Entri ni Cik Lie hanya cedok-cedok dari majalah Solusi (Isu 34), hasil tulisan Ustaz Pahrol Muhd Juoi yang membincangkan persoalan " Kenapa tiba-tiba kita terasa seolah-olah tidak mengenali pasangan kita". Sesiapa yang ada majalah ni bolehla baca secara detail. Sangat menarik Cik Lie rasa. Disini Cik Lie juz nak pointkan mana yang Cik Lie rasa best :
Masa bercinta, warna sebenar (true colour) pasangan kita tidak akan ketara. Dia boleh bermuka-muka dan rela mengikut minat dan selera kita. Kita juga rela mengikut semua kehendaknya. Sampai satu tahap kita akan mempersoalkan, 'mengapa dia yang aku pilih?'. Ingatlah manusia ialah makhluk yang sentiasa berubah. Ia mempunyai hati yang sangat konsisten untuk berbolak-balik. Apabila hati berubah, fikiran dan tingkah laku juga akan berubah. Disini disertakan juga 3 tips berguna bagaimana menentukan dengan pasti bahawa pasangan yang bakal kita pilih itu orang yang baik :
1. Jadi Orang Baik
Menjadi orang yang baik perlu lebih diutamakan berbanding mencari orang yang baik. ia lebih mudah kerana menjadi orang yang baik bermula dengan diri sendiri dan janji Allah, orang yang baik dikurniakan pasangan yang baik. Jangan kecewa jika beroleh pasangan yang 'tidak berapa baik' seperti yang kita harapkan. Ini kerana siapa mereka sebelum berkahwin dengan kita kurang penting berbanding siapa mereka setelah berkahwin dengan kita. Pasangan kita adalah cerminan akhlak dan keperibadian kita.
2. Ikut Pilihan Orang Baik
Pada pilihan orang yang baik, ada keberkatannya. Mereka yang menyerahkan urusan jodoh kepada orang yang baik (ibubapa, guru, ulama, rakan yang baik) dengan satu keyakinan bahawa orang yang baik pasti akan memilih untuk kita pasangan yang baik. Walaupun tidak ada cinta sebelum berkahwin, tetapi cinta selepas berkahwin jauh lebih suci dan indah. Tidak akan kecewa orang yang bermuzakarah dan beristikharah.
3. Cintai Allah Yang Maha Baik
Apabila kita mencintai Allah, Allah akan mencintai kita dan apabila Allah telah mencintai kita, semua orang yang mencintai Allah akan turut mencintai kita. Jangan menagih cinta makhluk sehingga kita derita dan sakit hati. Biarlah cinta pasangan kita berubah, relakan perpisahan itu. Jangan bersedih, kerana sesuatu yang tidak memanfaatkan pasti tidak boleh memudaratkan.
Nota kaki: Cik Lie baru lepas tengok video Kisah Hidupku:Wardina yang di link dari twitter one of my BFF, Aep, Yup, setuju juga dengan tweetnya yang dicedok dari video tu "kalau nawaitu kita nk jadi baik, Allah akan hantarkan org2 yg baik jadi kawan kita utk kebaikan kita."