Wednesday, August 24, 2011

Posto!!! Posto!!!

2:40 pm, di hari Selasa, opocot... terkezut Cik Lie apabila terselitnya sekeping kad raya di celah wiper. Walaupun tetiba je ade title 'PUAN', kira masih hot lagi la sebab masih ade yang nak main aci nyorok ni. hahahah...


Apabila dibaca, owh... student form 3 rupenye. Ingatkan sapelah secret admire yang berani nak ngorat bini orang (sebab die tulis untuk Pn.Laili). =p Tapi yang syok kat sini, agak sweet jugaklah budak ni. Ade potensi nak jadi romeo malaya ni. hehhehe


Sebabkan kesungguhan dia tu, sebagai tanda penghargaan Cik Lie pun reply la. Kecoh jugak satu kelas. Nak duit raya sangat, nah Cik Lie bagi duit JutaRia 1000 ringgit lagi. ;)


Then, tetiba terpikir..aish..sejak kemajuan digital card dan picture tag ni, rindu plak nak tunggu incik posmen hantarkan kad raya. Cik Lie memang jenis menyimpan. Tak kesahlah benda yang disimpan tu ade memori yang best or tak best. So, Cik Lie pun selongkarlah balik gobok harta karun Cik Lie dan waktu tu jugak memori datang bertalu-talu. Kejap senyum, kejap gelak & kejap sedey. Macam-macam ada.

Antara kad raya yang Cik Lie pernah dapat sejak zaman sekolah rendah. Memang syiok baca balik tulisan-tulisan dulu tambah plak dengan pantun pecah kaca pecah gelas. Kadang-kadang, agak terkejut jugak bila dapat dari unexpected person =p


Sesiapa yang pernah bersekolah di MRSM mesti pernah dengar 'kad muhibbah'. Kad ni hand made yang dibuat oleh students untuk diberi kepada kawan-kawan kat MRSM lain. Memang best lah dapat kad ni sebab itu menunjukkan kita ada network dengan budak MRSM lain. Cik Lie kenal dengan budak MRSM lain pun sebab join competition & jamboree. Boleh la eksyen sikit dan memang ade sentimental value yang tinggi jugaklah ;)


Birthday card sebagai ganti hadiah. hahahah... Even simple, but it is so meaningful for me =) Kadang-kadang tu kad ni bukannya diorang bagi by hand, kadang-kadang diorang letak dalam buku, celah katil & segala celah yang ada. Nasib baik tak pernah kene pedajal lagi ;)


Bila Cik Lie berpindah sekolah ke KK dan kemudiannya ke MRSM dan seterusnya Matrix, kawan-kawan Cik Lie memang sangat rajin utus surat. Especially time nak exam & gosip-gosip diri sendiri. Ade je cerita nak share. Even time kat MRSM & Matrix dah ade phone, tapi feel nak berutus surat tu lebih syioookk.


Bila usia dah menginjak suku abad ni, terima kad-kad macam ni la plak. So, jangan meroyan ye kalau dapat. hahahha... Tapi sekarang ni orang lebih suka invite kat FB then ade nota kaki *sesiapa yang inginkan kad sila pm address*. Emm.. kenapa perlu macam tu? Nampak sangat macam tak nak bagi je... Ok, positive thinking, maybe sebab nak jimat kos. Bagi pada mereka yang comfirm nak pergi. Cik Lie pun hanya akan bagi address untuk yang memang comfirm Cik Lie nak pergi je.

Ini sahaja koleksi kad yang Cik Lie masih simpan. Koleksi simpanan yang lain, lain kali la Cik Lie show off kan. Ape-ape pun pada Cik Lie, the most important is MEMORY. Ini kerana walau sejauh mana kita berubah, memori itu tetap terus kekal. Cuma terpulang pada kita samaada mahu simpan atau buang sahaja. Kadang-kadang memori yang 'sakit' juga boleh jadi sesuatu yang sangat manis apabila di kenang semula rite? ;)

Monday, August 22, 2011

Thursday, August 18, 2011

Tempat baru, bau baru

Minggu ni minggu pertama Cik Lie memegang title "cikgu" semula. Nervous nak mengajar tu dah tak berapa coz dulu dah ade pengalaman. Cuma nervous di tempat baru sajalah sebab Cik Lie memang tak pernah masuk sekolah tu. Kalau lalu depan sekolah tu selalu lah jugak. Boleh dikatakan tak kenal sesiapa pun kat sekolah tu.


