Saturday, April 30, 2011

Best buddy kanak-kanak riang

Tetibe Cik Lie dapat invitation ---> 'jom sok, aku turun dr Ipoh petang kot' : Boboy. Perghh...lama sungguh kot tak jumpe. So, kiranya ni mcm reunion la (reunion la sangat...). So, petang td bertempat di Secret Recipe, Cik Lie, Boboy & Jai pun bereunion la secara trio (actually ade sorg lagi tapi bukan geng kasut sport la =p). Segan jugak mulanya coz Cik Lie seorang je perempuan.. dah ajak Intan. Tapi dia keje plak..Ili plak sejak bergelar isteri sure la takleh kacau dah. Memandangkan menghargai kunjungan 'orang jauh' ni. Cik Lie okey kan saje. Yang penting matahari masih ade =). Berborak sakan lah kami. Bayangkan lebih dari 14 tahun punye cerita semua nak bongkar balik. Dari cerita zaman kanak-kanak riang sampailah zaman couple, pastu zaman masing-masing kembali single. Memang belawok, belawok betullah. That's we call life =). Sebenarnya juz nak bagitahu, even who you are, where you from, what you did, once a bestfren still alwayz bestfren. Alhamdullillah...Syukran Ya Allah =)


-Jai-Cik Lie-Boboy -


Ade macam peserta MLM tak? hehehe.. pinjam posing dengan 'girlfriend' Boboy


Sure korang semua dah pelik semacam kenapela Cik Lie ni mcm obviously speaking up pasal mamat nama Boboy ni. Jeng..Jeng..Jeng.. Sebabnya mamat ni memang payah nak jumpe & berita die ni macam bermusim. Awal bulan 5 ni, die naik kapal balik so tunggulah perkhabaran hujung tahun ni plak. So, sementara ade cerita kita up up high to sky la. Pasni dah nak bye2. Shuuuttt..ssshhhuuutt.. Cik Lie dengar ape yang korang umpat tu. Takpe, Cik Lie jawapkan dengan pic dibawah ini. Harap persoalan terjawab la ye..



Tuesday, April 26, 2011

Beauty With Brains


Orang cakap jadi janda tu susah, tapi sebenarnya jadi anak dara pun payah jugak. Em..adakah usia di suku abad jika masih single & available tu sesuatu yang disaster? Actually, Cik Lie malas dah nak pikir & bersoal jawap dengan sesetengah manusia yang kononnye concern, padahal ada nada-nada sinis di situ. Cik Lie ok je if orang tanya personal life. Tapi bile ade yang tanye dan keluar statement yang pelik-pelik, Cik Lie pun jawap ganjil-ganjil jugaklah. heehehe.. antaranya --->

S: Kenape ko tak nak cari lain? ko anti lelaki ek?
A: Aku ni banyak kekurangan. Kalo aku hebat takkan aku kena tinggal. So, biarlah aku bertapa mencari kehebatan aku sampai petala langit ke-7 supaya tak terduduk lagi.

Q: Ko ni memilih sebenarnye kan? Aku tengok kawan-kawan ko semua keje best-best.
A: Ha'ah, aku suke orang yang ber career 'busy' supaya takde mase die nak pi ngorat tang lain.

Q: Ko ni rupalistic la. Nak yang hensem-hensem je
A: Mestilah... sebab aku tak cantik. Kalo suami aku hensem, nanti anak aku sure comel rite ;)

Q: Aku tengok ko banyak je kawan lelaki. Takkan sorang pun tak lekat. Atau ko jadikan diorang tu tempat for fun ko je?
A: Hahaha..memang aku fun pun dengan diorang coz diorang tu aku dah anggap macam adik beradik yang terima diri aku camne rupe pun. No heart feeling. No control-control. No cover-cover.

Q: Aku tau taste ko ni yang warak-warak. Tapi ko layak ke nak dapat yang macam tu?
A: Yup, aku suke sebab nanti die boleh sekolahkan aku dengan cara penuh hikmah. Bukan maki hamun atau sumpah seranah ikut sedap mulut je. Pastu kalo tengah baik, berdondang sayang kat fb, kalo gadoh, berperang sakan macam nak 1 dunia tau. Kalau warak ni, sure tukar status kat pun die tak nak. Saham aku sure maintain. Alih-alih tau aku terminate fb sebab aku dah kahwin =)

Q: Nape ko tak fight for your love? Kt sayang sgt.. 1st love kunun..
A: Takpela, aku jadikan lagu Rossa yang terbaru tu sbg panduan je. Lagi pun aku takmo sebab aku hidup die dihantui kehidupan ngeri sepanjang hayat.

