Thursday, April 7, 2011

Rezeki Allah itu Maha Luas

Tik Tok Tik Tok,, aik.. sudah 4:17 am. Sudah tidak dapat berfikir untuk menghabiskan penulisan paper untuk conference. Tinggal part discussion je lagi tapi otak sudah *blank* tapi mata tidak mahu pejam. Bosan sudah layan You Tube. Harap-harap dengan menulis di blog ni dapat bertahan sampai subuh sebab tak yakin akan bangun kalau terlelap sat lagi.

Ok, lets talk about MONEY (bulan ni boleh dianggap bulan kesempitan wang). Some people said, money is not everything. But MOST people said, everything is money. Time study dulu Cik Lie selalu pelik kenapa ada member-member yang risau pasal elaun bulanan. Elaun ni macam wang saku yang telah diperuntukkan oleh parents diorang untuk tiap bulan. Tak kira la bulan tu korang jimat or boros, kalau dah RM 300, jangan harap boleh mintak lain melainkan keperluan study. Cik Lie pernah bertanyakan perihal ni kepada Cik Kudozu, mudah saje jawapan beliau. Orang KL memang macam tu. Ooo.. patutlah Cik Lie bukan macam tu sebab Cik Lie orang KK =p Moralnya, taraf hidup kat KL ni tinggi, so diorang di ajar macam tu supaya tegar menghadapi cobaan-cobaan metropolitan (ni Cik Lie agak sendiri je. hehheh)

Family Cik Lie golongan biase-biase aje and luckly Cik Lie bukan jenis kaki shopping. Tapi agak boros dalam bab 'makanan merapu' (sebab tu badan takmo besar-besar kot). Sebab tu jugak ex-bf dulu bosan kot...tak reti belikan hadiah best2 & belanje besar2 sebab untuk diri sendiri pun Cik Lie bukan spesis tu. tak sweet..(ah..merapu sudah).

Selain pengalaman bekerja di TM Point ketika practical, Cik Lie start mencari duit ketika di tahun akhir UM atas niat suka-suka mengisi masa. Time tu Cik Lie & housemate tersayang, Cik Fyna dapat kerja part time as service crew di restoran Sushi King, MidValley. 1 jam RM 4. Selalu kitorang akan masuk petang sampai closing. Penat tu memang penat tapi fun. Siap dapat kengkawan international lagi (warga nepal) nasib baik takde yang sangkut =p Pekerja-pekerja kat situ pun best dan diorang selalu kata Cik Lie & fyna ni pekerja demand. Yela, mana ada part-timer yang mintak waktu perlepasan utk solat dan boleh pilih nak kerja hari apa dekat manager yang kadang-kadang ada yang kafir. Pernah jugak manager offer, "u tak nak duit lebih ke?" (die suruh kerja waktu cuti umum). Cik Lie cakaplah, "i kerja part time je, i bukan nak duit lebih sangat pun". Kerek kan? Cik Lie nak takut ape coz punch card ade, bukan die yang bayar gaji pun. hehehe.. Cik Lie sempat kerja 2 bulan sebelum masuk Ramadhan. Dengan duit tu jugaklah Cik Lie sempat berbelanja hari raya utk orang-orang tersayang.

- Cik Lie juz boleh telan sushi yang biase-biase je. Yang lain-lain tu kembang tekak rasenye. Takpun Cik Lie paw yakult je. Lebih menakutkan bila isu-isu radiasi ni. huhuhh -