Cik Lie lapor diri pada jam 9 pagi. Sesi berjumpa Pengetua dan Penolong Kanan dah ditembak soalan pelik iaitu Cik Lie lahir dimana sebabnya dalam ic -38- (sepatutnya Perak 08). Sampai sekarang Cik Lie tak tahu jawapan sebenarnya. Yang tahu budak 86 ade yang 38 sebab 'special case'. xtaula ape bendenye.

Kalau di sekolah lama dulu, Cik Lie membawa nama sendiri sebagai ex-student sekolah tu. Yang paling berperasaan pelik bila jumpa balik ngan cikgu-cikgu lama. Mana taknya, dulu anak murid, skang dah duduk sama-sama dalam bilik guru as rakan sekerja. Kalau dulu cukup gerun, sekarang boleh gurau-gurau plak. Ada yang bahasakan diri kakak plak. Pelik kan =) Kadang-kadang Cik Lie dikenali as cucu pak akob & cucu endah sebab Cik Lie dulu bersekolah di kampung dan duduk di bawak ketiak atok & opah.But now, Cik Lie membawa nama ayah & mak pulak. Itulah yang akan terjadi bila you jump into your parents field. Bila pengetua tengok je nama pada surat tawaran, "la.. anak cikgu brahim ke? patutla lebar muka same" (dan2 je kan~). Time sesi perkenalan kat bilik guru, suka suki je penolong kanan tu intro "inila anak guru besar SK ** dulu" (rasanya takde kene mengena pun, nasib baik ayah Cik Lie dah pindah sekolah). Tak tahan jugak dengan populariti ni. Nasib baik Cik Lie bukan anak artis or menteri. hahaha.. Maybe sebab ramai anak-anak diorang sekolah kat situ dulu kot. Balik cerita kat ayah, ayah cakap tu la yang ayah tak suka kalau anak-anak dia 1 sekolah dengan dia. Nanti semua orang akan kaitkan. Nak noti-noti comfirm x dapek punyo =p

Cik Lie di taklimatkan oleh guru penyelaras. Agak terkejut kerana selain perlu mengajar Sains (f3), Cik Lie juga perlu mengajar Kemahiran Hidup (Ekonomi Rumah Tangga) untuk f1. Paling terkesima, Cik Lie perlu memantau projek mereka: menjahit skirt. Even pernah belajar menjahit dengan Hidayah, tapi nak mengajar orang ni memang blur la jugak. Cik Lie pergilah berjumpa dengan guru yang lebih senior, tak pasal-pasal ada sorang cikgu tu kenal dengan mak Cik Lie bagitau dekat cikgu senior tu "jangan risau, mak die ni cikgu ert senior juga". Adeh~~~ makin tensi jadinye. Rasa macam semua mata memandang. Diorang tak tahu yang Cik Lie tak pernah amik port pun. Dulu kerja projek waktu Cik Lie f3 pun, mak Cik Lie yang setelkan semua. Tu yang dapat A++++ tu =p Agak susah hati jugak tiap kali masuk kelas untuk subjek ni. Tapi, redah sajok la.. saya cikgu ganti je. huhuuhu

Cik Lie mengajar 2 kelas untuk Sains. 3B dan 3D. Memandangkan PMR dah dekat, sekarang ni juz latih tubi. Boleh gagah jugaklah Cik Lie ajar subjek ni even dah lama tinggal Sains. Juz ade problem sikit dengan students. Budak-budak sekarang ni dah lain sangat gayanya macam kita dulu-dulu even subjek moral dan pendidikan sivik dah jadi subjek wajib. Macam takde maknanya. Nasib baik dah ade pengalaman dulu, so dah agak imun dengan godaan, bodekkan dan gurauan separa lucah budak-budak ni. Juz Cik Lie memang akan agak bengang bla masuk kelas yang ada potensi, tapi main-main dan kurang ajar. 2 kali Cik Lie masuk kelas 3B tu, Cik Lie usha je peel sensorang. Ade yang tidur, ade yang boleh baca novel, ade yang merepek meraban dan tak henti-henti buat lawak tak cerdik. Kali ke 3 Cik Lie masuk, Cik Lie bagi ceramah ala-ala 'halaqah sentuhan kalbu'. Cik Lie tekankan pasal D.U.I.T (doa.usaha.istiqamah.tawakal) + HORMAT = BERKAT. Insaf la sikit tengok muka memasing, tapi tak tau la berapa lama tahannya. Cik Lie bukan ape, sedihla dengan orang yang tak kesihankan diri sendiri, tak percayakan diri dan berlaku kejam dengan diri sendiri. Cik Lie pernah melalui pengalaman dimana kita percaya dan yakin dengan diri die. Malah kita lebih risaukan study dia berbanding study kita sendiri. Tapi dia mensia-siakan peluang malah sentiasa mencari kesalahan orang lain. Sakit... (macam kena je dengan link ni)

Pasal kawan-kawan, belumlah cukup kamceng lagi coz kebanyakkan cikgu-cikgu ni senior. Kalau yang muda pun kebanyakkannya dah berkahwin. Sempena nak dekat raya ni, topik gebang-gebang pun lebih kepada persiapan raya. Paling rapat pun dengan Kak Za. Tua setahun dari Cik Lie. Dia dulu dari UIA dan sekarang mengajar Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu.