Otaikan ? 70% not really I means actually. Cukuplah sekadar menyenangkan hati yang bertanya & menggembirakan diri sendiri coz akhirnya soalan-soalan killer ni akan jadi sesuatu yang kelakar untuk diketawakan. Kalau nak cakap topik ni takkan habis. Explain la camne pun, takde maknenye bagi yang dah cop kita ni 'demand tinggi'. Sesungguhnya Cinta itu adalah kurniaan Allah yang paling agung. Jika dia hadiahkan rasa cinta, tak mampu kita menolaknya walau pun dia hanyalah seorang cleaner dan anda adalah Perdana Menteri. Fikir-fikirkanlah =)


-Gambar ini saja yang berkaitan dengan tajuk entry-

Thursday, April 21, 2011

Kerna Terpaksa~

Bulan lepas Cik Lie dikejutkan dengan berita ini dan hari ini di bulan April Cik Lie menerima satu lagi perkabaran iaitu :
Alhamdullillah..no other words =) But, maybe I have to let it go~~ Ini kerana tidak mungkin medan perang Cik Lie ni masih bermurah hati memberi sponsor yang dalam anggaran kasar hampir 7K. Untuk pembiayaan sendiri, belumlah Cik Lie berkemampuan lagi. Cik Lie tak lah frust sangat kerana I believe in potential. Now, Cik Lie tengah fokus untuk ke Istanbul, insyaAllah hujung bulan 5 nanti. Pasport pun dah setel. Itu adalah peluang and ruang Cik Lie buat kali ini yang takkan Cik Lie sia-siakan beserta doa, restu dan sokongan keluarga, guru dan rakan-rakan tersayang yang selalu ada untuk Cik Lie. Cik Lie sayang kalian (^^,)v

Wednesday, April 20, 2011

Count your blessings, not your troubles

Lately kawan-kawan Cik Lie selalu complain Cik Lie sekarang agak sensitif & emo.. Gurau sikit, asyik sentap je... Nak katakan stress, my life everything is fine.. nak katakan PMS, aish..dulu-dulu tak pernah plak. Hati tak tenang, jiwa tak tenteram, fikiran bercelaru. Tapi tak tahu punca utamanya... Ya Allah, bantulah hamba-Mu..

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian Penentu jodoh pertemuan



Tuesday, April 19, 2011

Sombong Sesama Manusia = Sombong Pada Allah


Ingat 2 Perkara :
  • INGAT kebaikan orang pada kita. Syukur dengan kebaikan yang diterima. Hargai dan ingati selalu
  • INGAT keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada orang lain. Istighfarlah selalu. Minta maaf padanya, minta ampun pada ALLAH.

Lupa 2 Perkara :
  • LUPA pada setiap kebaikan yang pernah kita lakukan pada sesiapa jua. Jangan di ungkit-ungkit. Jangan disebut-sebut.
  • LUPA pada keburukan dan kesalahan orang lain terhadap kita. Walau pun hati terluka, maafkan dia. Doakan yang terbaik untuk semua.

Monday, April 18, 2011

Welcome to d club =p

Semalam Cik Lie have a long chat with my best buddy zaman kanak-kanak rebina yang Cik Lie panggil die BOBOY. Ok, lets me intro he 1st. Kitorang start kenal kat sekolah agama darjah 5 saje. Die sekolah Methodist, Cik Lie sekolah kebangsaan. Selalu orang kata sekolah Methodist ngan sekolah Kebangsaan x ngam. Tapi kitorang ade gang yang terdiri dari Boboy, Jai, Azizan, Ili, Cik Lie, Intan n Alia. Kitorang jadi geng sebab kitorang paling ‘buas’ yang selalu buat ustazah-ustazah naik hangin. (pernah kitorang kene denda balik lambat+berdiri atas meja+cuci toilet). Lagi 1 yang buat kitorang geng sebab orang lain pergi sekolah pakai kasut sekolah, tapi kitorang pakai sport shoes. (Cik Lie punya cap kiki lala). Tiap kali rehat sure main police entry or aci nyorok belakang sekolah. Balik sekolah plak sementara tunggu van, main galah panjang kat court badminton. Masuk darjah 6 kitorang pakat semua takmo datang sekolah sebab kononnye nak UPSR n peperiksaan besar sekolah agama pun time darjah 5 (UPKK). Masuk sekolah menengah, die pindah sekolah asrama penuh. Memang lost contact and jumpe balik dalam friendster . Boboy ni mcm Chipsmore coz hidupnye persis “Pirates of Carribien”.(tiap kali Cik Lie mintak ole2, jawapan standard “kawen ko nanti, hadiah paling best gerenti dari aku”). Owh ye, Boboy ni ade penyakit ‘TakutDenganPerempuan’ and Cik Lie adalah satu-satunye kawan perempuan yang die kata die ‘TAK TAKUT’. Oleh sebab tu, tiap kali die timbul (means anchor dimana2 perlabuhan sure die roger Cik Lie). Ok, cukup-cukupla tu ek intronye.

