Apabila dibaca, owh... student form 3 rupenye. Ingatkan sapelah secret admire yang berani nak ngorat bini orang (sebab die tulis untuk Pn.Laili). =p Tapi yang syok kat sini, agak sweet jugaklah budak ni. Ade potensi nak jadi romeo malaya ni. hehhehe
Sebabkan kesungguhan dia tu, sebagai tanda penghargaan Cik Lie pun reply la. Kecoh jugak satu kelas. Nak duit raya sangat, nah Cik Lie bagi duit JutaRia 1000 ringgit lagi. ;)
Then, tetiba terpikir..aish..sejak kemajuan digital card dan picture tag ni, rindu plak nak tunggu incik posmen hantarkan kad raya. Cik Lie memang jenis menyimpan. Tak kesahlah benda yang disimpan tu ade memori yang best or tak best. So, Cik Lie pun selongkarlah balik gobok harta karun Cik Lie dan waktu tu jugak memori datang bertalu-talu. Kejap senyum, kejap gelak & kejap sedey. Macam-macam ada.
Antara kad raya yang Cik Lie pernah dapat sejak zaman sekolah rendah. Memang syiok baca balik tulisan-tulisan dulu tambah plak dengan pantun pecah kaca pecah gelas. Kadang-kadang, agak terkejut jugak bila dapat dari unexpected person =p
Sesiapa yang pernah bersekolah di MRSM mesti pernah dengar 'kad muhibbah'. Kad ni hand made yang dibuat oleh students untuk diberi kepada kawan-kawan kat MRSM lain. Memang best lah dapat kad ni sebab itu menunjukkan kita ada network dengan budak MRSM lain. Cik Lie kenal dengan budak MRSM lain pun sebab join competition & jamboree. Boleh la eksyen sikit dan memang ade sentimental value yang tinggi jugaklah ;)
Birthday card sebagai ganti hadiah. hahahah... Even simple, but it is so meaningful for me =) Kadang-kadang tu kad ni bukannya diorang bagi by hand, kadang-kadang diorang letak dalam buku, celah katil & segala celah yang ada. Nasib baik tak pernah kene pedajal lagi ;)
Bila Cik Lie berpindah sekolah ke KK dan kemudiannya ke MRSM dan seterusnya Matrix, kawan-kawan Cik Lie memang sangat rajin utus surat. Especially time nak exam & gosip-gosip diri sendiri. Ade je cerita nak share. Even time kat MRSM & Matrix dah ade phone, tapi feel nak berutus surat tu lebih syioookk.
Bila usia dah menginjak suku abad ni, terima kad-kad macam ni la plak. So, jangan meroyan ye kalau dapat. hahahha... Tapi sekarang ni orang lebih suka invite kat FB then ade nota kaki *sesiapa yang inginkan kad sila pm address*. Emm.. kenapa perlu macam tu? Nampak sangat macam tak nak bagi je... Ok, positive thinking, maybe sebab nak jimat kos. Bagi pada mereka yang comfirm nak pergi. Cik Lie pun hanya akan bagi address untuk yang memang comfirm Cik Lie nak pergi je.
Ini sahaja koleksi kad yang Cik Lie masih simpan. Koleksi simpanan yang lain, lain kali la Cik Lie show off kan. Ape-ape pun pada Cik Lie, the most important is MEMORY. Ini kerana walau sejauh mana kita berubah, memori itu tetap terus kekal. Cuma terpulang pada kita samaada mahu simpan atau buang sahaja. Kadang-kadang memori yang 'sakit' juga boleh jadi sesuatu yang sangat manis apabila di kenang semula rite? ;)