Degree Show 2010 : Our Creative Playground adalah anjuran Jabatan Visual Communcation atau lebih smart dengan panggilan VISCOM. This is my first time attend exhibition or project degree students. For me, this a very great platform to them to show their talent and creativity to others. Yela, mentality orang kalau bagitau dr UPSI, end up akan jadi cikgu. Hey!! You are wrong man!!! Kami ada add on value as FSKIK (Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif) student okeyyyyyy. Ceh, riak x hengat. Juz for motivation =) Sememangnya Cik Lie amat teruja dengan hasil kerja mereka yang Cik Lie rasa malu dengan diri sendiri sebab mereka lebih superbb bab design men design. Kat UM dulu rasanya tak pernah ade program camni. Kalo ade pun, juz selected students di bawa pergi competition. Tau-tau je dpt gold, silver or bronze price. Itu takpe lagi, ade yang juz bawa balik cerita berdas-das hebatnye, tapi tak pernah pun tunjuk secara terbuka productnye. Em… ape-ape pun UM tetap di hati =) Actually exhibition ni adalah hasil final project student VISCOM yang mempromot company-company tertentu. Ia terbahagi kepada 4 iaitu Advertising , Animation, Electronic Publishing & Multimedia (Skema sungguh ayat..) . Sebagai pelawat, Cik Lie bertanya juga kepada peserta berkenaan projek yang dihasilkan. Perghhhhh.. ada yang nama software nya pun Cik Lie tak pernah dengar. Kalau ada pun, version yang Cik Lie pernah guna dulu, dah campak ke laut contohnya Autodesk Maya. Mau menangis lecturer Cik Lie di UM dulu (cik Amer). Mana taknye, dengan model 3D hasil assignment Cik Lie dulu memang hampeh jika nak dibandingkan dengan model 3D yang dipamerkan. Tu belum lagi termasuk bab design website, merchandise, decoration booth & character. Huh!! Tabik spring bertalu-talu la. Keep It Up Guys !! ;)
Master Seminar : Creative Minds : D’Next Generation 2010 yang pada mulanya telah dirancang dari bulan Mac yang lalu. Namun, pelbagai kekangan dan dugaan menyebabkan ia di postpone hingga ke saat ini. Dah namanya pun seminar, so, juz talk, talk, talk yang disampaikan oleh otai-otai dalam bidang industry kreatif multimedia. Ok, disebabkan Cik Lie terlibat secara total dalam projek ni, bolehla diceritakan perjalanan projek ni yang memang tak tercapai akalmu. Namun, Alhamdulillah… semuanya telah selesai dengan jayanya =)
Seperti yang Cik Lie mention tadi, program ni patutnya dah lama berlangsung. Dalam berpuluh-puluh pelajar pasca siswazah fakulti ni, akhirnya hanya kami berlima yang terus stay untuk teruskan program ni. Puncanya kerana kebanyakkan pelajar master di sini telah bekerja & mempunyai keluarga, Ini ditambah pula waktu ini adalah cuti semester. Maka, oleh kerana kami berlima ni jenis tak boleh duduk diam-diam di rumah + takde own family+ takde kerja, jadi dengan rela hati menanggung kerja yang patutnya dilakukan oleh paling kurang 30 orang. Kami berlimalah yang mengarah, kamilah urusetia, kamilah kuli dan kami jugalah jadi penonton. Cik Lie yang pada mulanya hanyalah AJK pendaftaran, tiba-tiba pada hari berkenaan jadi bidan terjun sebagai emcee. Argh…belasah saje~~~ Seminar terbahagi pada 2 sesi yang Alhamdulillah audience yang melebihi target walaupun bukan terdiri dari pelajar-pelajar pasca sepenuhnya. As a conclusion from the talk, creative is not a gift, it can be polish. If you got a talent, its bonus for you. Everyone can be creative. Kebanyakkan speaker bukanlah foundationnya adalah bidang IT atau multimedia. Namun kerana love & passion pada bidang ni, ada yang meninggalkan pekerjaan utama dan usaha from the basic. But you have do a lot of S.E.C.R.I.F.I.C.E. Secara keseluruhannya, Cik Lie amat rasa berpuas hati dengan apa yang kami lakukan hari ini. Walau pun tak sempurna, but we have put full of effort on it. (terima kasih juga pada ayah Cik Lie krn benarkan Cik Lie mempergunakan keretanya sepanjang minggu untuk projek ni). Namun, terdapat seseorang yang sangat sangat sangat kami hargai & menjadi tulang belakang untuk projek ini iaitu, Dr. Maizatul Hayati, Timbalan Dekan FSKIK yang merangkap supervisor Cik Lie yang super duper best. Tanpa beliau, tiadalah kami dan tiadalah program ni. Yey!! Esok mahu celeb our success secara kombo. Dimana ya Dr.Mai?? Rahsia~~ ;)