Boi.. aku curi pic ko ni ek. promotion ni =p

Juz nak share kat sini pasal chat kitorang yang panjang tu. Die share ngan Cik Lie love story nya yang telah kecundang. Even die ade ‘penyakit’ tu, tapi die juga manusia biasa yang ada hati & perasaan. Sebab musabab die clash tu tak eloklah Cik Lie ceritakan . I know he tried so hard n Cik Lie sangat respect toing-toing coz die sangat matang. Dalam dok borak-borak tu, die cakap :

Boboy: rasa bangga plak ada besfren yang tabah cam ko

Cik Lie: Nape plak?

Boboy: Takdela, ko rileks je even dugaan ko mcm2. Sian ko an

Cik Lie: haha.. mane ade, kekadang meroyan gak =p pape pun wish all for d very best utk sume.

Boboy: Bagus2, positive thinking. I like!

Cik Lie: aku tau, mmg susah nak muv on. Kalo senang sure dah berderet bf aku. Hehhe

Boboy: Tu la pasal..

Ramai member-member Cik Lie tanya, ‘kenapa ko masih perlu tunggu?’ ‘kenapa ko masih perlu mengharap?’ ‘kenapa ko masih perlu blablabla..’ Semua tu biarlah Cik Lie saje yang tahu coz Cik Lie percaya Allah sentiasa bersama Cik Lie. I have to be strong coz I want to survive. Mohon doanya ya rakan-rakan =)

Sunday, April 17, 2011

dah macam gossip page plak entry ni ;)

Siang tadi, tika Cik Lie membelek-belek majalah di Tesco Taiping, Cik Lie jumpa ni :


Cik Lie juz nak highlight tang lelaki yang jadi cover untuk majalah ni je. Actually Cik Lie bukanlah kipas-susah-mati beliau tapi dulunye Cik Lie pernah sama kan wajahnya dengan seseorang (yang turut diakui oleh mak Cik Lie). Time die berlakon cerita Ustaz Amirul dulu pun Cik Lie tak boleh ikut sangat sebab ~sedey tiap kali tengok wajahnya~. Sesiapa yang rajin tengok rancangan dunia artis, baca blog gosip artis & paper bahagian artis sure tau perkembangan positive beliau. Juz kat sini Cik Lie nak share few words from article yang boleh dijadikan renungan bersama:

Katanya, dia mula berubah sejak dia mula merenung diri dan melihat betapa banyaknya dosa yang dia telah lakukan. Hidupnya yang penuh gaya tidak menjanjikan ketenangan, malahan membuatkan dia terperangkap antara ketenangan, kemewahan dan kepuasan, tetapi dia tidak mahu mengaku kalah dengan kecamuk jiwanya, lalu dia bangkit cuba mencari jawapan kepada setiap persoalan yang mengganggu jiwa. Dia mula menyusuh langkah untuk menjadi manusia yang lebih baik walaupun dugaan cukup banyak.

“Dekatkanlah diri dengan Allah,”.

Latest news, beliau dah pun selamat bertunang dengan seseorang yang bukan artis. Bercerita tentang tunangnya :

“Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya.

“Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya."




Thursday, April 14, 2011

M.E.M.O.R.Y

Malam ni juz belek-belek gambar lama [menunjukkan simptom penyakit 'rindu' kat kawan-kawan]. Then, terjumpa beberapa gambar edit yang boleh tahan juga sweet nye. Ni sikit je coz nanti makin teruk plak penyakit 'rindu' tu kalo tepek banyak-banyak. So, juz enjoy ya ;)


Acara : Wedding Sifoo
Lokasi : Raub, Pahang
Orang dalam gambar : Azim, Jijix, Zul, Nik, Aep, Abg.Amir & Kak Nurul (pengantin), Judeng, Faris, Ikhe, Wan, Hilmi, Kak An & Kak dila
Photographer & Edited by : Photographer pengantin