Cik Lie mungkin akan tamat hujung bulan 9 nanti. Ngam-ngam je coz maybe bulan 10 Cik Lie 'busy' dengan viva thesis + vacation =). Moga semuanya berjalan dengan baik dan ini adalah permulaan rezeki untuk sesuatu yang lebih baik kelak. Mohon doanya ya rakan-rakan =)

Saturday, August 13, 2011

Apabila 'True Colour" Diri Terserlah


Entri ni Cik Lie hanya cedok-cedok dari majalah Solusi (Isu 34), hasil tulisan Ustaz Pahrol Muhd Juoi yang membincangkan persoalan " Kenapa tiba-tiba kita terasa seolah-olah tidak mengenali pasangan kita". Sesiapa yang ada majalah ni bolehla baca secara detail. Sangat menarik Cik Lie rasa. Disini Cik Lie juz nak pointkan mana yang Cik Lie rasa best :

Masa bercinta, warna sebenar (true colour) pasangan kita tidak akan ketara. Dia boleh bermuka-muka dan rela mengikut minat dan selera kita. Kita juga rela mengikut semua kehendaknya. Sampai satu tahap kita akan mempersoalkan, 'mengapa dia yang aku pilih?'. Ingatlah manusia ialah makhluk yang sentiasa berubah. Ia mempunyai hati yang sangat konsisten untuk berbolak-balik. Apabila hati berubah, fikiran dan tingkah laku juga akan berubah. Disini disertakan juga 3 tips berguna bagaimana menentukan dengan pasti bahawa pasangan yang bakal kita pilih itu orang yang baik :

1. Jadi Orang Baik
Menjadi orang yang baik perlu lebih diutamakan berbanding mencari orang yang baik. ia lebih mudah kerana menjadi orang yang baik bermula dengan diri sendiri dan janji Allah, orang yang baik dikurniakan pasangan yang baik. Jangan kecewa jika beroleh pasangan yang 'tidak berapa baik' seperti yang kita harapkan. Ini kerana siapa mereka sebelum berkahwin dengan kita kurang penting berbanding siapa mereka setelah berkahwin dengan kita. Pasangan kita adalah cerminan akhlak dan keperibadian kita.

2. Ikut Pilihan Orang Baik
Pada pilihan orang yang baik, ada keberkatannya. Mereka yang menyerahkan urusan jodoh kepada orang yang baik (ibubapa, guru, ulama, rakan yang baik) dengan satu keyakinan bahawa orang yang baik pasti akan memilih untuk kita pasangan yang baik. Walaupun tidak ada cinta sebelum berkahwin, tetapi cinta selepas berkahwin jauh lebih suci dan indah. Tidak akan kecewa orang yang bermuzakarah dan beristikharah.

3. Cintai Allah Yang Maha Baik
Apabila kita mencintai Allah, Allah akan mencintai kita dan apabila Allah telah mencintai kita, semua orang yang mencintai Allah akan turut mencintai kita. Jangan menagih cinta makhluk sehingga kita derita dan sakit hati. Biarlah cinta pasangan kita berubah, relakan perpisahan itu. Jangan bersedih, kerana sesuatu yang tidak memanfaatkan pasti tidak boleh memudaratkan.

Nota kaki: Cik Lie baru lepas tengok video Kisah Hidupku:Wardina yang di link dari twitter one of my BFF, Aep, Yup, setuju juga dengan tweetnya yang dicedok dari video tu "kalau nawaitu kita nk jadi baik, Allah akan hantarkan org2 yg baik jadi kawan kita utk kebaikan kita."

