Monday, April 4, 2011

oh Ganesys ku sayang~~

Di awal bulan April ni, Cik Lie tiba-tiba terpana memandang resit balance bank-bank Cik Lie. Semuanya hanya tinggal 2 digit. Aduh~~~ ini semua gara-gara Ganesys Cik Lie dah start mengada-ngada. Ceritanya begini, semalam (ahad), Cik Lie baru pulang dari rumah mak cik Cik Lie di Ampang. Tengah syok-syok layan mp3 sambil memotong kiri dan kanan (highway 3 line), tiba-tiba terdengar bunyi pushhhh~~ Time tu selepas exit Rawang. Lantas Cik Lie memberhentikan kenderaan di bahu highway. Dalam otak Cik Lie, sure prob kat tayar. matilah kalo pancit~~ tapi everything is fine. Cik Lie pun memulakan perjalanan. Ketika on aircond, bunyi nyet nyet (nyaring sangat). Cik Lie terbau asap. ah..sudah.. Cik Lie off aircond & meneruskan perjalanan. Alhamdulillah..selamat sampai. Pagi ni, Cik Lie pun menghantar la Ganesys ke 'klinik'. Sebelum tu mintak nasihat automative engineer merangkap adek angkat Cik Lie, Syed Safwan. Setelah di diagnose secara maya, beliau menasihatkan Cik Lie ke workshop sambil menyatakan amount yg perlu disediakan.

Sampai di workshop, apek tu cakap compressor dah jem. Memang berasap-asap la. Mula-mula die bajet RM 480 dan masa 2 jam untuk satel. So, Cik Lie pun melepaklah di library. Tapi tak sempat nak cuci mata la sebab mata dah rabun nampak $$$$ yang melayang-layang. Gaji Cik Lie masuk tgh bulan. So, yang bulan lepas Cik Lie memang dah cukup-cukup portion die 16% dalam Financial Planning yang dijaga oleh my BFF, incik aep, 40% dalam ASB, 25% bayar PTPTN & selebihnya + duit ngajar tuisyen untuk perbelanjaan harian &f amili . ASB Cik Lie nekad tak mau usik sampai cukup target hujung tahun ni, InsyaAllah. Sebab tu tinggal dua digit je dlm bank. Alih-alih, bila semua dah setel, semua sekali RM 540. Haiyaaaaaaa...apa macam ini apek?? die kata kena tukar fan sekali. Disebabkan compressor tu memang dah takleh function dengan elok, so enjin jadi kotor yang amat yang die dah siap cuci. So, pasrah secara pukallah kan sebab semua dah setel. Tapi skang memang gigil la sejuk teramat. Actually adatlah tu, benda dah sampai hayat. Cik Lie pun patut bersyukur sebab tak payah pening-pening fikir tiap-tiap bulan bayar duit kereta. Genesys tu dah free of charge pun dah seribu nikmat. So, juz jaga maintainance je la. Harta pusaka tu... Moral nak cerita kat sini, bulan ni Cik Lie 'diet' la ek. Nak tunggu tengah bulan macam lambat. Sesekali makan telur, ikan bilis, sardin, takpun meggi tomyam ape salahnye dok???

- peliharalah enjin kereta anda sebelum anda kaget di tengah jalan -