Sementara tunggu konvo, Cik Lie diterima menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) selama setahun di kampung halaman. Pengalaman ini lah yang membuka jalan untuk Cik Lie meneruskan kehidupan dengan memilih bidang pendidikan sebagai kerjaya nanti. InsyaAllah.. Pada mulanya Cik Lie mengajar macam-macam subjek. Seni pun Cik Lie belasah je. Sampailah tengah tahun, barulah Cik Lie dapat option tetap sebagai teacher BI. Sebenarnya, menjadi guru membolehkan anda menjadi apa sahaja. kadang-kadang student sakit, kitalah jadi doktor, time sukan kitalah jadi atlit dan pegawai sukan, time minggu budaya, kitalah kena menyanyi. Kadang-kadang pion pun boleh jugak. So interesting. Yang bestnye, di sekolah Cik Lie bukan saje jadi Cikgu. Malah usahawan kecil. Dulu pernah juga bercita-cita jadi usahawan akibat pengaruh drama-drama koporat melayu. So, nilah masa nak try test bakat. Cik Lie jual agar-agar dan dadih (50 sen), keropok ikan/sayur (50 sen), coklet+waffer+kek (Rm1) dan kadang-kadang Sandwich (Rm1). Cik Lie tak payah bukak kiosk pun, pagi-pagi sure ade student yang Cik Lie lantik khas siap sedia menunggu di tempat parking kereta Cik Lie. Tak sampai 5 minit, sure kosong paper bag. Name pun budak sekolah. Lumayan jugakla sebab modal sikit (kalau beli barang dengan mak lagi best sebab tak payah keluar modal =p). Selain tu Cik Lie ada peluang lebih jadi guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen. Cik Lie ajar students darjah 1,2 (sains) dan form 1 & 2 (math). Kalau ade cikgu tak datang, Cik Lie dengan rela hati nak ganti. Dapat lebih sikit. Jangan tak tahu, Cik Lie pernah jadi saudagar minyak wangi bersama Cik Dayah & Pn. Kak Yani. hehhee.. tapi bukan one drop la, adik beradik jugak. Selain kat sekolah, sampai UiTM Seri Iskandar pun kami redah. Berbaloi-baloi ;) Honestly, memang time ni Cik Lie banyak menyimpan , beli harta diri sendiri (2 laptop & 1 handset) dan sediakan kelengkapan adik-adik sekolah dan sebulan sekali turun KL


- Ha'ah, Cik Lie memang garang pun. Bukan takat host pemadam api ni je Cik Lie boleh buat senjata =p Eksyen je tu sebenarnya, paling teruk pun Cik Lie bantai meja je. Nak pukul anak orang memang tak lah kan~~ Tapi itu yang buat diorang ingat kat kita =) -

- Sesi pembungkusan untuk jualan. Nasib baik cekgu-cekgu tak report pengetua & pak cik kantin tak jeling Cik Lie pelik =p -


- Anak-anak di Pusat Tuisyen, nakal nih..tapi bab bergambar, comel je kan ;) -

- Sayelah saudagar minyak wangi itu, tak taulah wujud lagi or tak. Tapi ni memang ok. Takdela macam sesetengah tu campur air -

Habis je setahun jadi GSTT, Cik Lie terus dapat offer sambung Master for free. Memandangkan kelas Cik Lie juz hari Rabu, Jumaat dan Sabtu, spesis macam Cik Lie ni mana la boleh duduk diam tambah pulak bila dah pernah pegang duit. Alhamdulillah...Cik Lie diterima sebagai Research Assistant untuk lecturer Cik Lie. Paling best, ia berkaitan dengan tesis Cik Lie. Untunglah kan =) Disebabkan lecturer Cik Lie tu jenis sempoi-sempoi je, so Cik Lie boleh bekerja dari rumah. Di kesempatan itu, Cik Lie edar flyer kat fakulti berkenaan home-tutor. Alhamdulliallah dapat seorang lecturer yang ada 3 orang anak yang nak Cik Lie ajarkan 3 hari seminggu sebelah malam. Lepaslah duit minyak+topup+sewa rumah. Paling best bila diberitahu keputusan mereka meningkat pada peperiksaan akhir tahun lalu. Now, Cik Lie sedang mengintai-intai peluang untuk menjadi Tutor di UPSI. Sebelum ni Cik Lie dah apply dan dah dapat kelulusan dari Dekan. Sekarang juz tunggu Bahagian Sumber Manusia untuk keluarkan surat. Moga-moga semuanya dipermudahkan. Doakan Cik Lie juga ye kawan-kawan =)


- Teammates Research Cik Lie yang time ni begitu seriyes ber discuss. Yang kat depan tu lah my big boss merangkap Sifoo Cik Lie yang sangat Cik Lie respect. She is my idol : Dr. -Ing Maizatul Hayati =)

- Cik Lie & anak didik tuisyen (Dhiya). Yang duduk atas riba tu (Syifa) tak masuk pakej tapi die paling excited tiap kali abang dan kakaknye belajar. -