Saturday, October 9, 2010

Yang Penting Bukan Ia Bermula, Tetapi Bagaimana Ia Berakhir

Date : October 2008

Course : WMES 3318 : Knowledge Management

Time : 3pm-5pm

Menyoroti kembali detik itu, teringat last paper di UM. Actually kelas Knowledge Management adalah kelas yang paling enjoy disebabkan lecturer yang best dan kelas ni yang meng’gather’kan geng2 Cik Lie (Multimedia+networking+software engineering). Ingat lagi untuk subjek ni Cik Lie kene buat projek pasal Intelligent Diagnose System. Alhamdulillah.. berkat bantuan & nasihat geng2 doktor Cik Lie di UM, UKM & Rusia, hasilnye superbbbbbb =). Bercerita balik untuk paper ni, banyak dugaan yg terjadi sebelum tibanya tarikh peperiksaan. Dugaan yang melibatkan hati & perasaan. Dengan keadaan yang serabut tu juga, kawan-kawan memerlukan bantuan & tunjuk ajar. Cik Lie pada ketika itu juga agak tidak terurus dan berada dalam keadaan yang sangat tension. 2,3 jam sebelum peperiksaan, perkara terakhir yang Cik Lie boleh bantu rakan-rakan Cik Lie ialah buka YM dan bantu jawab mana yang boleh dan share file soalan yang Cik Lie spot. Cik Lie minta maaf sangat pada rakan-rakan pada tika itu… Memang Cik Lie tak semangat langsung nak ambil exam tika tu. Dalam dewan peperiksaan, Cik Lie dikelilingi oleh rakan-rakan rapat Cik Lie. Ia bagaikan semangat dan sokongan pada Cik Lie pada tika itu. Alhamdulillah… Apabila tamat waktu menjawab, rasa seperti tak percaya yang itu adalah peperiksaan terakhir Cik Lie untuk degree ni. Sangat-sangat tak percaya & sangat gembira pada akhirnya Cik Lie bersama rakan-rakan seperjuangan selama di UM. Alhamdulillah… result untuk course ni mumtaz!! Begitu juga rakan-rakan Cik Lie yang lain =) There are too many sweet memories I can’t write here dats make me miss them so damn much!

Date : October 2010

Course : MTM6013 : Theory & Instructional Design

Time : 9am-10.15am

Hari ni pula, the history remains but with different time, different place & different people around me. Tok tek tok tek, hampir setahun Cik Lie di UPSI untuk master. Kenapa UPSI ? kerana telah jatuh cinta pada bidang pendidikan barangkali…Rasa macam baru semalam mendaftarkan diri. Segalanya berlaku dengan begitu pantas. Dengan berakhirnya paper tadi, berakhirlah kelas Cik Lie. Lepas ni hanya tumpu pada research. InsyaAllah… jika tiada aral, pertengahan tahun depan boleh grad. Doakan sama-sama ya kawan-kawan =) Selepas itu??? Cik Lie ada perancangan, tapi biarlah disimpan sendiri dahulu =) My life @ UPSI also amazing. Disini Cik Lie dianggap paling adik. So, boleh la mengada-ngada dengan kakak-kakak disini. Juz campus life tu tak terasa sangat coz Cik Lie hanya akan masuk kampus paling kurang pun 2 kali seminggu, itu pun disebabkan kelas. Disini, Cik Lie boleh dikatakan rapat dengan lecturer Cik Lie sampaikan mak Cik Lie pernah sangsi sama ada lecturer Cik Lie mahu mengorat Cik Lie. Tak perlu risau, lecturer Cik Lie yang Cik Lie rapat tu semua perempuan. Dah anggap macam mak sendiri juga =) Disini juga Cik Lie jadi lebih independent. Even Cik Lie full time student, tapi Cik Lie juga bekerja. Alhamdulillah.. bolehla cover duit minyak, topup, sewa rumah, belanja dapur & simpanan masa depan. Different people around me?? Bak pepatah orang putih, makes new friends but keep the old. Cik Lie tak pernah rasa jauh dengan rakan-rakan lama, malah makin dekat walau pun jarang berjumpa. Terima kasih pada incik YM dan cik FB. Dengan life kawan-kawan yang bermacam-macam ragam, makes me fell life is wonderful & im bless have them in my life. Walaupun jauh dimata, tapi cares & support mereka sentiasa mengiringi. They never leave me alone. Pernah juga kawan-kawan melawat Cik Lie disini & Cik Lie harap waktu konvo nanti mereka ada bersama-sama seperti dulu =) Mudah-mudahan Cik Lie & kawan-kawan Cik Lie disini dapat grad dengan cemerlang, gemilang & terbilang (pinjam moto 100 thn UM ek). InsyaAllah… Amin Ya Rabbal A’lamin =)