Friday, August 12, 2011

Rezeki Ramadhan Ini


Minggu lepas Cik Lie menerima SMS dari PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) yang berbunyi :
TAWARAN GURU GANTI SENIREKA TANDA DI SMK *** MULAI OGOS 2011. HUBUNGI EN.KAMARUZAMAN PPDKK

Tiba-tiba Cik Lie jadi blur. 1st blur sebab sekolah tu. Mak aih...jauh tu nak drive. 25km jalan kampung yang bersimpang siur. 2nd blur, subjek Senireka Tanda tu ape? Tidak pernah ku ketahuan selama ini. huhuhu... Cik Lie bertanyalah pada Uncle Google dan jawapannya:-

Matlamat mata pelajaran Seni Reka Tanda adalah untuk melahirkan murid yang kreatif dan berkemahiran dalam kerja tanda tulis, papan tanda, kerja semburan angin dan cetakan skrin dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat

Lepas bincang dengan parents, mereka sarankan Cik Lie pergi sendiri ke PPD. Sampai kat sana terus Cik Lie berjumpa dengan En.Kamaruzzaman dan memberitahu beliau Cik Lie kurang yakin. Mana taknya, lukis line pun bengkok, sembur cat pun terabur, ade hati nak ngajar anak orang. Setelah berbincang, Cik Lie menolak tawaran tu. Tak berani teman weh... dah la kene ngajar f4/f5 yang mejoriti lelaki. Maunye kene buli secara pukal nanti. huhuuhu.. So pasrah untuk meneruskan 'percutian'.

Petang tadi, dalam kemamaian tidur tengah hari, Cik Lie dikejutkan ringring dari PPD sekali lagi. Kali ni Cik Lie ditawarkan di sekolah SMK ***. Kira dekat jugak dengan rumah Cik Lie. Subjek yang Cik Lie perlu ajar adalah Sains form 1 & 3. InsyaAllah, rasa yakin untuk terima tawaran ni. Cik Lie akan lapor diri minggu depan. I will be a teacher again. Alhamdullilah... =) Juz mak Cik Lie agak frust coz tak dapat 1 sekolah dengan die, kalau tak sure ade 'driver' pagi-pagi (-.-)"


Gambar-gambar di atas sewaktu menjadi guru sandaran tidak terlatih (GSTT) pada tahun 2009. Saya cikgu yang garang ok. Tengok ape yang Cik Lie pegang time ngajar, tongkat sakti pemberian Harry Potter. Silap2 Cik Lie buat curse Avada Kedavra. So, watch out!!! =p

Ade 1 lagi yang Cik Lie rasa rezeki jugaklah even setahun dah berlalu. Ape-ape pun a special thanks to my new sis Nadia Nisha coz berani hadir dalam life akak. Ya, kebenaran itu sakit, tapi percayalah kebenaran itu tetap akan muncul. Bangkai gajah tak boleh di tutup dengan nyiur kan? Thanks for your support, your concern & advice. Akak tahu, nad lebih 'sakit' dari akak dan akak juga tahu nad lebih kuat dari akak. InsyaAllah, usah ragu dengan takdir coz Allah knows the best for us =) Bersama-sama kita berusaha & berdoa even idea menubuhkan 'group/fan page' takkan berlaku =p

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan 5

Cik Lie tak tahu macam mana nak start, but dalam fikiran berkata dan terkenang macam-macam dalam hati plak berperasaan macam-macam.. But, i think I have to say it out. Kalau asyik stuck je, mau tak tidur malam ni. If luah kat orang pun, confirm kene sekeh. Tak habis-habis... So, kat sini Cik Lie rasa the best platform coz I don't know who view my blog and read my entire entry. Tarik nafas dalam-dalam*Fuh~~*

Sebenarnya, malam ni genap 2 tahun pemergian arwah mama 'youknowwhoyouare'. Pemergian makcik bawa kesan juga pada Cik Lie even Cik Lie sepatutnya sedar everything is over.

Reverse Memory :

Mesej : Mak saya telah kembali ke rahmatullah petang tadi, innalillahiwainnailaihi rajiun..

Cik Lie cuba call, tak dijawab. Faham.. sedih dan tengah sibuk menguruskan jenazah. Baru 2 hari lepas Cik Lie melawat makcik di hospital (even terpaksa tipu bagitahu melawat kawan sakit kanser salur kencing, dan alang-alang singgah: semua kerana famili dia tak tahu pasal Cik Lie dan ini bukan masa sesuai untuk reveal). Di hospital, Cik Lie berpeluang berjumpa dan bersembang dengan famili dia. Cik Lie juga berpeluang membantu makcik bersandar dan minum walaupun kekok. Walaupun makcik tak mampu untuk bercakap, tapi pandangannya Cik Lie boleh dapat faham apa yang hendak dikata kan. Tanpa dirancang juga, Cik Lie berpeluang berbuka dan bersahur di rumahnya. Bila dapat tahu berita itu, Cik Lie terus bagitahu mak Cik Lie, mahu minta izin menziarah. Mak Cik Lie macam keberatan. "Bukan ada ikatan apa-apa lagi, lagi pun hari tu kan baru lepas tengok. InsyaAllah, semuanya selamat tu". Em..nak cakap dengan ayah memang tak berani. Hati resah. Tambah gelisah apabila 'perempuan itu' menawarkan diri menjadi wartawan tak bergaji. Cik Lie pun tak faham ape motif dia. Its ok if dia bagitahu yang dia ada bersama-sama ketika pengebumian, tapi bila setiap perkara di report tanpa di pinta, apa maknanya? Nak bagitahu, "I am the one that always with him". Hal-hal macam ni pun nak provok orang lagi? akai ada ka??

