Kali ni Cik Lie nak berkongsi cerita sikit perihal 2 orang member kamceng di zaman degree dolu-dolu yang masing-masing dah ada jalan cerita kehidupan tersendiri. Mereka berdua ni terkenal dengan sikap "exaggeration" atau bahasa rugged nye "poyo". Tapi yang bestnye poyo diorang ni jenis yang tak sakitkan hati orang atau buat orang meluat kecuali la mereka yang penuh rasa "takbolehlebihdarioranglain". Kalau manusia yang spesis tu, kalau kita lebih sekupang pun, nak dijatuhnye kita sampai lapisan ke 7 bumi. huhuhuh... ok2... meh Cik Lie ceritakan hal mereka niSmart tak mamat ni? wooppp wooppp !!! sila jawap dalam hati saje ye kawan-kawan kerana setiap jawapan anda sama ada ya/tidak akan menimbulkan kesan mendalam kepada beliau (itu pun kalau die baca post ni). Cik Lie memberi gelaran kepadanya Mat Azim dan sebenarnya nama Cik Lie ni pun die yang bagi dulu & lekat sampai sekarang. Benda yang nak diceritakan pasal Mat Azim ni adalah 'Europe Tour' nye yang agak-agaknya sudah seminggu dan sekarang masih diperantauan lagi.
Hal yang Cik Lie nak highlight kan kat sini adalah bagaimana terujanya Mat Azim ni menjayakan rencananya. Sejak tahun lepas memang dicanangnya satu donia die mahu mengembara. Maka berusaha keraslah beliau kerja bagai sudah tiada hari mengumpul kewangan. Dikala ada rakan seusia yang menyimpan untuk berkahwin/ membeli harta, nampaknya selain perbelanjaan dihabiskan untuk Jentu (nama manja kereta beliau), dua agenda itu tak termasuk dalam planner beliau dalam tahun terdekat ini. Gambar diatas adalah seminggu sebelum beliau berangkat meninggalkan Malaysia. Try test baju la kununnye, takut kena gelak dek minah-minah saleh plak kalau silap pakai. =p Yang bestnya, Mat Azim ni selalu update FB dengan post gambar-gambar tempat menarik yang sempat beliau lawati. Sampai rasa macam trip bersama plak. Mungkin pada orang lain tak suka buat semak wall, tapi Cik Lie suka sebab nak tunggu kita sendiri pergi ada chance ke tak la kan.. Yang best pasal Cik Lie & geng-geng Cik Lie di UM dulu, even kitorang jauh merata-rata, tapi kitorang sentiasa rasa dekat. Terima Kasih Teknologi =) Suatu malam tu, ketika jam 1 pagi, Cik Lie buzz beliau di YM & beliau buat voice call dengan Cik Lie. Sempatlah jugak tanya keadaan kat sana yang dikala itu beliau bersama aloy (junior di kolej10 merangkap partner trip) sedang menikmati minum petang dengan view yang chantek. (xtaula view yang mana satu =p) Best sungguh bunyinye kan.. Kat sini Cik Lie tunjukkan sikit gambar-gambar yang di post.
Cerita yang kedua ini pula perihal hot-mummy-to-be atau lebih dikenali sebagai aj. Kalau sesiapa yang pernah mengikuti cerita-ceriti zaman remaja a.k.a zaman bujangnya di blog yang telah dideactivekan, pasti tak sangka tak lama lagi beliau akan melalui fasa sebagai ibu pula. Dengan sikap gila-gila & ikut dan nya tu menjadikan pada Cik Lie beliau memang superb. hehehe. Sekarang beliau telah membuka sebuah blog baru yang menceritakan pengalaman beliau & suami melalui fasa menunggu ni -> Journey of Being A Mommy-To-Be. Mengikut pengakuannya, blog terdahulu dihapuskan supaya anaknye nanti tak terbaca & tahu kesah hidup mommy nye zaman muda mudi. em... Cik Lie pun rasa nanti macam tu jugaklah. hehehheh. Gambar di bawah adalah gambar yang tak berapa terkini aj bergaya dengan fesyen mak buyungnye.Ni pada Cik Lie je la kan, tak taula orang lain camne, tiap kali baca blog tu pasti teruja nak ada anak sendiri. Keterujaan nak kawin tu takde la sangat. (boleh x????) Seriyes...sebagai seorang perempuan, touching jugakla naluri keibuan tu even belum jadi ibu. Oleh itu, Puan.Aj kalau membaca post ini, sila doakan Cik Lie dapat anak comel-comel bersama suami yang hensem ye =) (taste xmo kalah bak kata aep) Kepada sesiapa yang tengah melalui fasa yang sama macam Puan Aj ni boleh la usha blog beliau untuk dapat info terkini termasuklah fesyen. hehhehe. Keterujaan ini jugak dikongsi bersama husband yang beliau perkenalkan sebagai WF sahaja. Sila lihat gambar dibawah untuk meng'comfirmkan' keterujaan WF kerana menghasilkan album ini. Sweetnye papa ye =) Didoakan moga bulan 7 yang bakal menjelma dapat dilalui dengan selamat & mendapat cahaya mata yang soleh/solehah. Cik Lie nak jadi achik Lie okey ;)
Cukuplah 2 orang yang 'bertuah' ni sahaja yang Cik Lie promotekan. Setiap orang ada cita-cita & impian. Cik Lie tak rasa mereka ni poyo nak heboh-heboh keterujaan mereka. Mereka hanya mahu berkongsi kegembiraan dengan orang lain. Baguslah tu kan =) Cik Lie pun ada impian tapi tak tahu nak ekspress macam mana atau mungkin belum tercapai lagi. InsyaAllah.. hari itu pasti akan tiba begitu juga untuk rakan-rakan sekalian. Amin... =)