Monday, May 16, 2011

Fiesta Celebration (^^,)v

Ayah Bestday yang ke 53 pada 7 Mei di raikan secara kombo dengan Hari Emak (Mothers Day) di Pizza Hut, Sungai Petani alang-alang melawat adik Cik Lie yang bersekolah di sana. Tradisi Cik Lie sekeluarga, kalau celebrate ape-ape, juz memenuhkan tank perut je. Tambahan pula, hari tu ade promotion sempena mothers day, dapatlah pizza bentuk love tu. Ayah plak, saje je belikan kek slice sebab juz kami berempat beranak je yang celeb. Lagi 2 orang adik Cik Lie tak dapat join.Moga kedua orang tuaku sentiasa dalam rahmat & redha Allah =)


Dulu, setiap kali 16/5 datang, sure best sebab boleh tengok cikgu-cikgu kena buli (menyanyi, berlakon, bermain). Now, bila dah habis sekolah ni, terkenangkan cikgu-cikgu dulu. Tapi yang peliknya, cikgu yang tak suka & paling garang tu yang paling diingati. Sebagai tanda penghargaan, Cik Lie buatlah kad Hari Guru khas untuk guru-guru yang Cik Lie sayangi di :
  • SK Tanjong Malim
  • SMK Khir Johari
  • SMK Simpang Beluru
  • MRSM Lenggong
  • Kolej Matrikulasi Perlis
  • Universiti Malaya
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Makcik ajar ngaji
  • Usatazah sekolah agama rakyat
  • Cikgu tuisyen

Satu komen dari Cikgu BM Cik Lie waktu tingkatan 3. Dulu Cikgu marah kita bercinta, sekarang cikgu pula yang concern tentang jodoh kita =)


Pagi-pagi tadi handphone Cik Lie berdering tanda ade message masuk. Dah lama kot tak dapat mesej pagi-pagi. Mesti urgent ni.. Alih-alih..dapat wishes dari kawan-kawan. Waaa.. touching sungguh & tiba-tiba teringat Cik Lie pernah menjadi guru suatu ketika dulu. Bukak FB, nah... masih ada students yang ingat pada Cik Lie walau pun sudah setahun meninggalkan mereka. Sesungguhnya perasaan itu sangat indah & I AM PROUD TO BE A TEACHER !!! =)



-Cik Lie versi seorang guru-~Sangat merindui saat ini~