Acara : Rekreasi
Lokasi : Taman Sri Cahaya, Shah Alam
Orang dalam gambar : Charleen, Yass & Zila
Photographer & Edited by : Charleen
Acara : Wedding Aj
Lokasi : Kuantan, Pahang
Orang dalam gambar : Judeng, Ikhe, Wan, Mazizul & Zul (candid titled 'Paramore d'makin)
Photographer & Edited by : Nik a.k.a Chrono [eXe]

Acara : Convocation
Lokasi : UM
Orang dalam gambar : Sue, Aep, Wari, Judeng, Ikhe, June, Dila, Shalina & Fatnin
Photographer & Edited by : Zul a.k.a Zoul Kapan

Acara : Convocation
Lokasi : UM
Orang dalam gambar : Mek Long, Aep, Wari, Judeng, Ikhe, June, Hana,Dila, Shalina & Fatnin
Photographer & Edited by : Zul a.k.a Zoul Kapan

Acara : Photoshoot
Lokasi : FSKTM, UM
Orang dalam gambar : Cikon, Ikhe, Nazmi, Wan, Azim, Fyna, Denon & Aep
Photographer & Edited by : Nik a.k.a Chrono [eXe]

Acara : Photoshoot
Lokasi : UM
Orang dalam gambar : Cikon, Aj, Ikhe, Nazmi, Wan, Azim, Noni, Denon & Aep
Photographer & Edited by : Nik a.k.a Chrono [eXe]

Acara : Night Walk
Lokasi : Dataran Merdeka
Orang dalam gambar : Cikon, Ikhe, Wan, Azim, Fyna, Aj, Dila, Farah & Fatnin
Photographer & Edited by : Fyna & Azim

Thursday, April 7, 2011

Rezeki Allah itu Maha Luas

Tik Tok Tik Tok,, aik.. sudah 4:17 am. Sudah tidak dapat berfikir untuk menghabiskan penulisan paper untuk conference. Tinggal part discussion je lagi tapi otak sudah *blank* tapi mata tidak mahu pejam. Bosan sudah layan You Tube. Harap-harap dengan menulis di blog ni dapat bertahan sampai subuh sebab tak yakin akan bangun kalau terlelap sat lagi.

Ok, lets talk about MONEY (bulan ni boleh dianggap bulan kesempitan wang). Some people said, money is not everything. But MOST people said, everything is money. Time study dulu Cik Lie selalu pelik kenapa ada member-member yang risau pasal elaun bulanan. Elaun ni macam wang saku yang telah diperuntukkan oleh parents diorang untuk tiap bulan. Tak kira la bulan tu korang jimat or boros, kalau dah RM 300, jangan harap boleh mintak lain melainkan keperluan study. Cik Lie pernah bertanyakan perihal ni kepada Cik Kudozu, mudah saje jawapan beliau. Orang KL memang macam tu. Ooo.. patutlah Cik Lie bukan macam tu sebab Cik Lie orang KK =p Moralnya, taraf hidup kat KL ni tinggi, so diorang di ajar macam tu supaya tegar menghadapi cobaan-cobaan metropolitan (ni Cik Lie agak sendiri je. hehheh)

Family Cik Lie golongan biase-biase aje and luckly Cik Lie bukan jenis kaki shopping. Tapi agak boros dalam bab 'makanan merapu' (sebab tu badan takmo besar-besar kot). Sebab tu jugak ex-bf dulu bosan kot...tak reti belikan hadiah best2 & belanje besar2 sebab untuk diri sendiri pun Cik Lie bukan spesis tu. tak sweet..(ah..merapu sudah).

Selain pengalaman bekerja di TM Point ketika practical, Cik Lie start mencari duit ketika di tahun akhir UM atas niat suka-suka mengisi masa. Time tu Cik Lie & housemate tersayang, Cik Fyna dapat kerja part time as service crew di restoran Sushi King, MidValley. 1 jam RM 4. Selalu kitorang akan masuk petang sampai closing. Penat tu memang penat tapi fun. Siap dapat kengkawan international lagi (warga nepal) nasib baik takde yang sangkut =p Pekerja-pekerja kat situ pun best dan diorang selalu kata Cik Lie & fyna ni pekerja demand. Yela, mana ada part-timer yang mintak waktu perlepasan utk solat dan boleh pilih nak kerja hari apa dekat manager yang kadang-kadang ada yang kafir. Pernah jugak manager offer, "u tak nak duit lebih ke?" (die suruh kerja waktu cuti umum). Cik Lie cakaplah, "i kerja part time je, i bukan nak duit lebih sangat pun". Kerek kan? Cik Lie nak takut ape coz punch card ade, bukan die yang bayar gaji pun. hehehe.. Cik Lie sempat kerja 2 bulan sebelum masuk Ramadhan. Dengan duit tu jugaklah Cik Lie sempat berbelanja hari raya utk orang-orang tersayang.

