendiri

Alhamdulillah.. satu lagi angan-angan Cik Lie tercapai, iaitu bercuti ke luar negara. Walaupun dekat je (Jakarta-Bandung), at least tercapai jugak kan =) Cik Lie mengikuti rombongan bersama guru-guru SMK Taman Maluri (makcik Cik Lie yang ajak), Ampang selama 5 hari 4 malam. Vacation ni kiranya macam nak balas dendam sebab dah penat-penat buat pasport nak pergi Istanbul tapi tak jadi. hahaha.. Orang kata, kalau pergi tempat-tempat macam ni sure shopping sakan. Tapi disebabkan Cik Lie ni bukanlah kaki shopping, so berjalan-jalan melihat alam lah. Kat sini, Cik Lie share beberapa benda yang Cik Lie dapat sepanjang vacation ni =)

1. Perkara pertama yang Cik Lie perasan, mejoriti penduduk kat sini pakai kereta jenis Toyota (Avanza), Honda (Jazz), Daihatsu, Mitshubishi & Nissan. Teksi pun pakai Vios. Mula-mula tu, kagum jugak lah. Tapi sebenarnya diorang beli kereta besar-besar sebab ahli keluarga yang ramai. Pastu, kalau tak cukup 3 orang, diorang tak boleh bawak kereta. Diorang kena gunakan pengangkutan awam macam tut tut atau angkutan kota. Waktu laluan pun ade jadualnya. Tak boleh suka suki je. Ini untuk kurangkan kesesakan yang memang melampau. Bayangkan, 2 line bole jadi 4 line, jarak antara kenderaan lebih kurang sejengkal je. Tu tak campur dengan motor-motor yang menyelit. Memang kena ada skill tinggi nak drive kat sini.


2. Makanan yang popular kat sini adalah jenis masakan Padang dan Sunda. Masakan Padang ni lebih kepada daging-daging manakala Sunda lebih kepada sayur-sayuran. Sebab tu orang Sunda ni cantik-cantik sesuai dengan perkataan Sunda (Suka Dandan). Diorang, bangun pagi je terus bersolek pastu buat aktiviti harian, pastu baru mandi.


3. Gaya hidup diorang ni sangat kontra. Kalau kaya, sangat kaya. Lepas tu boleh plak duduk bersebelahan dengan orang miskin yang duduk kat rumah setinggan dan kotor. Sama jugak dengan pegangan agama, ada yang sangat alim dan ada yang sembahyang 2 kali je setahun (sembahyang raya). Tu pun sebab segan dengan jiran.


4. Orang miskin kat sini sanggup buat apa saja untuk survive. Kat sini, hanya yang ada skill je yang mampu dapatkan pekerjaan. Kagum juga dengan semangat untuk survive diorang tu sampaikan jatuh kesian. Ada seorang makcik ni, dia tanya pada seorang budak yang jual anak patung kenapa tak sekolah. Budak tu cakap 'tidak ada duit buk mahu sekolah'. So, mak cik ni bagilah duit nak sedekah tanpa beli barang, tapi budak tu tak nak terima sebab dia kata dia bukan nak mintak sedekah, dia nak berniaga. Orang kita ada macam tu???


5. 'Putus pacar itu biasa, putus rokok itu luar biasa'. Hahaha..memang pencemaran udara betul kat sini. Mana taknya, kat sini sekotak lebih kurang Rp 10K (RM 3++) je. Kilang Gudang Garam dia pun punya lah besar...


6. Indonesia kaya dengan seni, cerita lagenda dan kepercayaan. Ada yang bela anjing (walaupun Islam) untuk halau roh jahat. Setiap pagar pejabat kerajaan mesti ada arca yang menunjukkan kekuasaan. Sejarah pun diorang gambarkan melalui arca dan tugu.



7. Perbezaan waktu antara Malaysia dan Indonesia adalah 1 jam. Malaysia cepat sejam. Tapi kat sana, pukul 5 pagi dah macam 8 pagi cerahnya. Pukul 5 petang dah macam pukul 7 petang. Waktu masuk pejabat macam kat Malaysia jugak, juz orang kerajaan kerja 6 jam dan orang swasta kerja 8 jam. Kalau 7.30 diorang tak sebut tujuh setengah tapi diorang sebut 30 lewat 7. Pening jadinya~~

8. Kalau kita baca surat kabar diorang susah nak faham sebab diorang suka guna short form. Contohnya Nakoba ( Nakotik Obat Bahaya a.k.a dadah), Tandas Lensi (Tanda Lanjut Usia a.k.a warga tua), Letjen ( Leftenan Jeneral), Kelamu (Kelapa muda) dan banyak lagi.

9.Fesyen muslimah kat sini cantik-cantik. Juz yang tak cantik, diorang suka pakai seluar ketat walau pun baju & tudung labuh sampai lutut. (tak semua). Lagi 1 yang tak bestnya, kalau kat surau-surau, tempat solat lelaki dan perempuan campur. Terkejut seorang ahli rombongan tu bila tengah solat, ade lelaki solat sebelah dia. Tempat ambil wudu' pun terbuka.