Esoknya, sepatutnya Cik Lie dah berjanji dengan kawan Cik Lie pergi ke UiTM Perak. Tapi Cik Lie tekad. Cik Lie pun tak tahu dari mana datangnya keberanian gila itu. Cik Lie bagitahu kawan Cik Lie tak jadi, then Cik Lie pergi ke stesen bas dan beli tiket pergi-balik. Pada mulanya Cik Lie nak diam-diam saje, tapi bila fikir buatnya accident ke, kene rompak ke, kene rogol ke, siapa susah?? So, Cik Lie pun call mak Cik Lie bagitahu Cik Lie nak menziarah. Mak Cik Lie hanya beristighfar dengan kedegilan anaknya. Dan Cik Lie perlu prepare menghadap ayah balik nanti yang sudah Cik Lie rasa aura bahangnya. Walaupun makcik sudah selamat dikebumikan, tapi Cik Lie tetap mahu menziarah. Paling tidak melihat sendiri 'dia'.

Alhamdulillah, cintasayang Nabilah sudi menemankan. (dalam kesibukannya menguruskan pemulangan jubah konvo). Dari KL sentral, kami ambil teksi. Berpandukan alamat pada sekeping kertas, pemandu teksi pun tak berapa sure kawasan tu. Nasib baik lah Cik Lie dapat ingat landmark macam dekat dengan mall, masjid, hospital. Kami sampai dengan selamat. Cik Lie dan Nabilah disambut oleh kakak-kakak nya. Sekilas pandang, terpancar wajah sungul dia. Sekadar bertanya hal penyakit makcik, hal pengebumian serta berkenalan serba sedikit, dalam tengah hari kami minta diri beransur pulang.

*thanks nabilah for this memorial pic*

Pada mulanya hanya mahu pulang sendiri dengan teksi. Tak mahu susahkan mereka yang bersiap-siap mahu ke kubur. Tiba-tiba ada kejadian ragut betul-betul di depan rumah. Chinese girl tu dah berdarah kepala dan mulut dek di ketuk dengan helmet. Sudahnya, 'dia' menghantar chinese girl tu ke hospital dan kakak dia menghantar kami ke KL Sentral. Di dalam kereta we have a long chat and tears. Susah nak describe keadaan tu even ini baru 1st time kami berborak dan semua yang jadi tanda tanya pada Cik Lie sudah clear. Macam-macam rasa ada waktu tu. Alhamdulillah..Cik Lie sampai dirumah dalam jam 8.30 malam dan berbuka di atas bas je. Kaki dan ketaq mahu pulang ke rumah, jantung bagai nak luruh. Sampai kat rumah, jelingan dari ayah cukup untuk menembak perasaan dan hampir seminggu juga ayah tak nak bercakap dengan Cik Lie. Nasib baik mak banyak explain dan pujuk ayah. Betul orang kata, 'matlamat tak menghalalkan cara'. Jika niat kita baik, tapi cara tak betul, tetap salah.

Tengah hari tadi sempat chat dengan seorang kakaknya

Cik Lie: Kalo tak silap, esok genap 2 tahun makcik pergi. pose ke 5 kan? Kakak: Betul.. dia dah selamat dan aman di sana. kita yang hidup ni belum tentu lagi. emm.. rasa kejap je

Ya, walaupun it's all over, tapi Cik Lie sedikit ralat kerana tak mampu tunaikan janji pada makcik. Even makcik tak cakap, macam Cik Lie katakan tadi pandangannya pada Cik Lie, Cik Lie dapat rasa 'sesuatu'. Bukan nak perasan, tapi perasaan itu memang pelik. Tapi Cik Lie akan terus sentiasa doakan 'dia' berjaya&bahagia dengan setiap pilihan dan menjaga silaturahim dengan famili makcik yang melayan Cik Lie dengan baik walaupun ada ketika Cik Lie rasa menyumbang kepada masalah yang berlaku. Maafkan Cik Lie makcik... Cik Lie sentiasa doakan roh makcik sentiasa dalam peliharaan Allah dan dalam golongan yang dikasihiNYA. Amin ya Rabbal Alamin...