- Cik Lie juz boleh telan sushi yang biase-biase je. Yang lain-lain tu kembang tekak rasenye. Takpun Cik Lie paw yakult je. Lebih menakutkan bila isu-isu radiasi ni. huhuhh -

Sementara tunggu konvo, Cik Lie diterima menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) selama setahun di kampung halaman. Pengalaman ini lah yang membuka jalan untuk Cik Lie meneruskan kehidupan dengan memilih bidang pendidikan sebagai kerjaya nanti. InsyaAllah.. Pada mulanya Cik Lie mengajar macam-macam subjek. Seni pun Cik Lie belasah je. Sampailah tengah tahun, barulah Cik Lie dapat option tetap sebagai teacher BI. Sebenarnya, menjadi guru membolehkan anda menjadi apa sahaja. kadang-kadang student sakit, kitalah jadi doktor, time sukan kitalah jadi atlit dan pegawai sukan, time minggu budaya, kitalah kena menyanyi. Kadang-kadang pion pun boleh jugak. So interesting. Yang bestnye, di sekolah Cik Lie bukan saje jadi Cikgu. Malah usahawan kecil. Dulu pernah juga bercita-cita jadi usahawan akibat pengaruh drama-drama koporat melayu. So, nilah masa nak try test bakat. Cik Lie jual agar-agar dan dadih (50 sen), keropok ikan/sayur (50 sen), coklet+waffer+kek (Rm1) dan kadang-kadang Sandwich (Rm1). Cik Lie tak payah bukak kiosk pun, pagi-pagi sure ade student yang Cik Lie lantik khas siap sedia menunggu di tempat parking kereta Cik Lie. Tak sampai 5 minit, sure kosong paper bag. Name pun budak sekolah. Lumayan jugakla sebab modal sikit (kalau beli barang dengan mak lagi best sebab tak payah keluar modal =p). Selain tu Cik Lie ada peluang lebih jadi guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen. Cik Lie ajar students darjah 1,2 (sains) dan form 1 & 2 (math). Kalau ade cikgu tak datang, Cik Lie dengan rela hati nak ganti. Dapat lebih sikit. Jangan tak tahu, Cik Lie pernah jadi saudagar minyak wangi bersama Cik Dayah & Pn. Kak Yani. hehhee.. tapi bukan one drop la, adik beradik jugak. Selain kat sekolah, sampai UiTM Seri Iskandar pun kami redah. Berbaloi-baloi ;) Honestly, memang time ni Cik Lie banyak menyimpan , beli harta diri sendiri (2 laptop & 1 handset) dan sediakan kelengkapan adik-adik sekolah dan sebulan sekali turun KL


- Ha'ah, Cik Lie memang garang pun. Bukan takat host pemadam api ni je Cik Lie boleh buat senjata =p Eksyen je tu sebenarnya, paling teruk pun Cik Lie bantai meja je. Nak pukul anak orang memang tak lah kan~~ Tapi itu yang buat diorang ingat kat kita =) -

- Sesi pembungkusan untuk jualan. Nasib baik cekgu-cekgu tak report pengetua & pak cik kantin tak jeling Cik Lie pelik =p -


- Anak-anak di Pusat Tuisyen, nakal nih..tapi bab bergambar, comel je kan ;) -

- Sayelah saudagar minyak wangi itu, tak taulah wujud lagi or tak. Tapi ni memang ok. Takdela macam sesetengah tu campur air -