10. Kalau nak membeli-belah kat sini kena pandai tawar. Kena survey dulu, jangan terus beli. Kadang-kadang dia letak harga tinggi, pastu dia akan tanya berapa kita nak tawar, kalau dia tak bagi then kita keluar dari kedai, dia akan panggil kita & setuju melainkan harga yang kita tawarkan tu memang tak munasabah. Jangan bagi diorang sentuh kita coz kadang-kadang kita boleh di pukau.

Sedikit ole-ole untuk diri sendiri + family + kawan-kawan (1st come 1st serve) hehehe

So far, vacation ni best. Tapi lagi best kalau dapat pergi dengan famili sendiri or kawan-kawan rapat. Juz yang agak Cik Lie ralat ialah angan-angan nak jumpa pojaan hati KCB tak tertunai plak. Iras-iras pun takde~~


Ape-ape pun... Cik Lie tetap


H . A . P . P . Y (^^,)V

Wednesday, October 19, 2011

3 in 1 punye cerita

Part 1 : Adik Cik Lie Masuk Wad



Agak-agak sama tak macam 'Antibiotik' ? (karakter dalam majalah Gempak)


Sesi soal-siasat oleh Pegawai Kesihatan yang sangat friendly. Adik Cik Lie kena denggi. Tula.. iklan kat TV dulu tak nak tengok, sekarang baru banyak tanye. =p


Cik Lie dipaksa rela untuk menemankan dia 1 malam kerana bosan yang teramat. Nasib baiklah katil dia paling hujung & depan, so takdelah segan Cik Lie kat wad lelaki tu. Tapi katanya, Cik Lie bukannya jaga dia pun sebab Cik Lie boleh tidur dengan gembiranya walaupun atas kerusi yang dicantum dua. eh..eh.. sukasuki jeeee.. orang dah teman pun kira ok la tu kan =p

Part 2: International Malaysian Educational Technology Convention
Preparation untuk IMETC ni agak huru-hara jugaklah sebab tak sangka plak jadi camni. Nasib baik la sempat buat slaid & buat hard-copy. Sementara jadi penunggu orang sakit kononnya ni, sempatlah study sikit-sikit dan buat script untuk present nanti.

Lepas je dapat tahu adik Cik Lie boleh keluar ahad, Cik Lie pun gerak ke Kuantan pagi tu. Actually agak gerun jugak nak drive jauh-jauh ni. Even pernah ke Pahang dengan geng-geng UM dulu, tapi kurang yakin sebab dulu senang lenang jadi penumpang je. Heheh.. My Garmin GPS lah yang menjadi teman setia. Kalau boring-boring, speed sikit mula la dia sound suruh slow down. =p


Konvensyen ni berlangsung selama 3 hari 2 malam anjuran PTPM (Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia) yang kira agak gah dalam arena pendidikan. Supervisor Cik Lie yang bersungguh memotivasikan Cik Lie untuk attend event macam ni. Katanya mudah nanti untuk defend waktu viva sebenar. Tapi memang best pun sebab kita rasa macam kita pun tergolong dalam golongan bijak pandai coz yang attend ni kebanyakkannya ahli-ahli akademik dari universiti luar dan dalam negara. =)

Cik Lie adalah pembentang pertama untuk hari ke dua ni. Huish..memang agak gerun jugak lah.
Masa yang diberi hanya 15 minit dan 5 minit untuk sesi soal jawab. Alhamdulillah..Cik Lie dapat melaluinya dengan baik. Tak banyak kena 'smash' dengan killer question dari pakar-pakar ni.
Memang legaaaaa... Cik Lie dah try upload video kat sini, tapi asyik error je~

Part 3: Bersuka Ria Di Kuantan


Macam yang selalu kawan-kawan Cik Lie cakap "ko ni pegi mana-mana pun mesti ade jumpe orang kenal. Campak la dunia mana pun". Alhamdulillah..nampak gayanya camtulah. =) Kat Kuantan ni Cik Lie menumpang kasih kat famili girlfriend adik angkat Cik Lie. Cik Lie saja ziarah sebab memang dah janji walaupun hanya ada mak+ayah+adik+abang dia saja di rumah. Tapi sebab dah kenal dan rapat, semuanya okey je =) Terima kasih pakcik & makcik atas pakej yang superb ni ;)

Cik Lie bersama si adek. Walaupun percutian ni singkat je, tapi rasanya dah rata Kuantan Cik Lie round bersama famili ni. Terima kasih sangat-sangat atas layanan baik =) Dengan si abang juz sempat sembang time tengok berita je sebabnya tuan doktor ni baru 1st day tagging. So, tidur itu lebih penting dari segala-galanya. Dia tak larat nak join kitorang makan seafood kat Tanjung Lumpur, juz bagi kunci kereta Honda je =p. Bile die nak pergi kerja balik pun, Cik Lie sedang di ulit mimpi indah. Alih-alih, he post me this on my wall



Syukran Ya Allah Because You Always Give Me The Best For My Life =)

