Saturday, March 19, 2011

3 Hari 2 Malam bersama Cik Lie

Minggu ni schedule Cik Lie agak pack. Isnin & Selasa lepas Cik Lie bersama research team Cik Lie menjalankan Usability Testing dengan kanak-kanak (pic & vid d upload di FB), Rabu-Jumaat di Kelantan ‘Jale-jale cari gewe’, Sabtu & Ahad plak jadi driver hantar adik-adik balik asrama di Sg.Petani & Ipoh. Isnin depan appointment servis kereta mak Cik Lie. Mungkin Selasa baru Cik Lie boleh pulang semula ke medan juang. This post, Cik Lie nak share pasal ekspedisi ‘Jale-jale cari gewe’ Cik Lie tu. Actually, bak kata orang Perak, memang ‘becinte’ nak ke Kelantan ni. Almaklumlah, jauh~ Tapi disebabkan jemputan perkahwinan dari cintasayang Cik Lie sempena perkahwinannya, Cik Lie turutkan juga sambil-sambil melihat alam . Kalau dikira mungkin tak sampai sehari pun Cik Lie berhura hurey. Perjalanan dengan bas pun sudah hampir 6jam++, tidur malam lagi. Oleh sebab waktu yang sangat pack tu, hanya sempat jejak kaki di beberapa tempat yang wajib lawat je. So, juz enjoy the pic ya ;)



Cik Lie ber vacation bersama adik bongsu Cik Lie, alang-alang cuti sekolah ni. Tourist guard Cik Lie disini ialah Cik Cla, merangkap housemate Cik Lie di UPSI. Bukan saje khidmat tourist guard, khidmat homestay & driver pun lengkap pakej for freeeeeeeeeee. Hehehe. Malam 1st ni, Cik Lie dibawa ke Wakaf Che Yeh. Lebih kurang uptown la jugak. Memang sesak dengan orang. Barang-barang lebih kurang sama je kat tempat-tempat lain cuma lebih kepada kain pasang & tudung-tudung. Kat sini Cik Lie lebih kepada usha-usha je dulu.


Pukul 8.30 pagi, Cik Lie dibawa round-round Kota Bharu pulak. Mulanya kami ke dataran yang orang kata, kalau tak bergambar kat sini, tok sah percaye sampai Kelantan. So, sekarang dah percaye ? Kat sini lebih kepada seni ukiran & senibina Islam yang cantik. Disebabkan kekangan masa, Cik Lie & adik Cik Lie tak sempat pun nak masuk muzium. Bergambar depan muzium pun kire orait la kan ;)


Kemudian, kami ke Kampung Kraf. Kat sini ada macam-macam barangan kraf & replika rumah-rumah Melayu dulu-dulu. Pada sesiapa yang suka makan makanan melayu+ulam-ulaman, wajiblah try test pekena kat Restoran Cikgu. Kat sini jugak ade muzium kraf yang sempat bergambar kat depan muzium je.huhuu~~~


Seterusnya, kami berjalan kaki di tengah bandar KB dan sampailah jugak ke Pasar Siti Khadijah yang orang kata wajib shopping kat sini. Okey, mind set Cik Lie pun kata memang nak shoping kat sini. Sesiapa yang kenal Cik Lie tentu tau peel Cik Lie shopping, tak sampai sejam pun. Hahhha.. As usual, beli wajib beli adalah keropok+serunding+dodol+asam. Then, beli t-shirt untuk adik-adik, kain pelikat cap gajah duduk untuk ayah & blouse batik+gelang untuk mak. Sebabkan gewe takde, save sikit di situ =p (perlukah annonce???)