Habis je setahun jadi GSTT, Cik Lie terus dapat offer sambung Master for free. Memandangkan kelas Cik Lie juz hari Rabu, Jumaat dan Sabtu, spesis macam Cik Lie ni mana la boleh duduk diam tambah pulak bila dah pernah pegang duit. Alhamdulillah...Cik Lie diterima sebagai Research Assistant untuk lecturer Cik Lie. Paling best, ia berkaitan dengan tesis Cik Lie. Untunglah kan =) Disebabkan lecturer Cik Lie tu jenis sempoi-sempoi je, so Cik Lie boleh bekerja dari rumah. Di kesempatan itu, Cik Lie edar flyer kat fakulti berkenaan home-tutor. Alhamdulliallah dapat seorang lecturer yang ada 3 orang anak yang nak Cik Lie ajarkan 3 hari seminggu sebelah malam. Lepaslah duit minyak+topup+sewa rumah. Paling best bila diberitahu keputusan mereka meningkat pada peperiksaan akhir tahun lalu. Now, Cik Lie sedang mengintai-intai peluang untuk menjadi Tutor di UPSI. Sebelum ni Cik Lie dah apply dan dah dapat kelulusan dari Dekan. Sekarang juz tunggu Bahagian Sumber Manusia untuk keluarkan surat. Moga-moga semuanya dipermudahkan. Doakan Cik Lie juga ye kawan-kawan =)


- Teammates Research Cik Lie yang time ni begitu seriyes ber discuss. Yang kat depan tu lah my big boss merangkap Sifoo Cik Lie yang sangat Cik Lie respect. She is my idol : Dr. -Ing Maizatul Hayati =)

- Cik Lie & anak didik tuisyen (Dhiya). Yang duduk atas riba tu (Syifa) tak masuk pakej tapi die paling excited tiap kali abang dan kakaknye belajar. -


Monday, April 4, 2011

oh Ganesys ku sayang~~

Di awal bulan April ni, Cik Lie tiba-tiba terpana memandang resit balance bank-bank Cik Lie. Semuanya hanya tinggal 2 digit. Aduh~~~ ini semua gara-gara Ganesys Cik Lie dah start mengada-ngada. Ceritanya begini, semalam (ahad), Cik Lie baru pulang dari rumah mak cik Cik Lie di Ampang. Tengah syok-syok layan mp3 sambil memotong kiri dan kanan (highway 3 line), tiba-tiba terdengar bunyi pushhhh~~ Time tu selepas exit Rawang. Lantas Cik Lie memberhentikan kenderaan di bahu highway. Dalam otak Cik Lie, sure prob kat tayar. matilah kalo pancit~~ tapi everything is fine. Cik Lie pun memulakan perjalanan. Ketika on aircond, bunyi nyet nyet (nyaring sangat). Cik Lie terbau asap. ah..sudah.. Cik Lie off aircond & meneruskan perjalanan. Alhamdulillah..selamat sampai. Pagi ni, Cik Lie pun menghantar la Ganesys ke 'klinik'. Sebelum tu mintak nasihat automative engineer merangkap adek angkat Cik Lie, Syed Safwan. Setelah di diagnose secara maya, beliau menasihatkan Cik Lie ke workshop sambil menyatakan amount yg perlu disediakan.

Sampai di workshop, apek tu cakap compressor dah jem. Memang berasap-asap la. Mula-mula die bajet RM 480 dan masa 2 jam untuk satel. So, Cik Lie pun melepaklah di library. Tapi tak sempat nak cuci mata la sebab mata dah rabun nampak $$$$ yang melayang-layang. Gaji Cik Lie masuk tgh bulan. So, yang bulan lepas Cik Lie memang dah cukup-cukup portion die 16% dalam Financial Planning yang dijaga oleh my BFF, incik aep, 40% dalam ASB, 25% bayar PTPTN & selebihnya + duit ngajar tuisyen untuk perbelanjaan harian &f amili . ASB Cik Lie nekad tak mau usik sampai cukup target hujung tahun ni, InsyaAllah. Sebab tu tinggal dua digit je dlm bank. Alih-alih, bila semua dah setel, semua sekali RM 540. Haiyaaaaaaa...apa macam ini apek?? die kata kena tukar fan sekali. Disebabkan compressor tu memang dah takleh function dengan elok, so enjin jadi kotor yang amat yang die dah siap cuci. So, pasrah secara pukallah kan sebab semua dah setel. Tapi skang memang gigil la sejuk teramat. Actually adatlah tu, benda dah sampai hayat. Cik Lie pun patut bersyukur sebab tak payah pening-pening fikir tiap-tiap bulan bayar duit kereta. Genesys tu dah free of charge pun dah seribu nikmat. So, juz jaga maintainance je la. Harta pusaka tu... Moral nak cerita kat sini, bulan ni Cik Lie 'diet' la ek. Nak tunggu tengah bulan macam lambat. Sesekali makan telur, ikan bilis, sardin, takpun meggi tomyam ape salahnye dok???

- peliharalah enjin kereta anda sebelum anda kaget di tengah jalan -