Monday, October 10, 2011

I Miss UM = I Miss THEM

THEY THAT ALWAYS PUT SMILE ON MY FACE =)


THEY THAT ALWAYS MAKES ME OUTSPOKEN =)

UM THAT MAKES ME FEEL I AM NOT A UNIVERSITY STUDENT =P

Thursday, October 6, 2011

Monolog diri sendiri


Di malam yang sunyi hening ini
Tiba-tiba hati di ketuk oleh satu perasaan
Tapi aku tidak pasti
Samaada ini adalah PERASAAN atau PERASAN
Yang pasti
Ia membuat aku terkebil-kebil di atas katil

Pada mulanya aku hanya kenal Dia dengan gelaran 'Senior'
Tapi aneh
Tak pernah bercakap walau pun pernah sekelas
Detik pertemuan hanya di sebuah majlis rumah terbuka
Aku dirisik melalui seorang teman
Dengan kecanggihan teknologi
Pertemuan hanya di alam maya
Itu pun hanya melalui teks
Walaupun jarak bukan masalah

Tindakan beraninya apabila mengajak aku keluar
Namun tika itu cintaku hanya pada yang 'itu'
Ku tolak pelawaannya
Dengan alasan yang mungkin aku reka-reka
Dia kecewa Aku tahu
Itu lah hanya sekali
Dan seterusnya dia tenggelam timbul
Sesuka hati


Kini dia kembali lagi
Dengan gaya yang lebih santai tidak berbasi-basi
Aku terbaca suatu pepatah Inggeris
'There are always have a little TRUE behind every JUST JOKING"
Aku juga sedar
Aku dah jenuh bermain tarik tali dengan Dia
Empat tahun mungkin
Entah-entah lima

Apabila aku kongsikan kisah ini bersama rakan
Sekali lagi aku dicop kuat memilih
Seolah-olah aku terlalu sempurna untuk mendapatkan yang sempurna

Bukan begitu rakan-rakanku
Aku sedar
Setiap pasangan itu perlu saling melengkapi
Cuma dalam kes bersama Dia ini
Aku sebenarnya lebih kepada TAKUT
TAKUT dengan pengharapan tingginya pada aku
TAKUT dengan taraf status diri dan keluarganya berbanding aku
TAKUT dengan cara hidupnya yang agak berbeza dengan aku
TAKUT dengan penilaian terhadap diri aku
TAKUT dengan masa yang Dia telah korbankan untuk tunggu aku

Ini bukan bermakna aku menolaknya lagi
Cuma aku perlukan keyakinan
Keyakinan yang aku usahakan melalui istikarah
Moga aku terus istiqamah
Rakan-rakan
Aku perlu doa kalian...
Aku tak mahu kecewa lagi

Tuesday, October 4, 2011

Jubli Perak Celebration (^^,)v

Rasanya baru je berhura-hurey tika ini dan bergumbira tika ini, pejam celik pejam celik, tup tap tup tap, oktober datang lagi. Begitu cepat waktu berlalu. Sedar-sedar usia sudah menginjak ke suku abad. Kalau zaman rebina dulu, waktu birthday la nak demand hadiah. Tapi takde la grand-grand macam budak-budak sekarang, sume main i-phone, ipad, ipod dan mcm2 i lagi tu la. Cik Lie dapat warna air cap buncho tu pun dah cukup hepi dah. hehhehe. Bila dewasa ni, lebih harapkan umur dan hari-hari mendatang yang lebih baik. Alhamdulillah..terima kasih pada famili, guru-guru, kawan-kawan & students yang wish+doakan kesejahteraan Cik Lie =) Kat sini Cik Lie share my bestday celebration ek walau pun dah ketegori tak payah sambut pun. hehehhe..


Family Celebration


Semua adik beradik Cik Lie pulang, juz yang nak ber SPM je tak dapat pulang. Maka, kami celeb di Sungai Petani la tahun ni =)


Present dari Mak dan Ayah =)


Friends Celebration


Celebrate dengan housemate di gerai Char kuetiow faveret Cik Lie. Tunggu order kuetiow dapat kek secret recipe yang besarrrrrrrrrrr & sedappp punye. Hug hug kish kish pada yus + ayu + kak nisha =) Tahun ni tak dapat celeb ngan geng-geng UM coz birthday jatuh hari Isnin & masing-masing tengah busy dengan projek besar sekarang. Tapi tak pernah ralat coz diorang still sweet wishing me. Jumpe bulan depan ek ;)


Wit my only bro yang seebbookk je nak juin =p


Someone Special Celebration


Cik Lie bermalan di rumah CintaSayang Eton coz celeb bestday die jugak yang lepas sehari dari Cik Lie. Tambah pulak husband die tengah sambung study kat UKM, so takdela kat rumah. Malam ni Cik Lie dok kacau Aufa tidur je. Sampaikan Cik Lie yang tak tidur, die nguit sikit pun Cik Lie yang kaget. Ibu die syok je tidur. hehheeh


Kecik-kecik dah suka tengok TV. aish...


My time will come soon. InsyaAllah =)