Jemputan ke majlis perkahwinan Sharifah Raina & Mahazan ini lah yang membawa Cik Lie ke sini. Meh Cik Lie cerita sikit pasal Raina ni. Raina ni sahabat Cik Lie Matrix Perlis. Kami kenal tak lama, tak sampai setahun pun. Alhamdulillah, Allah temukan Cik Lie dengan sahabat sepertinya yang banyak mendorong Cik Lie mengenal Tuhan. Kami juga ada berkawan baik dengan seorang lelaki iaitu Aliff. Aliff memang seorang lelaki yang sangat baik. Persahabatan kami bertiga ni lebih kepada sahabat yang saling menasihati & memberi semangat. Nak dijadikan cerita, ntah macam mana Raina macam jauh hati dengan Cik Lie & Aliff. Bile kitorang tanya, die macam elak-elak sampaikan kami sangat terasa dengan perubahan tu. Akhirnya, terbongkarlah rahsia rupanya ada makhluk yang tak puas hati tengok persahabatan kami ni dah ‘cucuk’ Raina. Alhamdulillah…jika niat kita baik pasti dipermudahkan. Dengan sikap matang & tak lari dari masalah. Kami bertiga berbaik semula. Malah, lepas habis Matrik pun, Raina di UMT & Aliff di UMS, kami masih sempat berhubung. Raina sentiasa ada tiap kali Cik Lie rasa down dengan kata-kata hikmahnya. Raina jugak selalu hadiahkan Cik Lie dengan kain pasang yang cantik-cantik. Baju yang Cik Lie pakai untuk wedding tu pun, die yang hadiahkan. =) Untuk wedding nya ni, Raina selalu juga minta pendapat Cik Lie terutamanya bab barang hantaran & hal-hal photography. Nasib baik ade ilmu sikit-sikit dari wedding Eton & Hafidzal hari tu. Hehhehe. Alhamdulillah…Raina dah bertemu kebahagiaannya =) Pasni takleh panggil cik rai dah. Tapi ade sikit ralat sebab Cik Lie tak sempat tunggu sampai pengantin lelaki yang dijangka tiba pada pukul 3 ptg sebab Cik Lie dah janji dengan cintasayang Cik Lie yang seterusnya. Raina ajak Cik Lie datang malam nanti sebab die kata banyakkkkkkkkk benda nak cerita & tunjuk. Tapi tak dapat jugak sebab Cik Lie dah ‘flat’~


Cik Lie bergerak menuju kerumah CintaSayang Cik Lie yang juga my Guardian Angel, Nabilah. Sepatutnya Cik Lie sampai semalam untuk wedding abangnya. Tapi tak sempat~~ Sempat tengok pelamin & jumpe kak ipar dia yang peramah. Sesiapa yang berhajat nak bervacation di Pulau Perhentian, boleh contact kak ipar Nabilah ni sebab die ade resort kat sana. (eh, promot plak =p). Cerita sikit pasal Nabilah, Nabilah ni pun macam Raina jugak juz kami dapat bersama lebih lama & nabilah banyak bersama Cik Lie melalui masa sukar & gembira. I am always in her warm hug. (dengan saiz Cik Lie yang kemetot ni). Juz pernah sekali Cik Lie emo & sound dalam meeting time jadi Pembantu Mahasiswa, ‘ I am not Nabilah’s shadow’. Maksudnye, Cik Lie runsing setiap kali Cik Lie jalan sorang-sorang, pasti orang tanye Nabilah mana. Cik Lie rasa orang pandang Cik Lie macam I can’t live without her. Pastu semua orang kata sorry & tak tanya macam tu dah. Hahaha..kelakar betul time tu =p Nabilah tak suka tengok Cik Lie sedih. If Cik Lie sedih, die yang akan emo lebih. If Cik Lie stress, cakaplah nak pegi mana, nak makan ape, semua die akan sediakan. Memang patut pun Cik Lie can’t live without her… Lepas borak-borak dengan ummi, kami pergi ke Mall yang paling gah di KB ala-ala mid Valley la kununnye iaitu KB Mall.

Sampai sinilah saje catatan Cik Lie di Kelantan. Cik Lie bertolak pulang pada jam 9.30 pg dengan membawa tambahan 2 beg. Heheheh. Walaupun tak puas, tapi Cik Lie bersyukur kerana lepas segala hajat. Terima kasih kepada Cla & family yang banyak bersusah payah. Kish2 Hug2 ;) InsyaAllah, ade rezeki sampai lagi. Sebagai penutup, Cik Lie share borak2 bersama BFF Cik Lie as usual : (xsempat capture screen sbb pakai laptop org lain)

aep : Ramai dapat gewe ?

LiFe_Farhana : Usha-usha je, bile pikir2 balik cancellah nak cari gewe org Klate. Jauh~~

aep : La… Br tau ke? =p ish..ish..ish..

LiFe_Farhana : Tula pasal. Tp kalo dekat sebelah rumah pun, x berkembang plak nanti. Ahhahah

aep : wah…detailnye list die

LiFe_Farhana : list ape?

aep : List ciri2 gewe (merujuk pd post2 sebelum ni)

LiFe_Farhana : hahhah..mestilah

aep : hahhhaha