Friday, August 12, 2011

Rezeki Ramadhan Ini


Minggu lepas Cik Lie menerima SMS dari PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) yang berbunyi :
TAWARAN GURU GANTI SENIREKA TANDA DI SMK *** MULAI OGOS 2011. HUBUNGI EN.KAMARUZAMAN PPDKK

Tiba-tiba Cik Lie jadi blur. 1st blur sebab sekolah tu. Mak aih...jauh tu nak drive. 25km jalan kampung yang bersimpang siur. 2nd blur, subjek Senireka Tanda tu ape? Tidak pernah ku ketahuan selama ini. huhuhu... Cik Lie bertanyalah pada Uncle Google dan jawapannya:-

Matlamat mata pelajaran Seni Reka Tanda adalah untuk melahirkan murid yang kreatif dan berkemahiran dalam kerja tanda tulis, papan tanda, kerja semburan angin dan cetakan skrin dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat

Lepas bincang dengan parents, mereka sarankan Cik Lie pergi sendiri ke PPD. Sampai kat sana terus Cik Lie berjumpa dengan En.Kamaruzzaman dan memberitahu beliau Cik Lie kurang yakin. Mana taknya, lukis line pun bengkok, sembur cat pun terabur, ade hati nak ngajar anak orang. Setelah berbincang, Cik Lie menolak tawaran tu. Tak berani teman weh... dah la kene ngajar f4/f5 yang mejoriti lelaki. Maunye kene buli secara pukal nanti. huhuuhu.. So pasrah untuk meneruskan 'percutian'.

Petang tadi, dalam kemamaian tidur tengah hari, Cik Lie dikejutkan ringring dari PPD sekali lagi. Kali ni Cik Lie ditawarkan di sekolah SMK ***. Kira dekat jugak dengan rumah Cik Lie. Subjek yang Cik Lie perlu ajar adalah Sains form 1 & 3. InsyaAllah, rasa yakin untuk terima tawaran ni. Cik Lie akan lapor diri minggu depan. I will be a teacher again. Alhamdullilah... =) Juz mak Cik Lie agak frust coz tak dapat 1 sekolah dengan die, kalau tak sure ade 'driver' pagi-pagi (-.-)"


Gambar-gambar di atas sewaktu menjadi guru sandaran tidak terlatih (GSTT) pada tahun 2009. Saya cikgu yang garang ok. Tengok ape yang Cik Lie pegang time ngajar, tongkat sakti pemberian Harry Potter. Silap2 Cik Lie buat curse Avada Kedavra. So, watch out!!! =p

Ade 1 lagi yang Cik Lie rasa rezeki jugaklah even setahun dah berlalu. Ape-ape pun a special thanks to my new sis Nadia Nisha coz berani hadir dalam life akak. Ya, kebenaran itu sakit, tapi percayalah kebenaran itu tetap akan muncul. Bangkai gajah tak boleh di tutup dengan nyiur kan? Thanks for your support, your concern & advice. Akak tahu, nad lebih 'sakit' dari akak dan akak juga tahu nad lebih kuat dari akak. InsyaAllah, usah ragu dengan takdir coz Allah knows the best for us =) Bersama-sama kita berusaha & berdoa even idea menubuhkan 'group/fan page' takkan berlaku =p